DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.... BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT .... Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Saturday, November 28, 2009
Pengadil pula tidak dibayar
KELANA JAYA – Kini tiba giliran pengadil perlawanan bola sepak Liga Malaysia pula diberi layanan teruk beberapa persatuan bola sepak negara ini.
Lebih daripada 20 orang pengadil yang mengendalikan perlawanan sepanjang 2009 tidak menerima pembayaran tugas, menurut pendedahan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.
Raja Ahmad Zainuddin mendakwa, perkara tersebut diperoleh ketika dia mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu, semalam.
Katanya, lima buah persatuan yang melibatkan pasukan negeri dan kelab didapati telah gagal menyelesaikan pembayaran elaun kepada golongan sokongan bola sepak negara tersebut.
“Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini berlaku. Saya berasa kecewa kerana ia sepatutnya tidak berlaku kerana FAM telah menyediakan peruntukan khas kepada semua persatuan untuk membuat pembayaran.
“Ia adalah tanggungjawab setiap persatuan untuk menyelesaikan tuntutan bayaran elaun daripada pengadil perlawanan dan FAM langsung tidak terlibat dalam soal pembayaran itu.
“Saya pasti perkara ini terjadi kerana masalah kewangan persatuan atau apa, sekali gus memberi kesan kepada pembayaran elaun pengadil,” katanya pada sidang akhbar, di sini, semalam.
Ditanya mengenai kemungkinan ada pihak cuba menyeleweng peruntukan yang telah diberikan oleh FAM tersebut, Raja Ahmad Zainuddin menegaskan dia tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.
Jelas beliau, pihaknya hanya mahu mengumpul maklumat lanjut dan berusaha menyelesaikan masalah tersebut bagi kepentingan semua pihak.
“Ia satu jumlah yang agak besar. Oleh itu, saya tidak mahu perkara ini berlaku lagi pada masa depan.
“Sehubungan itu, saya berpendapat bahawa FAM perlu mengambil tugas pembayaran elaun pengadil daripada pihak persatuan pada masa depan (musim depan).
“Jika ia dilaksanakan, isu seperti ini boleh dielakkan. Isu pembayaran elaun adalah penting kerana pengadil juga seperti orang biasa, mereka juga terpaksa membayar minyak kenderaan dan tempat penginapan,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tahap aduan mengenai mutu pengadilan pengadil, beliau berkata, pihaknya hanya akan mengambil tindakan jika pihak persatuan melakukan aduan rasmi.
Jelasnya, hanya satu aduan rasmi diperoleh sepanjang musim ini.
“Jika ia serius, pihak persatuan boleh mengajukan bantahan menerusi aduan rasmi dan bukannya hanya meluahkan menerusi media.
“Mereka boleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment