DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.... BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT .... Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Thursday, November 19, 2009
MalayIsia GuLung Tikar
Harapan Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2011 tidak kesampaian apabila tumpas 1-3 kepada Uzbekistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Anak didik K Rajagobal turun dengan semangat berbeza berbanding aksi skuad yang dipamerkan 2007 apabila berjaya menghadirkan tekanan kepada pasukan lawan.
Dengan kemenangan itu, pasukan Asia Tengah itu layak ke pusingan akhir di Qatar.
Malaysia jelas merindui sentuhan penyudah Mohd Zaquan Adha Abdul Razak yang terlepas perlawanan itu selepas mengutip kad kuning kedua.
Beberapa peluang yang terhidang tidak dapat disempurnakan gandingan yang dipertaruhkan, Ahmad Fakri Saarani dan Noirshahrul Idlan Talaha dalam aksi padang licin.
Keampuhan benteng pertahanan negara hanya bertahan pada minit ke-31 apabila pasukan pelawat membuka tirai menerusi Anvar Gafurov.
Uzbekistan menggunakan kelebihan fizikal untuk menanduk masuk bola sepakan sulung bagi gol pembukaan.
Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Sebaik perlawanan bersambung, skuad negara beraksi lebih garang dan banyak mengatur serangan dengan lebih tersusun.
Farizal Marlis tewas lagi apabila kapten pasukan pelawat, Timur Kapadze mengambil kesempatan suasana kelam kabut di dalam kotak penalti.
Gol rembatan leret Baddrol Bakhtiar pada minit ke-70 memberi harapan Malaysia melakar kejutan. Namun keceriaan itu hanya bertahan dua minit sebelum sekali lagi Kapadze yang tidak dikawal mudah menjadikan kedudukan 3-1.
“Mereka pasukan yang bagus manakala kita pula mempertaruhkan pasukan yang cetek pengalaman. Jelas darjatnya berbeza.
“Kami tidak turun dengan permainan berhati-hati bagi mengelak kecederaan. Sebaliknya saya mengarahkan mereka bermain secara agresif.
“Bagi saya kecederaan boleh berlaku bila-bila masa. Sikap positf perlu diambil daripada perlawanan ini kerana ia memberi pendedahan kompetitif kepada pasukan muda ini,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment