Saturday, November 28, 2009

Petanda Vidic tinggalkan United


LONDON - Nemanja Vidic diberitahu bahawa dia mungkin tidak akan ditawarkan kontrak baru sehingga 2011 sekali gus membuka peluang buat dirinya menyertai Barcelona pada musim panas depan.

Pemain Manchester United itu tidak akan menerima kenaikkan gaji dalam usaha kelab itu mengurangkan kos perbelanjaan di Old Trafford.

Vidic kini menjadi buruan Barca dan ejennya sedang berusaha mendapatkan kontrak baru buatnya di United.

Pertahanan Serbia itu masih mempunyai baki kontrak dua tahun lagi dengan pendapatan gaji £70,000 (RM388,666) seminggu.

Begitupun, United memberitahu bahawa dia tidak akan berpeluang menerima kenaikan gajinya sehingga ke hujung kontraknya.

The Red Devils akan membuat tawaran istimewa tersebut hanya kepada Wayne Rooney sahaja.

United kini memiliki hutang berjumlah £690 juta (RM3.8 bilion) dan terpaksa melangsaikannya secara ansuran sebanyak £43 juta (RM238.6 juta) setahun.

Vidic yang dibeli dengan harga £7 juta (RM38.8 juta) daripada Spartak Moscow pada Januari 2006, berharap dapat memperoleh gaji sekurang-kurangnya £100,000 (RM554,405).

Begitupun dia berkata: "Saya gembira di sini. Kita akan lihat apa yang berlaku. Saya tidak mahu terburu-buru bercakap tentang masa depan saya." - Agensi

No comments:

Post a Comment