DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.... BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT .... Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Friday, November 20, 2009
Irfan tekad julang Terengganu musim depan
KUALA LUMPUR - Selepas memberi sentuhan yang cemerlang bersama Perlis hingga menjadi naib juara Liga Super dan mara ke separuh akhir Piala FA serta Piala Malaysia, Irfan Bakti Abu Salim bertekad mahu melakukan yang lebih baik dengan pasukan Terengganu musim depan.
Menurutnya, misi tersebut tidak mustahil untuk dilakukan memandangkan Terengganu adalah sebuah pasukan yang mantap selepas mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia musim ini.
"Saya tidak akan melakukan perubahan besar terhadap pasukan Terengganu kerana rata-rata pemain sedia ada mampu untuk membawa pasukan ini pergi lebih jauh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, kelmarin.
Jelasnya, kebanyakan pemain yang sedia ada akan dikekalkan dan beberapa muka baru bakal diserap untuk memperkasakan lagi pasukan tersebut.
"Semua jurulatih mahukan kejayaan dan membantu pasukan yang dibimbing lebih baik dari musim sebelumnya.
"Begitu juga dengan saya, jika Terengganu berada di tangga keenam musim ini, saya akan cuba untuk membawa mereka berada kedudukan tiga terbaik dalam Liga Super musim depan," katanya.
Kata Irfan, dalam saingan Piala FA pula, dia mahu Terengganu melangkah lebih jauh berbanding suku akhir dan mara ke saingan akhir Piala Malaysia.
"Setakat ini saya telah membawa bekas penyerang Perlis, Mohd. Firdaus Fauzi untuk bersama-sama menyertai pasukan Terengganu dan kebetulan pasukan baru saya ini kurang kuat di posisi tersebut.
"Ia sedikit sebanyak akan mengurangkan beban penyerang utama pasukan ini, Abdul Manaf Mamat," kata Irfan yang sudah mencapai persefahaman dengan pasukan barunya itu.
Pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Tajudin Sheikh Yusoff turut mengesahkan perkara itu dan berkata Irfan akan menggantikan Ken Worden yang tidak disambung kontrak musim depan.
Irfan turut menambah, selain Firdaus, mungkin ada seorang dua lagi pemain baru akan menyertai pasukan Terengganu tetapi dia perlu membincangkan perkara tersebut dengan pihak pengurusan terlebih dahulu.
"Mungkin saya akan membawa masuk pemain pertahanan Kuala Muda Naza, Mohd. Helmi Remeli tetapi ia masih belum disahkan lagi.
Sebelum ini Terengganu telah menggugurkan beberapa pemain termasuk penjaring terbanyak mereka, Azlan Ismail.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment