Saturday, January 23, 2010

Kelantan 4 vs 1 Johor FC

KESEBELASAN UTAMA

HALIM NAPI

DAUDSU

SUBRAMANIAM

AZIZI CHE ROS

ZAIRUL FITRIE

NOR FARHAN

BADRI RADZI

SHAKIR SHAARI (KHAIRAN EROZA)

INDRA PUTRA MAHYUDDIN

NOR SHAHRUL IDLAN (S CHANTURU)

HAIRUDDIN OMAR

SEPARUH MASA PERTAMA:

Perlawanan dimulakan, dengan dihadiri kira-kira 18 ribu orang penyokong
Perlawanan seimbang dengan Kelantan tampil dengan corak permainan menyerang. Setakat ini 3 percubaan tepat daripada pasukan Kelantan dengan aksi yang menghiburkan.
GOLLLLLLLLLL, Kelantan menjaringkan gol pertama menerusi Shahrul Idlan Talha pada minit ke-18 hasil kekalutan di depan pintu gol pasukan Johor
GOLLLLLLLLLL, Johor FC menyamakan kedudukan pada minit ke-21 hasil jaringan Riduan Moin
Pritt...pritt, tamat separuh masa pertama dengan kedudukan kekal Kelantan 1 - 1 Johor FC
Analisis separuh masa pertama, perlawanan seimbang dengan Kelantan menguasai bahagian tengah dan serangan melalui 6 percubaan tepat ke arah pintu gol,manakala Johor FC 4 percubaan tepat
SEPARUH MASA KEDUA:

Separuh masa ke-2 bermula
GOLLLLLLLLL, hasil sepakan percuma Badri Radzi yang ditanduk kemas Azizi bagi gol ke-2 Kelantan
GOLLLLLLLLL, Indra Putra juga melalui sepakan percuma Badri Radzi sekali lagi. Kelantan mendahului 3-1
Terkini, Kelantan terus mengasak untuk terus menambah jaringan. Pemain-pemain Kelantan bagaikan dirasuk histeria dengan asakan-asakan menggila ke kubu Johor FC
Analisis perlawanan terkini: Kelantan 60% - Johor FC 40%
Kelantan mengeluarkan Shakir digantikan dengan Khairan Eroza, Nor Shahrul Idlan digantikan dengan S Chanturu
GOLLLLLLLLLL, Norfarhan Mohamad menjaringkan gol ke-4 Kelantan dan gol pertamanya musim ini hasil hantaran lintang S Chanturu
Prittttttttttt perlawanan tamat. Sathia berjaya menutup mulut pengkritiknya dengan permainan terbaik Kelantan untuk tahun ini. Jika penyerang lebih tajam, 8 gol boleh dijaringkan malam ini.
Pemain terbaik "Azizi"

Friday, January 22, 2010

Halim Kembali Pikul Tugas Penjaga Gol


Kelantan membuat kejutan apabila menyenaraikan semula penjaga gol berpengalaman Halim Napi (gambar) untuk menjaga gawang apabila meredah awal musim ini dengan langkah tidak menyakinkan.

Kemasukan Halim itu dilihat sebagai langkah berjaga-jaga ekoran aksi 'kurang cermat' Syed Adney ketika perlawanan menentang Kedah Selasa lalu yang menyebabkan Kelantan tewas.

Ternyata pengalaman luas Halim, 39, yang dilantik sebagai jurulatih skuad Piala Presiden dalam kancah bola Malaysia masih diperlukan dan masih sukar ditandingi.
Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, Halim yang dipanggil semula membarisi The Red Warriors dijangka turun beraksi menentang pasukan Johor FC, Sabtu ini.

"Tugasnya sebagai jurulatih akan digantikan bekas pemain Kelantan dan kebangsaan era 80-an iaitu Hamid Ramli yang pernah melatih skuad Melaka, ujarnya di sini, semalam.

Annuar menambah, bagi menghadapi Johor FC, beliau telah mengarahkan Ketua Jurulatih, B. Sathianathan, untuk menurunkan barisan terbaik pada perlawanan tersebut.

"Kelantan dijangka turun dengan formasi yang berbeza bagi mengembalikan semula moral pasukan dan penyokong setia.

"Saya melihat pertemuan ini bukanlah satu perlawanan mudah, ini kerana Johor FC adalah pasukan yang terkuat musim ini. Rekod musim lepas membuktikan bahawa kita tewas dalam kedua-dua pertemuan dalam Liga Super," jelasnya

Annuar menjelaskan, dalam pertemuan semalam, kesemua pemain telah beriikrar akan berjuang habis habisan dan dijangka akan mempamerkan persembahan lebih mantap sabtu ini.

"Indra, Farhan, Hairuddin dan S. Chanturu dijangka turun bagi mengepalai jentera serangan kelantan yang dilihat agak tumpul sebelum ini, tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memberitahu, satu solat hajat akan dilakukan di Masjid Tuan Haji Musa, Bukit Marak Bachok, Jumaat ini.

Thursday, January 21, 2010

Sathianathan buat rombakan pemain atasi permainan hambar

Tekanan yang dihadapi oleh jurulatih Kelantan, B. Sathianathan memaksanya membuat rombakan bagi menghadapi perlawanan bertemu Johor FC, Sabtu ini.

Bagaimanapun, beliau akan terus mengekalkan penjaga gol utama skuad Kijang, Syed Adney Syed Hussin walaupun telah melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya untuk memberikan gol mudah kepada Kedah, kelmarin.

Sathianathan ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam berkata, rombakan itu sememangnya penting dalam mengembalikan semula prestasi skuadnya ke landasan sebenar selepas beraksi hambar dengan ketumpulan jentera serangan.

"Saya akan buat sedikit rombakan di semua posisi termasuklah jentera serangan yang tidak mampu untuk menjaringkan gol sebelum ini.

"Keadaan sekarang amat tertekan bagaimanapun saya mengambilnya sebagai positif untuk membina sebuah pasukan yang lebih mantap bagi mengharungi perlawanan akan datang," ujarnya.

Bagi bekas jurulatih skuad kebangsaan itu, tiga gol yang dihasilkan daripada empat perlawanan membuktikan bahawa jentera serangannya masih belum serasi dan memerlukan sedikit masa bagi membentuk gandingan yang benar-benar mantap.

"Kita masih lagi mencari keserasian terutama di posisi serangan dan berharap agar dapat mencarinya dalam masa yang terdekat," katanya.

Pada perlawanan, kelmarin, Kelantan gagal meraih tiga mata berharga di laman sendiri gara-gara sikap sambil lewa penjaga gol, Syed Adney.

Segalanya bermula pada minit ke-41 apabila Syed Adney yang menerima hantaran rakan sepasukan gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sehingga mengundang padah dengan memberikan kemenangan kepada Kedah.

Gol tersebut ternyata mengecewakan lebih 20,000 peminat setia Kelantan yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Kekalahan kepada Kedah menyaksikan Kelantan hanya mengumpul lima mata hasil daripada satu kemenangan dan dua seri untuk menghuni tangga ketujuh liga.

Mengulas lanjut mengenai prestasi penjaga gol kelahiran Liverpool itu, Sathianathan berkata, Syed Adney perlu lebih fokus.

"Kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku tetapi saya lupakan kesilapan tersebut. Saya masih percaya kepada kredibiliti Syed Adney berdasarkan persembahannya dalam tiga perlawanan sebelum ini dan kita amat berharap dia akan menunjukkan prestasi yang sebenar," katanya.

Dalam pada itu, Sathianathan menyeru semua pemain supaya bangkit dan melupakan kekalahan kelmarin dengan menjadikannya sebagai pengajaran yang amat berguna.

"Para pemain harus menunjukkan kebolehan mereka demi mengembalikan semula kepercayaan penyokong setia.

"Saya berharap penyokong bersabar dan beri sedikit masa kepada pasukan untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada," katanya.

Janji Habuan RM500,000


BAGI tujuan merangsang semangat juang pasukan negeri, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memperkenalkan skim bonus keseluruhan sebanyak RM500,000 sepanjang musim ini sekiranya berjaya menjuarai Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia serta bonus kemenangan dalam setiap perlawanan dicapai Kelantan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata daripada jumlah bonus keseluruhan itu, pihaknya menetapkan setiap RM100,000 akan diagihkan kepada pegawai dan pemain jika berjaya menjuarai Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia manakala RM200,000 lagi diagihkan sebagai bonus kemenangan dalam perlawanan.

“Saya sediakan pelbagai peluang dan insentif bagi menggalakkan semangat dan persembahan terbaik pasukan Kelantan dalam Liga Malaysia musim 2010,” katanya.

Sementara itu, dia berkata masih terlalu awal untuk menghukum jurulatih dan barisan pemain Kelantan berikutan prestasi kurang menyengat skuad The Red Warriors itu dalam kancah Liga Super, terutama selepas tewas kepada Kedah 1-0 di laman sendiri, kelmarin.

Dia berkata Kelantan bawah bimbingan B Sathianathan masih ada masa memantapkan persembahan sekali gus mencapai sasaran merebut tiga piala musim ini.

“Saya optimis terhadap keupayaan Sathia menyusun barisan mantap di setiap posisi, terutama ketika ketika turun berdepan cabaran Johor FC di gelanggang sendiri Sabtu ini.

Apapun, dia berkata Sathia tidak terlepas daripada penilaian oleh pengurusan Kafa apabila ditetapkan dengan sasaran memenangi satu daripada tiga piala dipertandingkan musim ini sebagai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) bagi jurulatih Kelantan it

Wednesday, January 20, 2010

Selangor selesa

PENGUASAAN Selangor selaku pendahulu liga langsung tidak dicabar ketika skuad Gergasi Merah berpesta gol di Shah Alam dengan membelasah Pahang, 4-0 manakala pencabar terdekat, Terengganu sekadar berkongsi mata pada aksi Liga Super, malam tadi.

Skuad bimbingan K Devan tidak berdepan masalah melakarkan kemenangan keempat berturut-turut bermula dengan jaringan Mohd Safee Sali pada minit ke-34 sebelum diikuti Safiq Rahim pada m-55.


Penampilan pemain pertahanan, R Surendran dalam perlawanan kedua selepas pulih daripada kecederaan melengkapkan kemenangan bergaya Selangor apabila menyumbat dua gol pada m-77 dan m-83.


Di Stadium Sultan Mohamad IV, hasrat Kelantan untuk memastikan kemenangan kedua di depan penyokong sendiri tidak kesampaian apabila tumpas 1-0 kepada Kedah.


Jaringan tunggal Azlan Ismail pada m-41 cukup menceriakan Kedah yang sebelum ini dibelenggu dua kekalahan berturut-turut sekali gus melonjakkan kedudukan anak buah Ahmad Yusof di tangga kelima liga.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pertembungan dua beradik, T-Team dan Terengganu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata selepas terikat 1-1.


Terengganu terlebih dulu di depan pada m-71 menerusi jaringan Abd Manaf Mamat, namun kedudukan itu hanya bertahan enam minit selepas itu T-Team menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Haris Safwan. menewaskan penjaga gol, Sharbinee Alawi.


Di Stadium JCorp Pasir Gudang, rekod tanpa kalah Johor FC lebur selepas tewas tipis 1-0 kepada Kuala Lumpur membolehkan skuad Lembah Klang itu mencatat kemenangan pertama.


Johor FC tersentak dengan gol awal anak didik Razip Ismail yang mengambil kesempatan daripada kealpaan benteng pertahanan pada m-18 selepas sepakan percuma Azidan Sarudin ditanduk Yong Xuong Yong, menewaskan penjaga gol, Mohd Anis Faron.


Di Stadium Perak, nasib tuan rumah menjadi persoalan selepas gagal mempamerkan aksi konsisten melakar kekalahan ketiga kepada Perlis.


Jaringan Azrol Ahmad pada m-74 sudah cukup buat Perlis melonjak ke tangga keempat mengumpul tujuh mata. daripada empat perlawanan.


Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan menamatkan rekod tanpa kemenangan apabila menundukkan KL Plus, 2-1.

Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas terikat 1-1 dengan pasukan tercorot, Johor Pasir Gudang.

Tuesday, January 19, 2010

Sathianathan Tuntut Aksi Terbaik Red Warriors


Selepas gagal mendapat tiga mata di Perlis, pengendali skuad Kelantan, B. Sathianathan menuntut anak buahnya memberikan aksi terbaik menjelang pertemuan dengan Kedah malam ini bagi memastikan pasukan itu terus memberi saingan kepada pendahulu Liga Super.

Biarpun begitu, beliau memuji persembahan barisan pertahanan yang memberikan aksi mantap ketika perlawanan tersebut sehingga berjaya mengekang jentera serangan pasukan lawan.

Beliau berkata, untuk memastikan kemenangan malam ini, kesemua pemain dituntut supaya menggunakan peluang yang ada bagi menjaringkan gol.
Justeru itu, katanya, Kelantan tidak boleh mengambil mudah perlawanan menentang Kedah, malam ini kerana pasukan itu mempunyai barisan yang berpengalaman yang pernah dan sedang beraksi dengan skuad kebangsaan.

"Saya melihat pertemuan ini pasti sengit, walaupun Kedah kalah dua perlawanan berturut-turut saya percaya mereka akan turun bermati-matian untuk memburu tiga mata.

"Kita menghormati pasukan Kedah memandangkan mereka pernah muncul juara berganda.

''Saya mengingatkan supaya pemain mempamerkan aksi yang terbaik dan membuktikan kepada penyokong bahawa mereka mampu memberikan aksi terbaik," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Musim ini Kelantan bermula dengan aksi yang agak baik apabila tidak pernah tewas dalam tiga perlawanan serta mengekalkan rekod tanpa bolos setakat ini.

Finalis Piala Malaysia dan FA musim lalu yang dibarisi dengan beberapa pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin, Hairudin Omar, Akmal Rizal Rakhli, Nor Shahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu meletakkan sasaran tiga piala pada tahun ini.

Menurut Sathianathan, Kelantan mungkin menurunkan penyerang sensasinya, Mohd. Nor Farhan Mohamad dan pertahanan, Zairol Fitri Ishak yang mengalami kecederaan sebelum ini untuk perlawanan menentang Kedah.

"Mohd. Nor Farhan masih belum cergas sepenuhnya dan beliau akan menjalani ujian kecergasan esok serta saya berharap agar beliau pulih sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan malam esok (ini).

"Zairul Fitree pula sudah sembuh dan seharusnya cergas sepenuhnya dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu, Sathianathan meminta para penyokong supaya terus memberikan sokongan padu kepada pasukan kerana mereka adalah pemain ke-12 bagi Kelantan ketika beraksi serta peranannya mampu mengubah situasi perlawanan.

"Saya juga memohon kerjasama penyokong supaya tidak melakukan perbuatan yang tidak diingini seperti membaling botol dan mercun yang boleh menyebabkan imej pasukan tercalar.

"Tunjukkan kepada seluruh negara bahawa kita seorang yang berdisiplin dan penyabar apabila menonton bola sepak dan kita menghormati peraturan permainan," katanya.

Monday, January 18, 2010

Pemain Kelantan Diberi Amaran


Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengeluarkan amaran keras kepada barisan bintangnya yang menerajui posisi serangan skuad Kelantan agar lebih tajam dipintu gol, atau bakal disingkirkan daripada kesebelasan utamanya.

Beliau yang kecewa dengan persembahan anak buahnya ketika menentang Perlis kelmarin menuntut barisan pemainya agar kembali ke landasan sebenar.

"Walaupun kita menguasai hampir keseluruhan pemainan, namun setiap peluang yang terhidang gagal disudahkan oleh barisan serangan.
"Saya mengingatkan kepada semua pemain, jika mahu terus berada dalam kesebelasan utama perlulah meningkatkan prestasi, jika tidak mereka akan digugurkan dari senarai itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Musim ini menyaksikan Kelantan terperksa menyediakan peruntukan yang besar bagi mendapatkan beberapa penyerang utama yang telah mencipta nama dalam kancah bola sepak tempatan, dalam usaha memenuhi impian memburu kejuaraan.

Pemain-pemain itu termasuklah Hairuddin Omar (T-Team); bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakli (KM Naza) dan Nor Shahrul Idlan, yang juga peledak sensasi skuad bawah 23 tahun negara.

Kemasukan barisan baru ini dilihat mampu menambah sengat serangan Kelantan, yang sudah memiliki penyerang terbilang seperti Indra Putra dan Che Hisamuddin Hassan.

Sunday, January 17, 2010

Selangor kekal terajui Liga Super


SELANGOR kekal selaku peneraju Liga Super selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas KL Plus di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi

KL Plus yang turun beraksi selaku tuan rumah ternyata tidak memberi laluan mudah buat Selangor apabila berjaya 'mengikat' skuad Gergasi Merah itu sehingga tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, Selangor dilihat lebih banyak menguasai permainan sehingga berjaya memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan tonggak tengah Selangor, Hardi Jaafar pada minit ke-67.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Mohammad Khairul muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan untuk membantu Johor FC menewaskan Kedah 1-0.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, tuan rumah, Te- rengganu mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Pulau Pinang.

Gol pembukaan Terengganu hadir menerusi Mohd. Firdaus Faudzi pada minit ke-59 sebelum Mohd. Ashaari Shamsuddin menambah gol kedua tiga minit kemu- dian.

Joseph Kalang Tie dan Abdul Manaf Mamat masing-masing meledak satu gol minit ke-82 dan 90.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang meraih mata penuh selepas menang 2-1 ke atas T-Team.

Di Stadium Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunos, Johor Bahru, Johor gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas 0-2 kepada Perak.

Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Kelantan meraih satu mata berharga selepas mengikat Perlis dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan sekadar seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur.

Chelsea berpesta gol, Man. United ekori rapat

Chelsea berpesta gol dalam persaingan bola sepak Liga Perdana England dengan membelasah Sunderland 7-2 di Stamford Bridge, kelmarin manakala Manchester United mencatat kemenangan selesa menewaskan Burnley 3-0 di Old Trafford untuk terus mengekori peneraju liga itu.

Chelsea menerajui liga dengan memungut 48 mata, melebihi satu daripada United yang bermain lebih satu perlawanan.

Arsenal yang mengunjungi Bolton Wanderers, hari ini, di tempat ketiga dengan 42 mata manakala Tottenham Hotspur keempat dengan 38 mata selepas seri tanpa jaringan di tempat sendiri dengan Hull City.

Chelsea memanfaatkan kesempatan Sunderland yang dibelenggu kecederaan pemainnya dengan mendahului 4-0 menerusi gol Nicolas Anelka, Florent Malouda, Ashley Cole dan Frank Lampard.

Michael Ballack turut menjaringkan gol di samping masing-masing satu daripada Anelka dan Lampard melengkapkan pesta jaringan itu.

Manchester United menebus kekalahan kepada Burnley di Turf Moor, Ogos lalu menerusi gol babak kedua daripada Dimitar Berbatov, Wayne Rooney dan Mame Biram Diouf