Tuesday, November 24, 2009

Ramlan optimis pingat bola sepak


Dr. Ramlan Aziz (dua dari kanan) mengadakan perjumpaan dengan K. Rajagobal ketika melawat latihan persiapan skuad bola sepak negara ke Sukan SEA Laos di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam

PETALING JAYA - Ketika tiada sesiapa yang berani menyandarkan harapan emas daripada acara bola sepak pada Sukan SEA, Ketua Kontinjen negara, Datuk Dr. Ramlan Aziz optimis skuad kebangsaan mampu meraihnya di Laos nanti.

Walaupun bukan sasaran muktamad, sebaliknya pandangan peribadi beliau, Ramlan berkata, keupayaan skuad negara sejak kebelakangan ini menjadi petanda emas daripada acara itu bukan mustahil.

''Jika ditanya perasaan saya sebagai Chef-de-Mission mengenai harapan emas daripada acara bola sepak, sudah tentu saya katakan ya. Optimis sentiasa menjadi sikap saya.

''Kita ke sana untuk menang. Semua pasukan mesti menang. Semua pasukan ada semangat untuk menang, begitu juga bola sepak. Saya sentiasa yakin kemampuan skuad kita.

''Saya mengharapkan sikap memberikan seratus peratus daripada para pemain ketika beraksi. Semua mereka harus ada sikap ini.

''Emas Sukan SEA terakhir 20 tahun lalu wajar dijadikan semangat untuk mereka mendapatkan kembali kilauan emas dalam bola sepak.

''Jadi, para pemain harus sedar mereka ada misi yang perlu diselesaikan di Laos,'' katanya ketika menyaksikan latihan skuad bola sepak negara di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya, semalam.

Hadir sama Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah mengharapkan sebutir pingat Sukan SEA Laos, bulan depan mampu diraih sebagai penutup cemerlang musim bola sepak negara.

Kali terakhir skuad negara memenangi emas ialah 20 tahun lalu di gelanggang sendiri dan gagal membawa pulang sebarang pingat pada temasya di Korat, dua tahun lalu.

Tambah Ramlan, temasya dwi tahunan di Laos boleh dijadikan penebus maruah skuad bola sepak setelah gagal dalam kejohanan antarabangsa termasuk Kelayakan Piala Asia 2011 apabila kalah tewas 1-3 dalam dua perlawanan di Tashkent dan Bukit Jalil pada 14 dan 18 November lalu.

''Sukan SEA mungkin kejohanan yang tepat untuk skuad bola sepak negara menebus kegagalan di sepanjang tahun. Inilah peluang terbaik untuk melakukannya.

''Jadikan Sukan SEA penutup yang berjaya dalam sukan negara, bukan sahaja skuad bola tetapi acara yang lain juga,'' katanya.

Monday, November 23, 2009

Hujan tidak menghaLang untuK berlatih...

Antara gambar-gamabar di padang latihan daripada sahabat-sahabat KDN ..









Titus James menyertai Negeri Sembilan?


Ada desas-desus mengenai bekas Pemain kebangsaan sensasi, Titus James Palani akan kembali ke Malaysia dari Perancis untuk cuba pasukan malaysia tempatan untuk 2010. Terakhir namanya muncul dalam adegan sepak bola tempatan kami selepas ia gagal untuk menduduki skuad sukan SEA tahun lalu di bawah B. Sathianathan.

Walaupun rumor ini sukar dipercayai. Tapi ada kemungkinan hal ini berlaku sejak Titus James tidak mampu menarik minat setiap kelab di perancis .

Presiden FAM tegas (BetuL keR ???)

“KALAUPUN negeri saya sendiri - Pahang - gagal memenuhi syarat pendaftaran seperti ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), biarlah mereka tidak beraksi di dalam Liga-M, musim depan.”

Itulah ketegasan ditonjolkan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah selepas enam pasukan gagal memenuhi syarat pendaftaran menyertai Liga-M musim depan dan perkara itu menjadi isu utama mesyuarat majlis badan induk kebangsaan itu semalam.

“Saya adalah Presiden FAM. Saya perlu tegas dalam keputusan ini kerana ia adalah peraturan,” kata Sultan Ahmad Shah.

Mesyuarat majlis FAM semalam memutuskan Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan Shahzan Muda diberi tempoh hingga 30 November ini untuk menyelesaikan masalah masing-masing.

Itu bermakna, dalam tempoh seminggu ini, setiap pasukan terbabit perlu menyelesaikan perkara berikut - gaji tertunggak kepada pemain dan pegawai; caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); surat jaminan daripada penaja atau badan korporat; cukai pendapatan pemain dan pegawai serta caruman Perkeso.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, mesyuarat semalam memutuskan badan induk kebangsaan itu tidak n memberi tempoh lebih panjang kepada keenam-enam pasukan terbabit menyelesaikan masalah masing-masing.

“Tuanku Sultan bertitah bahawa semua syarat ditetapkan itu perlu dipatuhi selewat-lewatnya 30 November ini. Beliau juga berkata, jika Pahang yang menjadi negeri kelahirannya, gagal menyelesaikan semua masalah itu, biarlah negeri itu tidak beraksi musim depan.

“Bagi gaji, mereka perlu menyelesaikan semua yang tertunggak manakala untuk caruman KWSP, mereka tidak dikehendaki menjelaskan semua sekali, sebaliknya boleh mengemukakan surat mengenai kaedah penyelesaian dipersetujui kedua-dua pihak.

“Mereka juga perlu menyerahkan kepada FAM surat jaminan penaja sebagai bukti mempunyai kedudukan kewangan mencukupi untuk mengharungi Liga-M musim depan,” katanya.

Sementara itu, tiga pasukan bertaraf kelab yang sebelum ini dikatakan mahu menarik diri, sah menarik diri dan mesyuarat yang sama meluluskan penarikan diri KM Naza FC, UPB/MyTeam FC dan Proton FC.

FAM beri peluang kedua

Tarikh kelayakan sertai Liga Malaysia dilanjut hingga Isnin depan

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) jelas masih bersifat lembut apabila syarat kelayakan pasukan untuk beraksi dalam Liga Malaysia, musim depan dilanjutkan lagi sehingga 30 November ini selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Exco badan induk itu, semalam.

Ini adalah tarikh kedua diberi selepas tarikh pertama pada penghujung Oktober lalu seakan tidak diendahkan beberapa persatuan negeri dan kelab yang masih lagi gagal menyelesaikan kemelut kewangan terutamanya isu membabitkan pembayaran gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) pemain, Perkeso, potongan cukai Hasil Dalam Negeri, deposit dan denda terdahulu.

Namun, menurut Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, ini adalah peluang terakhir diberi dan tidak akan ada sebarang kompromi selepas daripada tarikh tersebut.

"Saya dimaklumkan sehingga ke tarikh ini beberapa pasukan tidak memenuhi syarat ditetapkan dan FAM akan memberi tempoh sehingga 30 November ini. Selepas itu, kami tidak akan menerima apa apa rayuan daripda mana mana pasukan," katanya dalam satu kenyataan di Wisma FAM, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pasukan yang gagal melunaskan setiap syarat yang ditetapkan ditakrif terkeluar secara automatik daripada saingan musim depan.

"Perak dan Pulau Pinang antara pasukan yang masih lagi belum memenuhi syarat walaupun perbincangan sudah dibuat. FAM sudah lebih awal memberi peringatan kepada mereka mengenai tarikh terakhir itu," katanya.

Antara pasukan lain yang masih gagal ialah Kelantan, Pahang, Melaka dan KL Plus yang mungkin akan menjadi satu satunya pasukan kelab yang akan beraksi musim depan ketika KM Naza, Proton FC dan UPB MyTeam sudah pun mengesahkan penarikan diri daripada saingan.

Sementara itu, FAM menyampaikan cek RM10,000 kepada keluarga bekas ahli majlis, Mejar Zainuddin Abdul Ghani yang meninggal dunia ketika kejohanan bola sepak pantai gara-gara diserang sakit jantung di Kuantan, bulan lalu.

Sunday, November 22, 2009

Penyokong Mesir merusuh, bakar bendera


KAHERAH - Para penyokong Mesir membakar bendera Algeria dan merusuh di depan bangunan kedutaan Algeria di sini, kelmarin. Mereka turut memecah tingkap kereta dan kedai berhampiran, selepas kalah pada kelayakan Piala Dunia kepada negara seteru utama dalam bola sepak.

Penyokong Mesir dan media negara itu diheret ke dalam kekalutan itu selepas laporan bahawa penyokong Algeria menyerang dan mencederakan penyokong Mesir selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia di ibu negara Sudan, Khartoum minggu ini.

Pada perlawanan itu, Algeria 1-0, sekali gus memberikan mereka slot layak ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Beratus-ratus penyokong Mesir mengamuk di jalan-jalan sekitar kedutaan Algeria sepanjang malam dan bertempur dengan anggota polis pencegah rusuhan.

Rusuhan tersebut bermula dengan bantahan, dengan para penunjuk perasaan memukul gendang serta menjerit perkataan lucah terhadap rakyat Algeria.

Apabila polis menghalang mereka daripada menghampiri bangunan kedutaan, para penunjuk perasaan mula membaling batu, memecah tingkap kereta an kedai berdekatan, selain menggeledah stesen minyak.

Penyokong yang tidak dapat menghampiri bangunan kedutaan Algeria, membaling batu ke arah bangunan kedutaan India yang terletak berhampiran.

Menteri Dalam Negeri berkata, 11 anggota polis dan 24 penunjuk perasaan cedera, 20 orang ditangkap dan 15 kenderaan rosak.

Kelmarin, berpuluh-puluh penyokong berteriak dan membakar bendera berhampiran bangunan kedutaan, namun kemaraan mereka ke bangunan kedutaan dihalang oleh anggota pencegah rusuhan.

Di negara yang tunjuk perasaan politik jarang berlaku akibat tekanan pasukan keselamatan, bantahan oleh penyokong bola sepak Mesir itu merupakan satu suasana luar biasa apabila penyokong menunjukkan kemarahan mereka di jalanan.

Kawasan kejiranan tempat bangunan kedutaan Algeria, Zamalek di kawasan kepulauan di sungai Nil, merupakan kawasan kedutaan, sekolah, ekspatriat dan pelajar universiti asing.

Permusuhan kedua-dua negara dalam bola sepak sehingga membawa kepada keganasan bermula sejak minggu lalu.

Perlawanan di Khartoum diadakan selepas Mesir mengalahkan Algeria 2-0 Sabtu lalu di Cairo.

Sebelum perlawanan, Sabtu lalu, penyokong Mesir membaling batu ke arah bas yang membawa pemain pasukan Algeria dan mencederakan tiga pemain.

Selepas itu, 32 orang cedera dalam pergaduhan di antara penyokong Mesir dan Algeria.

Penyokong Algeria turut menggeledah pejabat syarikat-syarikat Mesir di Algiers. - AP

Cantona bidas Henry

MARSEILLE - Bekas tonggak utama Perancis, Eric Cantona menempelak jurulatih kebangsaan negara itu, Raymond Domenech berhubung kontroversi Perancis layak ke Piala Dunia 2010.

"Saya rasa Domenech merupakan jurulatih paling teruk di Perancis selepas (Raja Perancis) Louis XVI," kata Cantona semalam.

Louis XVI telah disingkirkan oleh gerakan revolusi Perancis pada 1893 dan seringkali digambarkan sebagai seorang yang tidak pandai membuat keputusan dan serba tidak kena dalam pentadbirannya.

"Jika saya diberi pilihan, saya akan meletakkan Laurent Blanc (jurulatih Bordeaux) sebagai jurulatih kebangsaan Perancis.

"Blanc telah membimbing Bordeaux dan menang kejuaraan liga. Dia turut pernah menang Piala Dunia. Bukan saya seorang yang berfikiran sebegitu," kata Cantona.

Cantona turut mengkritik sikap Thierry Henry yang telah menggunakan tangan untuk membolehkan Perancis mendapat gol kemenangan ketika mengatasi Ireland pada aksi playoff kedua Piala Dunia 2010, Rabu lalu.

"Apa yang mengejutkan saya bukanlah insiden bola terkena tangan itu tetapi pada penghujung perlawanan apabila Henry pergi ke arah pemain Ireland untuk menenangkan mereka biarpun dia mengecewakan mereka tiga minit sebelum itu.

"Jika saya menjadi salah seorang pemain Ireland itu, sudah pasti Henry tidak memiliki masa biarpun tiga saat," jelas Cantona. - AFP

Perhatian Untuk PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)


Baru-baru ini (Ogos/Sept 2009) aku telah menerima surat makluman dari mahkamah meminta aku hadir kemahkamah dan sebenarnya ini ialah kali ke 3 aku menerima surat makluman sedemikian dari peguam lantikkan PTPTN.

Tapi hampa sekali, hajat aku untuk membuat rayuan berkenaan dengan masalah pembayaran pinjaman PTPTN terbantut buat kali ke 3 kerana kegagalan Peguam yang dilantik oleh pihak PTPTN untuk hadir kemahkamah semasa sebutan kes dibuat.

Pejabat peguam hanya menghantar surat untuk peminjam kes mahkamah, RM300 dah tentu PTPTN akan masuk ke akaun mereka tanpa perlu peguam itu ke mahkamah, tanpa peduli apa berlaku dimahkamah. wang sebanyak RM300 itu sebenarnya akan dicharge dari peminjam dan apa yang menghampakan ialah, peminjam terpaksa membayar bayaran tersebut walaupun tidak dapat membela diri dimahkamah lantaran kegagalan pihak peguam PTPTN hadir dimahkamah.

Sebelum ini memang banyak media massa menyebarkan pelbagai tarikan bagi peminjam membincangkan permasalah dengan PTPTN, tetapi nampaknya konsep management customer skill PTPTN masih dibawah paras standard... bukan setakat 20 kali menelefon tetapi 50-60 kali panggilan dibuat seharidan kadang-kadang tak dapat dapat berkomunikasi langsung, cuma kedengaran rakaman mesin - "pengawai kami sedang sibuk, talian anda akan disambung kemudian", kemudian sehingga hari yang berikutnya perkara yang sama juga berlaku.

Sebelum ini aku pernah beberapa kali buat rayuan untuk membayar sedikit demi sedikit tapi dukaciti apabila dilayan macam orang bodoh, "anda nak bayar bayar habislah semua tu", kata pegawai PTPTN. mereka sambil lewa sahaja tidak mahu membantu menyelesaikan masalah kita dalam melunaskan pinjaman. Apa yang paling menyedihkan ialah apabila pihak PTPTN mengambil keputusan menyenarai hitamkan nama peminjam.

Logikkah mereka membuat begitu..? apa yang lebih menjadi masalah nanti ialah majikan tidak akan menerima pekerja yang telah disenarai hitam. maka kami yang sememangnya sudah bermasalah dalam melunaskan pinjaman menjadi semakin tertekan.

Kisah ini terjadi kepada aku sendiri, setelah beberapa tahun mencari kerja, akhirnya aku berjaya mendapat kerja disebuah syarikat swasta... masuk 3 minggu aku bekerja, majikan telah dapat mengenal pasti kebolehan aku dan dengan itu, majikan telah memilih aku sebagai duta syarikat dan majikan juga telah menyenaraikan nama aku ke USA untuk 1 bulan dalam business trip.

Permasalahan bermula dan ianya menjadi tekanan kepada aku sebab aku juga telah disenarai hitam oleh imegresen, jadi, tiada lagi masa depan aku, dengan diam-diam aku tidak menceritakan masalah ini kepada majikan kerana takut di tendang kerana dalam application letter memang aku tulis semua klear tick no no no...!!!

Bermula dari hari itu (30 okt 2009) sehingga sekarang beratus-ratus kali dan berhari-hari aku menghubungi PTPTN sebelum majikan menghantar aku ke USA tengah bulan disember ini, apa jawapan yang aku dapat hanyalah - "perlu membayar semua itu kerana itu prosedure kami".

Kemana aku nak cari duit berpuluh K..? aku hanya ada masa beberapa hari sahaja untuk memberitahu kepada majikan masalah imegresen aku dan aku perlu terima takdir mencari kerja lagi selepas ini, inilah PTPTN memberi peluang berupa pengetahuan dan penutup periuk nasi peminjamnya.

Apa yang aku ingin rayu disini agar PTPTN lepaskanlah mereka, mereka tidak membayar bukan kerana degil, tetapi kerana betul2 menghadapi masalah... terimalah suara kami. PTPTN menuduh kami degil padahal peminjam seperti kami ini tiada peluang untuk bersuara membela diri dan melontarkan masalah kami.

Perbincangan sudah diadakan tetapi apa yang diminta lebih dari kemampuan peminjam. beribu masalah peminjam diluar sana, mungkin bukan aku sahaja yang menghadapi masalah ini, ramai lagi yang menjadi mangsa dihalang untuk keluar negara. aku bukan keluar melancong tetapi keluar untuk mencari duit bayar untuk membayar balik pinjaman PTPTN, tetapi meraka tak terima aku lagi...

Kemana lagi aku nak cari kerja sebab aku tiada semangat lagi untuk membayar duit PTPTN maupun hidup dalam keadaan tekanan ini, malu kepada keluarga dan masyarakat sekeliling...

Aku Rayu PTPTN pindalah syarat-syarat baru bagi menghapuskan konsep senarai hitam imegresen. banyak lagi cari boleh dibuat..!!! ini bukan sahaja memberi tekanan kepada peminjam tetapi juga merugikan lagi kerana kegagalan kami mandapat kerja boleh menggandakan lagi jumlah hutang...

Yang berhormat

Sedih Bin Pilu - Hafiz Abd Mahmud

KAFA 'sumbang' RM2.4j


ANNUAR (tengah) dan jurulatih B. Sathianathan (empat dari kiri) bergambar bersama pemain-pemain baru Kelantan pada sidang media di Kota Bharu semalam.

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) 'menyumbang' kira-kira RM2.4 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) sepanjang Liga Malaysia musim ini.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, sumbangan itu diperoleh FAM melalui pungutan jualan tiket, bayaran levi selain bayaran denda yang dikenakan ke atas KAFA sepanjang perlawanan musim ini.

Beliau berkata, pada musim ini, KAFA membayar denda RM250,000 kepada FAM setelah didapati bersalah akibat perbuatan penonton Kelantan yang merusuh pada perlawanan separuh akhir Piala FA, April lalu.

FAM turut mengenakan denda sebanyak RM50,000 ekoran keganasan yang dicetuskan penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 7 November lalu.

"Senario ini memperlihatkan KAFA satu-satunya pasukan yang paling tinggi memberi sumbangan kepada FAM melalui pelbagai hasil dalam bola sepak di negara ini," katanya pada majlis memperkenalkan 25 pemain Kelantan bagi musim 2010 di Kelantan Trade Center (KTC), Kota Bharu semalam.

Annuar berkata, hasil kutipan jualan tiket tertinggi pula diperoleh menerusi jualan tiket pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan 7 November lepas iaitu sebanyak RM1.1 juta.

Tambah Annuar, dalam mesyuarat KAFA semalam, pihaknya juga mengambil keputusan tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman denda sebanyak RM50,000 yang dikenakan oleh FAM baru-baru ini.

Dalam pada itu, Annuar memberi jaminan KAFA akan menaikkan gaji atau elaun barisan pemain dan pengurusan KAFA pada musim akan datang.

"Saya mahu mengumumkan gaji kesemua pemain Kelantan yang beraksi dengan skuad ini pada musim lalu dinaikkan pada musim depan," kata Annuar yang tidak menyatakan jumlah kenaikan gaji pemain Kelan- tan itu.

Beliau berkata, kenaikan gaji itu diharapkan dapat meningkatkan semangat pemain beraksi lebih cemerlang pada musim depan.

Bagi musim 2010, KAFA mengekalkan 19 pemain musim ini dan menggugurkan penjaga gol berpengalaman, Halim Napi dan penyerang Khalid Jamlus.

Pemain baru skuad Wira Merah itu terdiri daripada penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein, Azizi Mat Rose, S. Subramaniam, Shakir Shaari, Nor Sharul Idlan Talaha, Akmal Rizal Rakhli dan S. Chanturu.

Gaji naik...


KOTA BHARU – Selepas mempamer aksi yang memberangsangkan, kesemua pemain Kelantan yang kekal beraksi bersama skuad kijang pada musim depan akan menerima kenaikan gaji.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, kenaikan itu berdasarkan kepada prestasi yang ditunjukkan oleh pemain terbabit pada pemain musim lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah kenaikan gaji pemain-pemain terbabit.

Menurut Annuar, kenaikan gaji itu sebagai suntikan semangat kepada pemain Kelantan supaya berusaha lebih keras dan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada musim depan.

“Saya kagum dengan semangat pemain-pemain kita yang masih ingin berjuang bersama Kelantan walaupun mereka tidak dijanjikan kenaikan gaji ketika menyambung kontrak masing-masing.

‘‘Hari ini, saya mengumumkan gaji kesemua pemain Kelantan yang beraksi dengan skuad ini pada musim lalu dinaikkan pada musim depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis memperkenalkan pemain dan melancarkan pasukan Liga Super Kelantan 2010, semalam.

Majlis tersebut diadakan penuh meriah dengan kehadiran lebih 3,000 penyokong setianya.

Pada musim lepas, Kelantan menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan apabila layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan FA walaupun pertama kali beraksi di Liga Super.

Pun begitu, Kelantan gagal untuk menamatkan kemarau menjulang kedua-dua piala terbabit apabila tewas di perlawanan akhir kepada Selangor dan Negeri Sembilan.

Bagi musim ini, Kelantan telah membuat persiapan awal dengan membarisi beberapa pemain baru yang berstatus bintang seperti

Nurshahrul Idlan Talaha, Syed Adney Syed Hussein, S. Subramaniam, S. Chanturu, Azizi Mat Rose, Shakir Shaari dan Akmal Rizal Rakhli.

Ia sebahagian daripada usaha pasukan tersebut untuk mencapai sasaran tiga piala musim depan.

Anuar berkata, Kelantan merupakan antara pasukan terawal mengesahkan pemain-pemain yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Malah, katanya, beliau percaya skuad Kelantan mantap dengan mengambil beberapa pemain berpengalaman bagi mem perbaiki kelemahan dalam skuad itu sebelum ini.

“Saya berharap pemain-pemain Kelantan menunjukkan disiplin tinggi dan tidak terjebak dengan gejala-gejala yang boleh merosakkan pasukan seperti menjual perlawanan dan menerima rasuah.

‘‘Saya menaruh harapan pemain Kelantan dapat memenuhi sasaran memburu kejuaraan pada musim depan,” ujarnya.

Saturday, November 21, 2009

Majlis Memperkenalkan pemain










Gambar SekitaR MaJlis Memperkenalkan Pemain KelantaN 2010 pada 21/11/09.

Buang 'karan' merayu


ANNUAR (kiri) tidak mahu mengemukakan rayuan terhadap keputusan FAM mendenda KAFA RM50,000 ekoran insiden pada perlawanan akhir Piala Malaysia, 7 November lalu.

Barangkali itu yang difikirkan oleh pihak pengurusan Kelantan selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengambil keputusan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia mengenakan denda RM50,000 ekoran insiden pada perlawanan akhir Piala Malaysia 7 November lalu.

Pendirian tersebut dizahirkannya pada majlis pengumuman senarai pemain skuad Kelantan yang akan beraksi pada musim 2010 di Wisma KAFA beberapa hari lalu.

Tindakan orang kuat KAFA itu, seperti sudah muak berdepan Jawa- tankuasa Rayuan FAM yang tidak pernah memberi ruang kepada Kelantan atau beliau sendiri sebenarnya sudah 'letih' untuk berdepan masalah seumpama ini, tiada siapa yang mengetahuinya.

Bagi musim 2009, Kelantan telah beberapa kali mengemukakan rayuan kepada FAM, namun ia sekadar 'mencurah air ke daun keladi'.

Rayuan pertama Kelantan adalah melibatkan perlawanan pertama Liga Super ketika menentang KL Plus di Kota Bharu.

Perlawanan tersebut tidak dapat dijalankan ekoran padang ditakungi air menyebabkan FAM menyalahkan KAFA kononnya tidak bersedia untuk menganjurkan perlawanan itu.

Sebagai hukumannya Kelantan kehilangan tiga mata apabila KL Plus diberi kemenangan percuma 3-0 sebelum Jawatankuasa Pertandingan FAM menarik balik keputusan tersebut dan perlawanan ulangan berlangsung pada Mei lalu.

Rayuan kedua dibuat oleh KAFA melibatkan insiden rusuhan penyokong di Stadium Sultan Muhammed IV pada 7 April lalu.

FAM mengambil keputusan mendenda KAFA dengan jumlah RM100,000 dan KAFA sekali lagi membuat rayuan untuk mengurangkan denda tersebut.

Malangnya, rayuan tersebut langsung tidak diendahkan dan lebih me- meritkan, jumlah tersebut turut disekalikan bersama denda-denda sebelum ini menjadikannya berjumlah RM153,000.

Ketika Selangor berjaya membawa pulang hampir RM200,000 wang hasil kutipan tiket pada perlawanan akhir Piala FA itu, Kelantan hanya sekadar menerima RM80,000 kerana jumlahnya sudah di potong untuk melangsaikan denda tersebut.

Ketika itu Kelantan cuba mengadakan perbincangan memohon budi bicara FAM untuk mengurangkan denda tersebut, namun tidak dilayan dan cadangan KAFA untuk membayarnya secara ansuran juga ditolak mentah-mentah.

Menyingkap semula sejarah, Kelantan sebelum ini juga pernah mengemukakan rayuan pada musim 2005 selepas Kelantan tersingkir daripada Liga Perdana.

Musim tersebut menyaksikan Kelantan terpaksa beraksi di Liga FAM kerana berada di tangga kedua terbawah Liga Perdana.

KAFA mengemukakan rayuan supaya Kelantan dikekalkan beraksi di Liga Perdana, namun FAM sedikit pun tidak berganjak dengan keputu- sannya.

Lain pula yang berlaku pada musim 2006 apabila giliran Melaka sepatutnya turun ke Liga FAM, namun FAM membuat keputusan mengekalkan Melaka dengan alasan kuota untuk pasukan yang beraksi pada Liga Perdana tidak mencukupi.

Apa yang pasti, seluruh peminat Kelantan mengharapkan mereka diberi lebih keadilan untuk sama-sama menikmati kelebihan beraksi di Liga Malaysia.

Impian untuk bergelar pasukan gergasi seperti Selangor dan Kedah sudah lama diimpikan Kelantan dan kini perubahan yang dibawa oleh KAFA benar-benar menjadikan bola sepak sebagai sebahagian daripada hidup masyarakat mereka. Boleh dikatakan Kelantan sudah berbangga dengan peningkatan mereka.

Friday, November 20, 2009

Steve Butler- Kenapa pegawai FAM tak terfikir!


Saya mengucapkan syabas kepada Steve Butler, bekas jurulatih Kelantan yang telah membuktikan kehebatannya membawa pasukan Kelantan ke final Piala FA. Sebelum ini juga beliau telah membantu Sabah ke peringkat tertinggi dalam bolasepak.

Namun yang saya amat tertarik ialah cadangan yang dikemukakan oleh beliau untuk memajukan bolasepak Malaysia. Persoalannya, sama ada FAM mahu menerima pakai cadangan sedemikian! Saya pernah mencadangkan kepada sebuah persatuan bolasepak negeri beberapa perkara yang serupa sepertimana yang dicadangkan oleh Steve Butler. Namun sampai sekarang tiada perkembangannya.

Yang paling menarik daripada pandangan beliau ialah berkaitan program komuniti yang seharusnya dilakukan oleh setiap pemain profesional kita terhadap masyarakat terutamanya di peringkat sekolah. Sebenarnya masalah bolasepak Malaysia adalah terletak di sekolah. Kebanyakan sekolah tiada jurulatih bolasepak yang bertauliah! Kebanyakannya menggunakan khidmat guru yang sekadar melatih berdasarkan pengalaman sebagai pemain sahaja. Jika pemain-pemain ini dapat di'paksa" melakukan aktiviti komuniti di sekolah, maka semua pemain bolasepak di sekolah akan mendapat manfaatnya dan minat mereka akan bertambah. Di samping itu, pasukan negeri atau kelab juga mesti mengadakan program komunitinya sendiri sepertimana pasukan di luar negara.

Penolakan terhadap pemain import ternyata telah memalapkan terus bolasepak Malaysia. kita harus akui, dengan tahap keupayaan pemain yang kita ada sekarang, bolasepak kita tidak akan ke mana. Kita gah di liga kita, tetapi apabila keluar ke peringkat antarabangsa, pemain kita layu seolah-olah sangat cetek pengalamannya. FAM harus mengambil contoh yang dilakukan oleh kuasa utama bolasepak Asia seperti Jepun, Korea malahan Singapura yang mempunyai liga tempatan yang tinggi tahapnya. Hampir semua liga profesional di dunia ini menggunakan pemain import. Hanya Malaysia sahaja yang menolak peranan pemain import dalam usaha meningkatkan pencapaian. Semangat Kebangsaan dan cintakan negara sahaja tidak memadai dalam bolasepak, jika pemain kita lemah dari segala segi. Bolasepak kita dimainkan secara profesional dan kemahiran serta teknik yang tinggi, bukan dengan semangat semata-mata.

Berbalik kisah bolasepak di sekolah, saya lihat tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh Kemeterian Pelajaran dalam usaha meningkatkan mutu bolasepak. Benar kita ada sekolah sukan, tetapi hakikat sebenarnya tidak semua pemain berbakat diterima masuk ke sekolah ini dan jumlah sekolahnya juga amat terhad. Di tambah pula lagi dengan syarat kemasukannya masih memerlukan kecemerlangan di dalam akademik. Bagaimana dengan ribuan bakat yang ada di sekolah-sekolah harian! Sistem permainan 7 sebelah, kalah mati, berpusat benar-benar telah mematikan sukan bolasepak di sekolah. Purata mereka dapat bermain hanya 2 kali (jika kalah awal) Pemain pula terpaksa bermain 2 permain sehari, pagi dan petang , menjadikan pelajar tidak mendapat rehat yang cukup dan kualiti permainan sudah pasti akan merosot. Tidak seperti pada masa dahulu, permainan secara "home -away ' dalam jarak masa yang lama, membolehkan pemain mempunyai rehat yang cukup, berlatih setiap hari(selepas tamat setiap kali perlawanan), memberikan pemain-pemain ini pengalaman permainan dan masa latihan yang banyak. Apatah lagi, dengan suasana permainan bolasepak yang sangat aktif pada masa itu. Pertandingan peringkat mukim, daerah, belia, jabatan dan sebagainya memberikan pengalaman dan peluang yang banyak untuk mereka mengasah bakat. Sekarang, apabila semua itu telah tiada lagi, ditambah dengan sistem kalah mati dan perlawanan berpusat, ia benar-benar telah mematikan bolasepak di negara ini.

FAM dan Kementerian harus bertindak lebih pro-aktif dan berfokus untuk mengatasi masalah ini. Jika tidak mutu bolasepak kita akan hanya menjadi bahan lawak di kalangan negara-negara yang seangkatan dengan kita dahulu. Orang lain semakin meningkat maju dengan era profesionalnya, tetapi M alaysia semakin menjunam dan merudum teruk.!

FAM kena akui gagal majukan sukan bola sepak



MALAYSIA yang hingga awal 1980-an adalah antara pasukan digeruni dalam arena bola sepak Asia kini ibarat harimau
tanpa taring. Cuba mengaum, tetapi berbunyi kucing. Suatu ketika hanya Korea Selatan menjadi lawan setanding, tetapi
kini Filipina dan Laos pun boleh mengalahkan negara. Prestasi hambar dalam Kejohanan Piala Asia dengan dibolosi 12
gol mengesahkan pasukan negara sudah terlalu tenat. Apakah yang sudah terjadi kepada bola sepak negara.

Kemerosotan mutu pasukan bola sepak negara bukan perkara baru, tetapi mengapakah pencapaian itu terus merudum
seperti yang dipertontonkan dalam Piala Asia?
Ironi, kemerosotan itu bermula apabila Malaysia memperkenalkan liga semi profesional pada 1989. Ketika mula
diperkenalkan, ramai orang berpendapat bahawa dengan unsur profesionalisme, sudah tentu mutu bola sepak negara
akan bertambah baik kerana pemain dibayar untuk bermain.
Ketika pencapaian Malaysia baik pada peringkat antarabangsa, kebanyakan pemain bermain secara sambilan. Mereka
mempunyai pekerjaan lain. Hanya segelintir majikan seperti Jabatan Penjara Malaysia atau bank membantu dengan
mengambil pemain untuk bekerja. Sepatutnya dengan liga yang kemudian berstatus profesionalisme sepenuhnya,
pemain boleh memberi perhatian sepenuhnya terhadap bola sepak. Timbul tanda tanya mengapa mutu bola sepak
merosot?
Ia menunjukkan sistem kita tiada akauntabiliti. Orang diberi gaji cukup tinggi, tetapi tidak menunaikan tanggungjawab.
Seorang setiausaha persatuan bola sepak beberapa tahun lalu (sekarang saya tidak tahu), boleh mendapat gaji
RM7,000 sebulan. Jumlah ini jauh lebih banyak berbanding apa yang biasa dibayar kepada siswazah.
Malah, saya diberitahu pada suatu masa dulu ada pemain bola sepak mendapat hingga RM17,000 sebulan.

Bagaimana
boleh merosot sedangkan zaman dulu pemain tiada satu sen pun. Saya rasa wang merosakkan segala-galanya.
Bagaimanapun ini tidak berlaku di Eropah. Pemain profesional dibayar gaji tinggi dan mereka bermain bersungguhsungguh
hingga minit terakhir untuk kelab dan negara. Malangnya kita tidak melihat keadaan ini dalam pasukan
kebangsaan?

Masyarakat kita sudah nampak sangat korup. Pemain bola sepak jika tidak ada akauntabiliti pun tidak mengapa.
Apabila seseorang dibayar untuk bermain bersungguh-sungguh, tetapi jika tiada kesungguhan tidak mengapa.
Keseluruhan sistem menjadi begitu dan secara umum, sistem penyampaian sangat lemah. Banyak perkara yang tidak
betul berlaku dan tiada siapa dihukum.
Bukan itu saja, kerajaan menambah lagi duit untuk memperbaiki keadaan dan yang untung ialah mereka yang sejak
awal lagi tidak menunjukkan kesungguhan. Mereka bukan saja tidak dihukum, malah mendapat lebih banyak ganjaran.
Keadaan ini bukan hanya dalam sukan, malah bidang lain. Saya sangat bimbang apabila orang kita tidak
memperlihatkan integriti, termasuk sukan seperti bola sepak.
Sering kali pegawai dan jurulatih yang dipilih bukan orang yang sesuai untuk menjalankan tugas. Sama ada mereka
tidak ada kelayakan yang sesuai atau tidak ada minat terhadap kerja. Saya sendiri mempunyai pengalaman begini ketika
menjadi Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya (UM).
Saya memperkenalkan ijazah sains sukan. Saya membuat keputusan, calon yang sesuai untuk kursus itu perlu
mempunyai dua kelayakan.

Pertama, akademik atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan kedua, pengalaman
dalam sukan. Pada pendapat saya, jika tiada pengalaman sukan, dia memang tak guna.
Saya hendak melatih orang menjadi atlit dan jurulatih hebat atau sekurang-kurangnya pengurus hebat. Saya diberitahu
oleh Kementerian Pendidikan ketika itu, saya mesti memilih berasaskan keputusan STPM saja. Saya kata apa gunanya?
Saya ambil orang yang tidak dapat membezakan antara bola kriket dan hoki. Akhirnya saya yang kalah dan terpaksa
kembali ke Jabatan Sejarah.
Bukankah dengan sistem pencarian bakat sejak peringkat sekolah rendah sepatutnya memberi kelebihan?

Pada setiap peringkat, kita tidak menjamin supaya setiap ahli sukan berbakat diberi galakan. Jurulatih juga bukan orang
yang benar-benar mempunyai pengetahuan yang sempurna dan apabila cuba memberi nasihat kepada pemain bola sepak atau atlit, memang tak dapat mencapai keputusan yang baik.
Begitu juga dalam olahraga. Pada Sukan Asia di Bangkok 1966, Malaysia menang tujuh pingat emas dan lima
disumbangkan oleh olahraga. Pada 2006 di Doha, hampir tiada atlit mengambil bahagian. Bukan semakin baik, tetapi
merosot. Hanya badminton, antara jenis sukan yang masih baik.
Keseluruhannya masyarakat kita ketika ini lebih mengutamakan hiburan. Ia adalah pengaruh budaya pop Amerika
Syarikat yang sangat kuat bukan saja terhadap Malaysia, malah negara Asia dan Eropah.
Pemain pasukan kebangsaan ketika Piala Asia kelihatan terkial-kial dengan penyerang hampir tidak mengancam
langsung. Ketika menentang Iran, pada suatu ketika analisis menunjukkan Iran melakukan 44 percubaan ke arah gol,
berbanding hanya lima oleh Malaysia. Mengapa boleh jadi begini?
Dalam perlawanan menentang Uzbekistan, saya rasa antara 15 hingga 20 minit awal permainan, pemain Malaysia
hampir tidak dapat menyentuh bola. Berlari ke sana dan ke sini, tetapi tak dapat mengatur permainan menyerang pihak
lawan.

Barang kali kita perlu melihat pada peringkat sekolah kerana peranan guru adalah penting. Pada zaman dulu, guru
memerhatikan kebolehan murid dalam sukan seperti penyerang lagenda negara, Mokhtar Dahari. Dia bermula sebagai
pelari pecut. Guru pasukan bola sepak nampak dia sangat pantas berlari dan jika diambil bermain bola sepak, boleh
menjadikan Victoria Institution lebih kuat.
Saya juga ketika bermain bola sepak peringkat sekolah, pemain di sayap kanan adalah pelari pecut yang kemudian
mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 1958. Apabila kami menghantar bola kepadanya, pemain lain tak boleh kejar.
Sekarang sayap kanan dan kiri hampir tiada dalam bola sepak. Kalau ada pun, tidak boleh berlari pantas. Jurulatih tidak
pandai membuat perancangan. Dia tidak tahu orang yang sesuai untuk sesuatu posisi. Apa guna ada penyerang yang
tidak boleh menendang secara berkesan. Banyak perincian yang perlu diberi perhatian, tetapi saya tak nampak mereka
buat begitu sekarang.
Saya tengok pasukan China dan Uzbekistan bukan begitu baik walaupun kedua-dua pasukan menjaringkan lima gol
ketika menentang Malaysia.
Ramai peminat bola sepak sedih melihat pasukan bola sepak negara menjadi pasukan belasahan?

Saya tak faham macam mana kita boleh sampai pada peringkat begini. Jangan lupa pada 1972, Malaysia melayakkan
diri ke Sukan Olimpik Munich dengan mengalahkan Korea Selatan dan sekali lagi pada 1980, kita layak ke Sukan
Olimpik Moscow dengan mengalahkan negara sama.
Apakah yang menyebabkan Malaysia pada peringkat antara 1960-an hingga awal 1980-an mampu menewaskan Korea
Selatan, tetapi negara itu mengecapi nikmat bertarung pada Piala Dunia?
Banyak perubahan berlaku dalam masyarakat. Pertama, sekolah boleh dikatakan mengabaikan sukan. Bukan seperti
dulu. Misalnya saya mendapati guru yang menjaga sukan semakin lemah. Bukan orang yang benar-benar
berpengetahuan mengenai sukan. Bukan hanya pengetahuan, tetapi ada keghairahan. Sekarang tidak ada.

Saya tahu ada satu atau dua sekolah di Petaling Jaya pernah menugaskan guru wanita menguruskan pasukan bola
sepak. Saya rasa itu tidak boleh. Saya bukan sengaja memperkecilkan kebolehan wanita, tetapi saya rasa wanita di
Malaysia memang tiada pengalaman luas dalam bola sepak.
Apabila mereka keluar dari sekolah, pendedahan mereka kepada cara bermain bola sepak amat kurang. Ketika saya
menjadi guru, saya dengan inisiatif sendiri menghadiri kursus bola sepak dan mengambil peperiksaan dalam kursus itu
untuk menjadi jurulatih. Saya pergi ke sekolah antara jam 2.30 hingga 6.30 petang setiap hari untuk melatih murid dalam
olahraga dan kemudian bola sepak. Ia bukan kerana arahan pengetua, saya sendiri lakukan.
Bukankah penubuhan sekolah sukan dan tidak lama dulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai akademi
bola sepak di setiap negeri, tetapi habuk pun tidak nampak?
Tiada kerjasama ibu bapa. Mereka lebih percaya peperiksaan berbanding sukan. Saya pernah berjumpa bekas jurulatih
kebangsaan, M Karathu yang pernah mengendalikan akademi bola sepak. Dia beritahu ibu bapa tak faham mengapa
anak mereka mesti masuk sekolah macam itu. Masa depan tidak terjamin, sedangkan kalau jika mendapat 7A atau 8A
dalam peperiksaan, masa depan dianggap cerah. Itu tak betul!
Apabila Kementerian Pelajaran mencadangkan untuk membatalkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), siapa yang protes? Ibu bapa! Mereka tak faham jika anak mereka lulus dengan banyak A, itu bukan bererti masa depan terjamin. Tidak ada sebab mengapa murid tidak boleh mencapai
kecemerlangan dalam sukan dan pada masa sama, boleh lulus peperiksaan dengan baik.
FAM dikritik dengan keras. Ramai rakyat Malaysia marah FAM. Adakah kemarahan ini wajar?

FAM diberi banyak sokongan. Kalau pasukan kebangsaan gagal setahun dua, FAM patut mengambil tindakan drastik
untuk mengubah keadaan, tetapi ia tidak berlaku. Sepanjang liga semi profesional diperkenalkan hingga sekarang, lebih
kurang 18 tahun tiada kemajuan memberangsangkan. Mengapa? Sudah tentu FAM terpaksa mengaku gagal. Kalau
gagal selepas dua tiga tahun dan mengambil tindakan tegas untuk mengubah keadaan itu, kita boleh bersimpati, tetapi
ia terlalu lama.
Bukan tak cukup sokongan daripada sektor swasta, malah kerajaan baru saja memberi peruntukan RM12 juta kepada
FAM. FAM mesti mengaku gagal dan memberi penjelasan berhubung kegagalan itu.
Mengapa FAM kelihatan seperti tidak mahu bertanggungjawab terhadap kegagalan pasukan bola sepak negara?
Saya rasa FAM tak serius dan tidak mengambil berat mengenai bola sepak. Sama ada FAM mempunyai pegawai yang
langsung tak faham mengenai bola sepak atau mempunyai pegawai yang terlampau bersikap selesa hingga tak perlu
memberi penjelasan mengapa pasukan bola sepak gagal. Di negara kita, sering kali orang yang tak menjalankan tugas
dengan baik tak dipaksa, sama ada berhenti atau dihukum.
FAM memberi alasan bahawa pemain yang dipilih mewakili negara adalah bakat yang ada daripada pasukan negeri?
Saya tak setuju! Kalau diberi peluang untuk melihat pemain lain daripada yang dipilih oleh FAM, saya dapat mencari
bakat untuk diasuh. Macam saya katakan, kalau saya memilih sayap kanan atau kiri, saya akan memilih pemain yang
pantas, tetapi saya tak nampak mereka buat begitu.
Akhirnya bahagian penyerang lemah dan tidak dapat menembusi pertahanan lawan. Pemain tengah pada pandangan
saya sepatutnya adalah pemain yang sangat kreatif dan boleh menggelecek. Kalau tak menggelecek, dia tak boleh tarik
bahagian pertahanan pihak lawan keluar dari posisi mereka.
Apakah yang FAM sepatut lakukan?
FAM patut memilih orang yang lebih serius, berpengetahuan dan berpengalaman. FAM ada peluang melakukannya.

FAM pernah mengiklankan untuk jawatan Setiausaha Agung. Selepas temu duga dan disenarai pendek, orang yang
dipilih adalah orang FAM sendiri. Saya rasa itu bukan cara paling baik. Tak nampak ada kesungguhan.
Pasukan kebangsaan sekarang dikuasai pemain Melayu. Hanya ada seorang pemain India. Keadaan ini jauh berbeza
ketika era kecemerlangan negara yang komposisi pemain berbilang kaum. Adakah ia memberi kesan?
Saya rasa tidak. Saya tak tahu apakah sebab orang Cina sudah berhenti bermain bola sepak. Dulu ada banyak
pasukan bola sepak Cina. Di Ipoh saja ada tiga pasukan. Seperti yang saya katakan tadi, banyak perubahan berlaku
dalam masyarakat yang tidak menolong menaikkan mutu bola sepak negara.
Golongan muda lebih sukakan hiburan dan bola sepak bukan mudah. Jangan ingat sesiapa saja boleh memahami bola
sepak. Kita mesti mengkaji perkembangan bola sepak seperti cara permainan sebelum dan selepas Perang Dunia
Kedua serta sekarang. Saya tak setuju andaian bahawa pendekatan bola sepak sekarang paling baik.

Saya rasa kita perlu melihat seperti peringkat Piala Dunia. Saya berpendapat bahawa pasukan paling baik dalam
sejarah ialah Brazil pada 1970. Pasukan itu hampir sempurna. Sesiapa saja yang menjadi jurulatih mesti cuba meneliti
cara mereka bermain ketika itu. Saya masih ingat pada Piala Dunia 1962, Pele cedera menyebabkan Brazil bimbang.
Bagaimanapun, mereka ada sayap kanan, Garincha, yang dengan sendiri memenangi Piala Dunia untuk Brazil. Begitu
juga Maradona yang dengan sendiri melakukan begitu untuk Argentina.
Pemain begitu yang benar-benar berkebolehan sekarang tak ada. Saya salahkan jurulatih yang tidak menggalakkan
permainan individu, mereka selalu kata bola sepak adalah permainan pasukan. Saya rasa bukan begitu mudah. Kalau
ada pemain bintang, pasukan itu ada kelebihan. Kalau ada pemain luar biasa, jangan campur tangan.
Jurulatih mesti sentiasa berbincang mengenai perkara ini dan tak boleh mengandaikan mereka tahu semuanya. Kalau
mereka bereksperimen dengan idea dan pasukan gagal, dia mesti sanggup mengubah pendekatannya. Kita tak boleh
pilih orang sebegini sebagai jurulatih kerana dulu, dia adalah pemain yang baik atau kononnya dia jurulatih yang baik.

Konon tak cukup, dia mesti buktikan dia berkebolehan. Jika tidak, dia mesti ditukar. Pada peringkat negeri selalunya
apabila Menteri Besar bertukar, pengurus dan jurulatih pun bertukar. Apa kaitan Menteri Besar dengan mutu bola sepak.
Kita harus berdepan dengan hakikat bahawa kita bukan bersungguh-sungguh mahu pasukan kita maju.

Saya masih ingat ketika Hatem Soussi melatih pasukan kebangsaan, saya diberitahu bahawa dia adalah jurulatih yang
sangat serius dan sentiasa mahukan standard yang tinggi daripada pemain. Apabila dia menggugurkan seorang dua
pemain, mereka pergi ke `atas’ dan pemain yang digugurkan dipilih semula.
Kalau itu berlaku, macam mana pasukan boleh maju. Jawatankuasa jangan campur tangan dengan keputusan jurulatih.
Jurulatih adalah orang yang berpengetahuan dan kalau tak boleh melakukan tugasnya, kita tukar, tetapi jangan campur
tangan.

UPSR: Kelantan catat keputusan cemerlang

KOTA BHARU - Kelantan mencatat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini dengan 69.03 peratus merangkumi 25,369 calon dan ia meningkat sebanyak 2.25 peratus atau seramai 529 calon berbanding tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata, seramai 37,557 calon tahun lalu mengambil ujian itu di mana 66.78 peratus (24,840 calon) telah lulus.

“Seramai 37,025 mendaf-tar untuk menduduki UPSR 2009 berbanding tahun lalu seramai 37,557 calon.

“Bagi bilangan calon yang menduduki UPSR, seramai 36,752 calon berbanding dengan tahun lalu seramai 37,199 calon dengan 66 calon istimewa mengambil UPSR tahun ini,” katanya pada majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2009 Peringkat Kelantan.

Beliau berkata, dari segi peratus kelulusan, gred purata negeri, peratus kecemerlangan calon yang mendapat 5A dan 7A dan prestasi beberapa mata pelajaran juga turut meningkat.

Menurutnya, pencapaian gred purata negeri (GPN) adalah yang tertinggi bagi tempoh enam tahun iaitu 2.25 berbanding 2.32 tahun lalu, iaitu meningkat sebanyak 0.07 peratus dan ia mengatasi gred purata kebangsaan.

Katanya, calon yang mendapat 5A dan 7A meningkat sebanyak 1,015 orang kepada 5,259 orang atau 14.31 peratus berbanding 4,244 orang tahun lalu atau 11.41 peratus, juga mencatat peratus kecemerlangan tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Sementara itu, Ghazali juga turut mengulas mengenai kerugian yang ditanggung oleh JPN akibat banjir.

Katanya, setakat ini pihaknya telah membuat tafsiran secara kasar dan menganggarkan kerosakan yang dialami terutama kerusi dan meja di sekolah sebanyak RM600,00.

“Laporan mengenai kerosakan telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Pihak JPN Kelantan menjangkakan semua kerosakan yang dialami oleh sekolah-sekolah terlibat ditangani sebelum sesi persekolahan 2010,” katanya selepas Pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009, di jabatan berkenaan di sini, semalam.

Beliau berkata, kerosakan akibat banjir tersebut dialami di Tumpat seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, SK Simpangan dan SK Telok Jering.

Selain Tumpat, katanya, beberapa sekolah di daerah Pasir Mas yang terlibat dengan banjir seperti SK Rantau Panjang, SMK Rantau Panjang dan SK Tok Deh, namun jumlah kerosakan mengalami sedikit berkurangan.

Katanya, pihaknya mengharapkan pada hari pertama persekolahan sesi pengajian 2010 Januari tahun hadapan, kerugian semasa banjir dapat diatasi, sekali gus memberi keselesaan kepada pelajar di negeri ni.

Majlis memperkenalkan pemain 2010

Majlis memperkenalkan pemain baru skuaD bola sepak kelantan 2010 akan diadakan seperti berikut :

hari :sabtu, 21hb nov
Mas :jam- 12pm
Tempat : di Dewan bangkuasi,
KELANTAN TRADE CENTRE,opposite Stadium Sultan Muhd iv

Jemputan bertemu skuad red warriors 2010
indra- farhan-ikmal rizal-syed adney-piya
adlan-subra-daudsu-

Serta jamuan laksa utk penyokong..
semua Dijemput harir bagi memeriahkan lagi majlis..

Irfan tekad julang Terengganu musim depan


KUALA LUMPUR - Selepas memberi sentuhan yang cemerlang bersama Perlis hingga menjadi naib juara Liga Super dan mara ke separuh akhir Piala FA serta Piala Malaysia, Irfan Bakti Abu Salim bertekad mahu melakukan yang lebih baik dengan pasukan Terengganu musim depan.

Menurutnya, misi tersebut tidak mustahil untuk dilakukan memandangkan Terengganu adalah sebuah pasukan yang mantap selepas mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

"Saya tidak akan melakukan perubahan besar terhadap pasukan Terengganu kerana rata-rata pemain sedia ada mampu untuk membawa pasukan ini pergi lebih jauh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, kelmarin.

Jelasnya, kebanyakan pemain yang sedia ada akan dikekalkan dan beberapa muka baru bakal diserap untuk memperkasakan lagi pasukan tersebut.

"Semua jurulatih mahukan kejayaan dan membantu pasukan yang dibimbing lebih baik dari musim sebelumnya.

"Begitu juga dengan saya, jika Terengganu berada di tangga keenam musim ini, saya akan cuba untuk membawa mereka berada kedudukan tiga terbaik dalam Liga Super musim depan," katanya.

Kata Irfan, dalam saingan Piala FA pula, dia mahu Terengganu melangkah lebih jauh berbanding suku akhir dan mara ke saingan akhir Piala Malaysia.

"Setakat ini saya telah membawa bekas penyerang Perlis, Mohd. Firdaus Fauzi untuk bersama-sama menyertai pasukan Terengganu dan kebetulan pasukan baru saya ini kurang kuat di posisi tersebut.

"Ia sedikit sebanyak akan mengurangkan beban penyerang utama pasukan ini, Abdul Manaf Mamat," kata Irfan yang sudah mencapai persefahaman dengan pasukan barunya itu.

Pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Tajudin Sheikh Yusoff turut mengesahkan perkara itu dan berkata Irfan akan menggantikan Ken Worden yang tidak disambung kontrak musim depan.

Irfan turut menambah, selain Firdaus, mungkin ada seorang dua lagi pemain baru akan menyertai pasukan Terengganu tetapi dia perlu membincangkan perkara tersebut dengan pihak pengurusan terlebih dahulu.

"Mungkin saya akan membawa masuk pemain pertahanan Kuala Muda Naza, Mohd. Helmi Remeli tetapi ia masih belum disahkan lagi.

Sebelum ini Terengganu telah menggugurkan beberapa pemain termasuk penjaring terbanyak mereka, Azlan Ismail.

Malaysia bakal diturunkan 'pangkat'


KUALA LUMPUR - Kesan buruk lebih besar menanti Malaysia ekoran pencapaian tercorot tanpa mata anak buah K. Rajagobal dalam aksi Kumpulan C Kelayakan Piala Asia 2011 yang turut hampir menutup pintunya ke pusingan akhir di Qatar.

Selepas dikalahkan Uzbekistan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin, ada kemungkinan skuad negara akan diturunkan pangkat ke persaingan bahagian dua, Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) - Piala Cabaran dengan menentang 'negara membangun dalam sukan itu'.

Namun di sebalik kena bermain dengan Myanmar, Kemboja, Laos, Brunei, Tajikistan, Turkmenistan atau Pakistan, peluang Malaysia lebih cerah untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2014 jika menjuarai Piala Cabaran seperti mana yang dicapai India dan mara secara automatik serta tidak perlu menyertai Kumpulan C.

Jika dibandingkan dengan pencapaian kelima-lima kumpulan kelayakan, Malaysia dan Hong Kong yang masing-masing dibolosi sembilan dan 13 gol, pasti akan dikenakan hukuman atas prestasi hambar itu selaku dua pasukan tercorot.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengakui betapa kemungkinan itu bakal menanti skuad negara tetapi akur dengan keputusan itu memandangkan majoriti pemain yang beraksi adalah di bawah 23 tahun dalam mengharungi baki Kelayakan Piala Asia ini.

"Ya, saya menyedari kemungkinan Malaysia diturunkan ke Piala Cabaran AFC beberapa tahun lagi ekoran pencapaian dalam kelayakan itu tetapi kita perlu bersikap realistik dengan pemain yang dimiliki jurulatih negara dan sasaran kami sebenarnya hanyalah mahu meningkat daripada Sukan SEA terlebih dulu.

"Sebuah pasukan yang muda seperti itu, masih memerlukan masa untuk menghasilkan sesuatu dan biarlah mereka meningkat satu persatu khususnya bermula dengan Sukan SEA (di Laos, bulan depan)," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Rajagobal hanya membariskan tonggak senior - Amri Yahyah dan Norhafiz Zamani Misbah dengan skuad bawah 23 yang turut ditewaskan Uzbekistan 3-1 di Tashkent, Sabtu lalu di mana sebelum ini skuad senior bimbingan bekas jurulatih bola sepak negara, B. Sathianathan dibelasah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 5-0, Januari lalu.

Namun aksi kelmarin ternyata memaparkan kegigihan barisan muda negara antaranya Baddrol Bakhtiar, Safiq Rahim, Farizal Marlias, S. Kunanlan dan Ahmad Shakir Ali dalam menyaingi lawan Asia Tengah yang memiliki kelebihan pada fizikal pemain, ranking dan rekod pencapaian mara ke suku akhir Piala Asia 2007.

Azzuddin turut menyangkal andaian bahawa FAM tidak serius dalam menghadapi Kelayakan Piala Asia 2011 apabila mempertaruhkan pemain yang kurang berpengalaman di peringkat antarabangsa sebaliknya mempertahankan pemilihan mereka yang diputuskan Rajagobal.

"Biarlah kita menerima hakikat bahawa pasukan kita masih lemah sambil tidak boleh terlalu cepat memandang ke depan. Sesuatu kejayaan yang besar tidak akan datang dalam tempoh semalaman.

"Mungkin kita boleh mengimport pemain dan memberikan kerakyatan kepada mereka jika terlalu mahukan kejayaan segera tetapi saya lebih percaya, biarlah orang Malaysia yang membawakan kejayaan pasukan Malaysia," katanya.

Selain layak automatik selaku tuan rumah pusingan akhir Piala Asia 2007 bersama Indonesia, Vietnam dan Thailand, Malaysia hanya pernah melakukannya secara merit menerusi pusingan kelayakan pada 1976 dan 1980.

JOHN Terry, Steven Gerrard dan Cesc Fabregas adalah antara 21 pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menurunkan tandatangan dan melekapkan lilitan lengan ketua pasukan masing-masing di bingkai berkaca yang dijual secara lelongan menerusi internet.

Lelongan koleksi barangan sukan yang diadakan semalam bertujuan mengutip dana bagi dua tujuan - pertubuhan amal kebangsaan Yayasan Willow dan Yayasan Steve Bernard.

Yayasan Willow, yang ditubuhkan oleh bekas penjaga gol Arsenal, Bob Wilson dan isterinya Megs, menganjurkan hari-hari istimewa buat pesakit kronik berusia antara 16 dan 40 tahun di seluruh Britain.

Baru-baru ini ia menganjurkan pertemuan dengan pemain bola sepak dan bintang pop seperti McFly serta mengadakan kunjungan ke opera selain satu sesi memandu bersama bekas bintang Formula Satu, Damon Hill.

Wilson berkata: "Lilitan lengan ketua pasukan ini satu barangan yang benar-benar menarik dan saya pasti mana-mana peminat bola sepak pasti teruja untuk memilikinya.

"Membeli hanya satu lilitan lengan dalam lelongan ini bukan sekadar satu pembelian fantastik barangan peringatan sukan tapi akan membawa makna buat mereka yang mendapat faedah daripadanya menerusi hari istimewa yang dianjurkan buat mereka."

Yayasan Steve Bernard menyokong projek sukan sebagai memperingati Steve yang gilakan sukan, yang meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta berdekatan Chichester pada November 2005, ketika berusia 18 tahun.

Selepas kematiannya, keluarganya menubuhkan yayasan itu untuk mengumpul wang bagi projek sukan di kawasan Bournemouth selain di luar negara.

Tony Bernard, pengarah Yayasan Steve Bernard berkata: "Kami berbangga bekerjasama dengan Yayasan Willow dalam lelongan koleksi barangan yang fantastik ini. Barangan unik ini akan membantu kehidupan beberapa insan istimewa."

Lilitan lengan itu ditandatangani oleh pemain itu sendiri dan kebanyakannya pernah digunakan, malah ada tanda-tanda seperti ia digunakan. Ia dihiasi di dalam satu bingkai kaca di samping gambar pemain terbabit sedang beraksi.

Lelongan secara 'online' itu akan berlangsung selama 10 hari, bermula semalam dan berakhir pada 22 November ini, dengan semua keuntungan dibahagi sama rata antara kedua badan kebajikan itu. Semua lilitan lengan itu boleh dilihat menerusi laman web www.willowfoundation.org.uk/captainsarmbands.

Hingga kini, Yayasan Willow sudah menganjurkan lebih 5,000 hari istimewa buat pesakit kanser, cystic fibrosis, penyakit motor neurone dan distrofi otot.

Tahun ini - ulang tahun ke-10 yayasan itu - ia akan menganjurkan 1,500 hari istimewa, berbanding hanya 17 pada tahun pertamanya.

Yayasan Steve Bernard pula menyokong lebih 40 projek dalam 16 jenis sukan dan empat benua sejak penubuhannya pada Februari 2006.

Projek itu termasuk kerja-kerja dengan sebuah pasukan bola sepak kurang upaya hingga projek pedalaman di Kenya, Uganda dan Thailand.

'Saya sengaja sentuh'


SAINT-DENIS - "Saya memang sengaja sentuh bola itu."

Demikian pengakuan penyerang Perancis, Thierry Henry selepas dia berjaya membantu pasukannya mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 kelmarin.

Pada perlawanan playoff kedua itu, Perancis seri 1-1 dengan Ireland, namun memperoleh kelebihan mara ke pusingan akhir di Afrika Selatan tahun depan dengan agregat 2-1.

Begitupun, kejayaan Perancis itu mencetuskan kontroversi apabila Henry didakwa sengaja menyentuh bola dengan tangannya sebelum melakukan hantaran kepada William Gallas.

Gallas yang tidak dikawal ketika itu kemudiannya bijak melakukan tandukan untuk gol penyamaan Perancis pada minit ke-103, sekali gus mela- yakkan juara dunia 1998 itu ke pusi- ngan akhir tahun depan.

Sebelum itu, Robbie Keane mele- takkan Ireland di hadapan pada minit ke-33.

Namun, selepas perlawanan berakhir, Henry mendedahkan bahawa pengadil perlawanan dari Sweden, Martin Hansson adalah punca utama kekalahan Ireland.

"Saya akan bercakap jujur dan memang saya ada menyentuh bola itu. Namun, saya bukanlah pengadil," ujar Henry.

"Saya hanya bermain dan pengadil pula tetap teruskan perlawanan. Jadi, persoalan ini perlu anda ajukan kepadanya (Hansson)."

Perancis yang menang 1-0 pada perlawanan pertama Sabtu lalu akan beraksi di Piala Dunia buat kali keempat berturut-turut.

"Kami melalui kesukaran selama dua tahun dan kami juga berdepan pelbagai masalah dengan media dan peminat-peminat kami.

"Ia mungkin lebih baik andai kami layak dengan keputusan yang adil tetapi seperti yang saya katakan, saya bukanlah pengadil," tambah Henry. - AP

Thursday, November 19, 2009

Kisah Tarik Kereta Dan Bank Menindas Peminjam

Berita pagi tadi memberitahu bahawa Hire Purchase Act (HP Act) akan dikaji semula kerana Akta yang ada sekarang ini memberikan ruang yang cukup banyak kepada pihak bank untuk menindas peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka. Antara cas (charge) yang disebut ialah upah tarik, cas (charge) storage (penyimpanan) dan satu lagi, saya terlupa.

Yang tidak disebut ialah cas guaman, duit kopi dan segala kesukaran dan tekanan secara fizikal dan emosi yang diterima oleh peminjam.

Sudah terlalu lama peminjam ditindas, undang-undang tidak memihak kepada mereka sedangkan merekalah yang patut mendapat pembelaan dan jika tiada peminjam maka tiada juga bank…….sepatutnya benda ini dah lama diambil perhatian oleh pihak berwajib.

Namun kata pepatah orang putih” better late than never”. Jadi saya sebagai seorang peminjam amat mengalu-alukan langkah-langkah baru ini dan diharap pekerja bank, bank Negara dan orang ramai sama-sama memikul tanggungjawab bagi merealisasikan perubahan ini.

Bagi mereka yang pernah melalui waktu-waktu perit dan tak mampu membayar ansuran pinjaman, tentu faham sangat tekanan yang diberi.

Selain dari kenderaan akan ditarik bila-bila masa selepas 3 bulan 21 hari, ada pekerja bank yang makan duit kopi dari tukang tarik – selain dari membekalkan maklumat peminjam, pegawai bank ini bersekongkol dengan penarik kereta untuk habuan dengan :-
Stop payment – tidak membenarkan bayaran dibuat jika penarik kereta inform yg kenderaan yang lewat membayar telah dijumpai.
Surat RO hanya di fax atau e-mail kepada penarik kereta bila kereta telah dijumpai – bererti peminjam tak tahu pun RO (Repossessing Order) telah dikeluarkan dan jika sudah dikeluarkan kekadang bukan kepada penarik kereta itu tapi kepada penarik kereta yang lain.
Kadang-kadang peminjam berjanji dengan bank akan membayar pada contoh: 5/11/09 tapi kenderaan ditarik pada 4/11/09 dan peminjam terpaksa melunaskan bayaran tambahan sedangkan jika bank tetap pada janjinya peminjam memang dapat melunaskan mungkin lebih dari yang tertunggak.
Kenderaan yang ditarik digunapakai oleh penarik kereta sebelum dan ada waktu kenderaan yang ditarik hilang langsung tidak diserah kepada bank. Dalam bahasa “mereka” ini dipanggil “duri”, silap haribulan terlepas jual ke Thailand.
Bank hantar surat saman biarpun menerima bayaran (kes macam ni biasanya untuk kes bayaran yang tertunggak contoh:peminjam memang ada tunggakan tapi masih membayar contoh hutang 3 bayar 1 atau 2, jadi memang ada tertunggak dan pihak bank pulak sewenang-wenangnya hantar surat saman kat peminjam sedangkan bank masih menerima bayaran – dan cas tetap peminjam yang kena bayar.
Ada 1 kes terbaharu kat tangan saya sekarang ni ialah, bulan 9 bank 1 surat lawyer NOD (Notice of Demand) dikeluarkan oleh satu firma guaman dan pada bulan 10 satu surat lagi oleh firma guaman yang lain. So macamana ni?
Bila kenderaan dah ditarik dan katalah peminjam tak mampu nak tebus balik, kenderaan ini akan dilelong dan sekiranya harga lelong kurang dari hutang, maka pihak bank akan mengambil tindakan sivil kepada peminjam.
Kesian kepada peminjam, sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap dek pasu bunga lalu dilanggar oleh lori trailer… Lihatlah betapa zalimnya system pentadbiran yang ada di Negaraku yang tercinta ini yang Islam itu agama rasminya.

Penindasan yang halus tanpa disedari.

Bagi para peminjam pula, ketahuilah hak-hak sebagai peminjam dan amil tahu sikit pekara-pekara seperti undang-undang tarik kereta. Kalau ikut undang-undang, kereta dalam kawasan tertutup contoh: porch - mereka tak boleh tarik . Tapi mereka buat apa? Nak tahu? Baca terus...

Kereta dalam Porch

Mereka akan “ambush” i.e mereka tunggu sejak subuh-subuh dan bila orang dirumah bukak pintu pagar untuk hantar anak ke sekolah atau keluar pergi kerja mereka akan masuk dan paksa kita serah kunci;

Kalau orang tak de rumah, mereka akan angkat pagar, keluarkan kereta dan ambil gambar (kononnya ambik kat luar rumah)

Kereta kat Public Parking

Mereka boleh tarik tapi hanya waktu pejabat dan pada hari bekerja sahaja.

Oh, lupa 2 pekara penting :-
Penarik kereta ada kad kuasa dan seharusnya mereka hanya bekerja untuk institusi kewangan tersebut sahaja dan bukan kad kuasa dari CIMB tapi tarik kereta PBB.
Kereta yang ditarik kena buat report polis dan kalau tak silap kena report sebelum ambik tapi sekarang mereka juga boleh buat report kat mana-mana balai dengan alasan diluar kawasan (polis pun ada masukk…)
Saya harap dengan pengistiharan akta sewa beli ini, mereka juga akan menilai semula pekara-pekara yang disebutkan disini.

Fokus bank nak dapatkan balik pinjaman yang diberi jadi carilah jalan bagaimana bank tak rugi dan pelanggan tak menjadi mangsa.

Waspada gelombang kedua


DABONG – Jawatankuasa bencana negeri bersedia menghadapi kemungkinan gelombang banjir kali kedua yang dijangkakan dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Kelantan, Datuk Aiseri Alias berkata, pihaknya bersedia menghadapi kemungkinan banjir kali kedua dengan pelbagai kelengkapan termasuk logistik yang lebih lengkap berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, keseluruhan terdapat 3,200 jentera penggerak jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang bersiap sedia untuk menghadapi situasi gelombang banjir kedua ini.

“Kami bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan gelombang banjir kali kedua ini dengan kelengkapan jentera jawatankuasa dan logistik yang lebih banyak.

“1,688 daripada jumlah jentera terlibat adakan anggota berunifom termasuk polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam,” katanya ketika melawat lokasi penanda aras banjir di Sungai Galas dekat sini semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai kemalangan jiwa yang berlaku pada musim tengkujuh beliau mengingatkan agar ibu bapa sentiasa memastikan anak mereka tidak bermain di lokasi yang berisiko.

“Terdapat kes kemalangan jiwa yang berlaku bukan disebabkan oleh banjir tetapi lebih kepada faktor kecuaian dan ini boleh dielakkan dengan pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

“Orang ramai juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kedua ini dengan mempersiapkan segala harta benda dan dokumen penting mereka untuk disimpan di tempat yang selamat bagi memudahkan urusan pemindahan jika berlaku banjir mendadak,” katanya.

Katanya, untuk itu semua agensi terlibat juga disarankan sentiasa memberi peringatan kepada orang ramai dan bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan.

Pembelian membazir Chelsea


SEJAK bilionair Russia, Roman Abramovich bertapak di Stamford Bridge lima tahun lalu, beliau berbelanja besar untuk mendapatkan beberapa pemain.

Namun, terdapat beberapa pembelian yang dianggap merugikan. Ikuti senarai pembelian tidak menjadi yang dilakukan Abramovich.

Hernan Crespo
PEMAIN Argentina ini berusaha mengekalkan reputasinya sebagai penyerang bahaya sama seperti ketika dia berada di Itali. Ketibaan Crespo dengan bayaran STG16.8 juta (RM97 juta) pada 2003 memberi isyarat terhadap hasrat besar Abramovich. Tapi Crespo gagal menyesuaikan diri dan selepas beberapa kali dipinjamkan, dia dilepaskan pada musim panas.

Juan Veron
DIA dianggap pembelian paling ganjil. Veron adalah kegagalan sangat besar di Manchester United tapi Blues memberinya peluang kedua dengan bayaran STG15 juta (RM86.9 juta) menerusi perjanjian dilakukan pada 2003. Tidak seorang pun terkejut apabila pemain tengah itu sekali lagi gagal dan akhirnya dia meninggalkan kelab itu secara percuma.

Damien Duff
RAMAI pemerhati terkejut apabila Chelsea membayar STG17 juta (RM98.5 juta) kepada Blackburn untuk mendapatkan khidmat Duff pada 2003 tapi pada mulanya dia dilihat bernilai sebagai pemain sayap yang bermain di posisi berbeza dengan Arjen Robben. Kecederaan menghalang pemain Ireland itu berkembang dan tiga tahun selepas dia tiba di situ, skuad Blues menghantarnya ke Newcastle dengan dijual pada harga STG5 juta (RM28.9 juta).

Adrian Mutu
CHELSEA membelanjakan STG15.8 juta (RM91.6 juta) untuk mendapatkan khidmat Mutu pada 2003 tapi dia dipecat kerana mengambil kokain setahun kemudian. Skuad The Blues membenarkan penyerang itu meninggalkan kelab dengan percuma, kemudian Juventus mendapatkannya selepas dia tamat penggantungan selama tujuh bulan. Bagaimanapun, dia diarah membayar kepada Chelsea STG13 juta (RM75 juta) sebagai ganti rugi.

Shaun Wright-Phillips
WRIGHT-Phillips sepatutnya memberi jawapan kepada Chelsea yang sedang mengintai pemain sayap kanan walaupun berlaku kejutan apabila dia dibeli dengan harga STG21 juta (RM121.7 juta). Namun, Jose Mourinho dan Avram Grant kemudian gagal mencari tempat untuknya diletakkan dalam kesebelasan utama. Justeru, tidak hairanlah apabila Phil Scolari membiarkan dia pergi meskipun mereka kerugian STG12 juta (RM69.5 juta).

Andriy Shevchenko
MENYERTAI Chelsea dengan rekod termahal British bernilai STG30 juta (RM173.9 juta) ketika itu pada 2006, Shevchenko dianggap kegagalan terbesar dalam sejarah permainan bola sepak. Selepas dua tahun menghadapi kesukaran, Sheva meninggalkan kelab itu dan pelaburan ke atasnya dianggap tidak berbaloi.

Tindakan KAFA waJaR

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

KELAB Penyokong Bola Sepak Kelantan bersetuju dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk tidak mahu mengemukakan rayuan terhadap denda RM50,000 yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 7 November lalu.

Setiausahanya, Harun Ali berkata, keputusan yang dibuat Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa adalah wajar bagi mengelakkan dilabel sebagai pasukan yang sentiasa meraih simpati.

Sebaliknya menurut beliau, tindakan FAM itu seakan-akan mahu membunuh masa depan bola sepak Kelantan.

Jelasnya, FAM perlu sedar, sebahagian sumber pendapatan musim ini datang daripada peminat bola sepak Kelantan kerana mereka sentiasa membanjiri stadium menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan mereka.

"Kelab penyokong sentiasa berdiri di belakang Presiden KAFA dalam menghadapi apa jua situasi termasuk mencari dana melalui tabung derma 'RM1, Satu KAFA' bagi melunaskan denda yang dikenakan FAM," katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Annuar memutuskan untuk tidak merayu terhadap denda RM50,000 yang dikenakan FAM berhubung insiden pada perlawanan 7 November lalu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Siber Kelantan (Kelate.Net), Nik Mohd. Sallehuddin Nik Abdul Razak pula berkata, beliau bersama ahli kelab sentiasa menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden KAFA.

Menurutnya, beliau percaya keputusan untuk tidak mengemukakan rayuan kali ini berkait rapat dalam usaha Annuar untuk mengembalikan maruah bola sepak Kelantan terutama maruah para penyokong Kelantan.

"Apa yang berlaku di Bukit Jalil secara jelas dan nyata bukan di bawah tanggungjawab KAFA kerana perlawanan tersebut dianjurkan oleh FAM dan FAM menerima keuntungan yang banyak daripada perlawanan tersebut.

"Mereka (FAM) perlu mengakui apa yang berlaku di sana tempoh hari adalah berikutan kelemahan kawalan keselamatan dan mengapa KAFA yang terpaksa menanggung akibatnya," katanya.

Nik Mohd. Sallehuddin menambah, selain sikap segelintir penyokong yang kurang beradab dan, sikap FAM yang kurang profesional menjadikan Annuar tawar hati untuk merayu.

MalayIsia GuLung Tikar


Harapan Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2011 tidak kesampaian apabila tumpas 1-3 kepada Uzbekistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Anak didik K Rajagobal turun dengan semangat berbeza berbanding aksi skuad yang dipamerkan 2007 apabila berjaya menghadirkan tekanan kepada pasukan lawan.

Dengan kemenangan itu, pasukan Asia Tengah itu layak ke pusingan akhir di Qatar.

Malaysia jelas merindui sentuhan penyudah Mohd Zaquan Adha Abdul Razak yang terlepas perlawanan itu selepas mengutip kad kuning kedua.

Beberapa peluang yang terhidang tidak dapat disempurnakan gandingan yang dipertaruhkan, Ahmad Fakri Saarani dan Noirshahrul Idlan Talaha dalam aksi padang licin.

Keampuhan benteng pertahanan negara hanya bertahan pada minit ke-31 apabila pasukan pelawat membuka tirai menerusi Anvar Gafurov.

Uzbekistan menggunakan kelebihan fizikal untuk menanduk masuk bola sepakan sulung bagi gol pembukaan.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Sebaik perlawanan bersambung, skuad negara beraksi lebih garang dan banyak mengatur serangan dengan lebih tersusun.

Farizal Marlis tewas lagi apabila kapten pasukan pelawat, Timur Kapadze mengambil kesempatan suasana kelam kabut di dalam kotak penalti.

Gol rembatan leret Baddrol Bakhtiar pada minit ke-70 memberi harapan Malaysia melakar kejutan. Namun keceriaan itu hanya bertahan dua minit sebelum sekali lagi Kapadze yang tidak dikawal mudah menjadikan kedudukan 3-1.

“Mereka pasukan yang bagus manakala kita pula mempertaruhkan pasukan yang cetek pengalaman. Jelas darjatnya berbeza.

“Kami tidak turun dengan permainan berhati-hati bagi mengelak kecederaan. Sebaliknya saya mengarahkan mereka bermain secara agresif.

“Bagi saya kecederaan boleh berlaku bila-bila masa. Sikap positf perlu diambil daripada perlawanan ini kerana ia memberi pendedahan kompetitif kepada pasukan muda ini,” katanya.

Wednesday, November 18, 2009

Malaysia Kalah di Laman SendiRi




Full Time : Malaysia 1 Uzbekistan 3

Antara mUka BaRu Skuad KeLantan 2010..








Full name Mohd Shakir Shaari
Date of birth September 29, 1986 (age 23)(1986-09-29)
Place of birth Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Playing position Attacking Midfielder

Nama penuh Akmal Rizal Ahmad Rakhli
Tarikh lahir 12 Disember 1981 (umur 27)
Tempat lahir Jitra, Kedah, Malaysia
Ketinggian 1.7 m (5 ft 67⁄8 in)+
Posisi Striker

Full name Subramanian s/o Sooryapparad
Date of birth August 31, 1985 (age 24)(1985-08-31)
Place of birth Kuala Lumpur, Malaysia
Playing position Defender

Full name Syed Adney Syed Hussein
Date of birth November 29, 1986 (age 22)(1986-11-29)
Place of birth Liverpool, England, Great Britain
Height 1.89 m (6 ft 2+1⁄2 in)
Playing position Goalkeeper

Full name Norshahrul Idlan Talaha
Date of birth June 8, 1986 (age 23)(1986-06-08)
Place of birth Terengganu, Malaysia
Playing position Attacking Midfielder, Striker