DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.... BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT .... Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Thursday, November 19, 2009
Waspada gelombang kedua
DABONG – Jawatankuasa bencana negeri bersedia menghadapi kemungkinan gelombang banjir kali kedua yang dijangkakan dalam masa terdekat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Kelantan, Datuk Aiseri Alias berkata, pihaknya bersedia menghadapi kemungkinan banjir kali kedua dengan pelbagai kelengkapan termasuk logistik yang lebih lengkap berbanding tahun sebelumnya.
Menurutnya, keseluruhan terdapat 3,200 jentera penggerak jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang bersiap sedia untuk menghadapi situasi gelombang banjir kedua ini.
“Kami bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan gelombang banjir kali kedua ini dengan kelengkapan jentera jawatankuasa dan logistik yang lebih banyak.
“1,688 daripada jumlah jentera terlibat adakan anggota berunifom termasuk polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam,” katanya ketika melawat lokasi penanda aras banjir di Sungai Galas dekat sini semalam.
Sementara itu, mengulas mengenai kemalangan jiwa yang berlaku pada musim tengkujuh beliau mengingatkan agar ibu bapa sentiasa memastikan anak mereka tidak bermain di lokasi yang berisiko.
“Terdapat kes kemalangan jiwa yang berlaku bukan disebabkan oleh banjir tetapi lebih kepada faktor kecuaian dan ini boleh dielakkan dengan pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
“Orang ramai juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kedua ini dengan mempersiapkan segala harta benda dan dokumen penting mereka untuk disimpan di tempat yang selamat bagi memudahkan urusan pemindahan jika berlaku banjir mendadak,” katanya.
Katanya, untuk itu semua agensi terlibat juga disarankan sentiasa memberi peringatan kepada orang ramai dan bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment