Friday, November 20, 2009

'Saya sengaja sentuh'


SAINT-DENIS - "Saya memang sengaja sentuh bola itu."

Demikian pengakuan penyerang Perancis, Thierry Henry selepas dia berjaya membantu pasukannya mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 kelmarin.

Pada perlawanan playoff kedua itu, Perancis seri 1-1 dengan Ireland, namun memperoleh kelebihan mara ke pusingan akhir di Afrika Selatan tahun depan dengan agregat 2-1.

Begitupun, kejayaan Perancis itu mencetuskan kontroversi apabila Henry didakwa sengaja menyentuh bola dengan tangannya sebelum melakukan hantaran kepada William Gallas.

Gallas yang tidak dikawal ketika itu kemudiannya bijak melakukan tandukan untuk gol penyamaan Perancis pada minit ke-103, sekali gus mela- yakkan juara dunia 1998 itu ke pusi- ngan akhir tahun depan.

Sebelum itu, Robbie Keane mele- takkan Ireland di hadapan pada minit ke-33.

Namun, selepas perlawanan berakhir, Henry mendedahkan bahawa pengadil perlawanan dari Sweden, Martin Hansson adalah punca utama kekalahan Ireland.

"Saya akan bercakap jujur dan memang saya ada menyentuh bola itu. Namun, saya bukanlah pengadil," ujar Henry.

"Saya hanya bermain dan pengadil pula tetap teruskan perlawanan. Jadi, persoalan ini perlu anda ajukan kepadanya (Hansson)."

Perancis yang menang 1-0 pada perlawanan pertama Sabtu lalu akan beraksi di Piala Dunia buat kali keempat berturut-turut.

"Kami melalui kesukaran selama dua tahun dan kami juga berdepan pelbagai masalah dengan media dan peminat-peminat kami.

"Ia mungkin lebih baik andai kami layak dengan keputusan yang adil tetapi seperti yang saya katakan, saya bukanlah pengadil," tambah Henry. - AP

No comments:

Post a Comment