Saturday, July 10, 2010

Buku Bertemu Ruas


Petemuan dua pasukan teratas Liga, Selangor dan Kelantan malam ini dianggap buku bertemu ruas, selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super 2010. Pertembungan yang dilabel "match of the year" itu sudah pasti ditunggu-tunggu kedua penyokong Selangor mahupun Kelantan yang sudah pasti tidak sabar untuk melihat perhitungan kedua pasukan terbaik Liga Super itu. Apa yang pasti, dendam kekalahan Final Piala FA 2009 sudah pasyi mahu dibalas oleh pasukan Kelantan.



Selangor dilihat cukup gah di persada Liga Super dengan 53 mata hasil 17 kemenangan, 2 seri dan dua kekalahan. Rekod Selangor sedikit tercalar apabila tewas di tangan pasukan ketiga tercorot liga, Perak pada perlawanan lepas. Sudah pasti persembahan terburuk Selangor musim ini pada perlawanan menentang Perak itu mahu dilupakan segera dan bangkit menentang pasukan The Red Warriors yang dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Untuk rekod, Selangor juga pernah tewas kepada pasukan Terangganu.

Bagi pasukan Kelantan, mereka turut cemerlang pada musim ini terutama pada pusingan kedua Liga Super. Pada saingan Liga Super 2010, kelantan hanya tewas sekali setakat ini iaitu kekalahan 0-1 kepada Kedah di laman sendiri yang sudah pasti diingati penyokong setia The Red Warriors apabila kesilapan mudah Syed Adney memberi kemenangan kepada pasukan Kedah. Namun, selepas itu, pasukan Kelantan, terutama B.Sathianthan dan Syed Adney dikecam hebat oleh segelintir penyokong The Red Warriors bangkit dari masa ke semasa dengan aksi yang lebih cemerlang. Walaupun Kelantan hanya kalah sekali, namun akibat badi seri pada awal musim menyebabkan Kelantan masih ketinggalan 5 mata di belakang pendahulu Liga Selangor.

Tapi, harus diingat, Kelantan sekarang bukan lagi Kelantan yang dulu. Kelantan sudah bangkit dan beraksi dengan cemerlang. Kelantan sudah menemui keserasian. Apa yang pasti, B.Sathianthan sudah membentuk skuad yang mantap dan meningkat dar masa ke semasa. Sekarang, Kelantan sudah mencapai sebagai sebuah pasukan yang disegani. Pasukan yang bergelar The Red Warriors ini juga boleh dianggap sebuah pasukan impian yang serba lengkap kerana bukan hanya kesebelasan utama sahaja yang boleh diharapkan, malah barisan simpanan juga siap sedia bila-bila masa untuk diturunkan malah turut digeruni lawan.

Bagi pasukan Selangor pula, mereka juga memiliki barisan yang sempurna dari setiap posisi termasuk pemain simpanan yang mampu beraksi cemerlang. Gandingan pemain baru dang berpengalaman Selangor dilihat cukup berkesan dengan aksi mereka gagal dicabar oleh pasukan lain di Liga Super kecuali Terengganu & Perak yang pernah menewaskan mereka. Selangor sudah pasti bersiap sedia untuk memenagi perlawanan malam ini kerana kekalahan boleh memberii lebih tekanan kepada mereka.

Oleh itu, pertemuan yang dianggap buku bertemu dengan ruas ini dilihat akan menunjukkan hala tuju saingan Liga Super 2010. Jika Selangor menang, mereka akan menjarakkan diri kepada 8 mata dimana hanya ada 4 sahaja baki perlawanan Liga Super. Dan jika Kelantan pula yang menang, sudah pasti saingan akan kembali terbuka dan memberi tekanan pada Selangor di mana Selangor hanya akan mempunyai kelebihan dua mata dan baki 4 perlawanan akan menjadi penentu siapa yang bakal bergelar juara Liga Super 2010. Sudah pasti, Kelantan akan cuba sedaya upaya untuk memenangi perlawanan tersebut dan tidak rela memberi laluan yang mudah untuk pasukan The Red Giants itu memenangi Liga Super 2010. ~GOMO KELATE GOMO

Thursday, July 8, 2010

Norshahrul Mungkin Terlepas Peluang Beraksi Sabtu ini?



Kelantan mungkin terpaksa melupakan khidmat penjaring terbanyaknya Norshahrul Idlan Talaha pada perlawanan penuh eksklusif 2010 sabtu ini. Kelantan terpaksa akur dengan kecederaan yang dialami beliau, disaat pasukan dan penyokong amat memerlukan khidmat beliau.

Mungkin ramai peminat The Red Warriors dan Norshahrul tidak dapat menerima berita ini tetapi inilah hakikat yang terpaksa diterima semua apabila Norshahrul sememangnya menjadi tumpuan dan kawalan keras skuad Negeri Sembilan selasa lepas. Beliau telah dibentes kasar sebanyak 2 kali iaitu bentesan pertama dilakukan oleh Aidil Zakuan dan bentesan kedua yang menyebabkan Norshahrul terpaksa diusung keluar dan digantikan dengan Akmal Rizal pada minit 65 dilakukan oleh Tengku Qayyum.

Norshahrul ketika dihubungi menjelaskan beliau masih lagi terasa sakit akibat bentesan ini. Ketika disoal peluang beliau untuk bermain sabtu ini, beliau menyerahkan nasibnya kepada ketua jurulatih untuk menilai tahap kesihatan kakinya. Sekiranya tidak dipilih beliau akan akur dengan keputusan ketua jurulatih tetapi beliau mempunyai semangat yang tinggi untuk turut beraksi sabtu ini dan berharap semua peminat The Red Warriors berdoa agar kakinya segera pulih. Beliau tidak sanggup menghampakan peminat-peminat The Red Warriors yang sudah pasti mengharapkan kemenangan pada sabtu nanti dan beliau yakin pemain-pemain lain akan mengambil tugasannya dengan penuh yakin dan penuh semangat kemenangan.

Kelibat dan kehebatan Norshahrul sememangnya tiada tandingan di Malaysia dikala ini, hal ini diakui sendiri ketua jurulatih Malaysia K Rajagobal yang menganggap Norshahrul pemain paling bijak mengintai peluang didepan gol. Ramai penyokong Kelantan memuji aksi, sikap peramah dan bersungguh-sungguh Norshahrul dalam mencapai impian anak-anak Kelantan untuk mengimpikan piala liga super tahun ini buat pertama kali sejak liga super diperkenalkan. Impian Hashim Mustapha melihat rakyat Kelantan berpusu-pusu berarak di seluruh Kelantan melihat piala ini mungkin akan tercapai dengan bantuan dan kepakaran yang dimiliki Norshahrul.

Pemain yang meminati lagu dikir barat "Kelate Soho" nyanyian Mat Zain daripada kumpulan Sutra Pawana UIA ini amat kagum dengan sokongan rakyat Kelantan terhadap liga tempatan dan skuadnya. Pelik baginya memikirkan kenapa pasukan dan penyokong negeri lain tidak diminati malah sunyi daripada teriakan padu penyokong seperti di Kelantan. Beliau juga menyeru semua penyokong mengawal emosi dan sikap bagi memastikan imej penyokong Kelantan kekal dinilai sebagai penyokong fanatik yang bijak. Beliau juga tidak menafikan sekiranya ada yang berpendapat perubahan sikap penyokong Kelantan ini seiring kewujudan web TRWC berserta motto yang sering menjadi motto rasmi TRWC iaitu "Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo" kerana baginya sikap penyokong yang dilihatnya sekarang tidak dapat dilihat pada tahun-tahun sebelum ini. Beliau amat mengalu-alukan usaha TRWC dan KAFA dalam usaha mendidik penyokong agar lebih berdisplin.

Dengan ini sekali lagi sama-sama kita mendoakan Norshahrul cepat sembuh dan dapat beraksi pada sabtu ini kerana khidmatnya amat diperlukan bagi memintas kedudukan Selangor seterusnya merapatkan jurang mata kepada 2 mata sahaja sekiranya menang sabtu ini.

Tuesday, July 6, 2010

Kelantan Menang dan Sel Kalah

1st 11: Apek,subra,rizal,daudsu,farisham,indra,piya,shakir,farhan,chanturu,idlan talaha

SEPARUH MASA PERTAMA:

* minit 1- bermula
* minit 3- pcubaan Norshahrul dapat diselamatkan
* minit 20- 2 cubaan kelantan dapat diselamatkan
* minit 25 sahrul dijatuhkan
* minit 30 masih lagi 0-0
* minit 31 posisi serangan 60% Kel - 40% N9
* minit 33 pcubaan Kel terkena palang gol, kad kuning utk aidil zafuan menyiku S Chanturu
* minit 35 masih 0-0 pcubaan Shahrul berjaya ditampan...
* minit 36 posisi serangan 75% Kel - 35% N9.....Ternyata kedua kembar N9 berjaya menjadi pelakon terbaik malam ini
* minit 43 masih 0-0 percubaan kelantn berjya diselamatkan
* minit 45 masa tambahan
* Prittttttttttttttttttttttttttttt tamat separuh masa pertama
* JOHOR FA 2-0 Pahang/Ppinang 0-1 T-Team/Perak 0-0 Selgr/Kedah 0-0 KL/Trganu 2-0 Johor FC/Perlis 0-1 KL Plus


SEPARUH MASA KEDUA:



* minit 46 pritttttttttt bermula
* minit 47 pcubaan bahaya kelantan berjaya diselamatkn
* minit 48 masih 0-0
* minit 50 masih 0-0

Perak 1-0 Selgr

* minit 51 masih 0-0
* minit 53 0-0 2 Kad kuning utk kelantan
* minit 55 0-0
* minit 58 0-0
* minit 61 0-0 posisi serangan 50%-50%
* minit 65 Norshahrul tukar Akmal Rizal
* minit 75 1-0 jaringan Akmal Rizal
* minit 79 1-0 kad kuning Subra

Perak 1-0 Selgr (minit 85)

* minit 81 1-0
* minit 83 1-0
* minit 85 1-0

Perak 1-0 Selgr (minit 90)



* minit 87 1-0

Perak 1-0 Selgr (minit 92 masa yahoooo!!!! Selangor kalah)

* minit 89 1-0
* minit 90 1-0
* 90 + masa tambahan

Sah Perak 1-0 Selangor.....Yahoooooooo Selangor kalah
JOHOR FA 2-0 Pahang/Ppinang 1-6 T-Team/Perak 1-0 Selgr/Kedah 0-0 KL/Trganu 4-0 Johor FC/Perlis 0-1 KL Plus
Prittttttttttttttttttttttttttt

Sunday, July 4, 2010

Ayoh fc




Ayoh fc mengalu-alukan frendly jika ada yg berdekatan ...Boleh la kunjungi FaceBook ayoh.fc untuk maklumat lanjut.

Maradona malu besar


CAPE TOWN – Barisan pemain muda Jerman memadam ego Diego Maradona di Stadium Green Point semalam selepas membelasah Argentina 4-0 untuk melangkah ke separuh akhir Piala Dunia.

Dua jaringan Miroslav Klose pada minit ke-68 dan 89 serta gol sumbangan Thomas Muller dan Arne Friedrich pada babak pertama perlawanan melengkapkan malam gemilang Jerman ke atas pasukan bimbingan legenda bola sepak dunia itu.

Muller ketika ditemui wartawan selepas perlawanan nyata kelu untuk berkata-kata setelah pasukannya menang selesa ke atas lawan yang pada awalnya dianggap sebagai amat gagah.

“Adalah sesuatu yang gila jika dapat menewaskan Argentina dengan keputusan 4-0. Sukar mencari perkataan paling tepat untuk menggambarkannya,” katanya.

Jerman mula mendahului seawal minit ketiga apabila sepakan percuma Bastian Schweinsteiger dapat disambar Muller yang menanduk kencang ke gawang lawan. Bola yang terkena kaki penjaga gol Argentina, Sergio Romero kemudiannya meleret ke dalam gol tanpa dapat diselamatkan.

Kerancakan permainan selepas itu berterusan dengan kedua-dua pasukan saling mengasak di antara satu sama lain.

Minit ke-23, Jerman memperolehi peluang terbaik menggandakan jaringan setelah Muller berjaya melarikan bola ke dalam kotak penalti lawan.

Dia yang berpeluang melakukan rembatan memilih untuk menghantar bola kepada Klose, namun hantarannya sia-sia setelah sepakan penyerang berpengalaman itu tinggi melepasi palang.

Kerancakan permainan bersambung selepas rehat bermula dengan sepakan lencong Angel De Maria yang sedikit tersasar di sebelah kanan gol lawan pada minit ke 47.

Dalam keghairahan barisan serangan Argentina mencari gol penyamaan, kelekaan pertahanannya membolehkan Lukas Podolski meloloskan diri tanpa dikawal di sebelah kanan kotak penalti lawan. Dia kemudiannya membuat lorongan tepat kepada Klose yang tenang menolak bola ke gawang pada minit ke-67 untuk gol kedua Jerman.

Cuma enam minit selepas itu, kerapuhan benteng Argentina terus dihukum Jerman. Kali ini segalanya bermula menerusi gerakan Schweinsteiger yang menggelecek beberapa pertahanan Argentina sebelum mengelirukan Romero dengan mengembalikan bola ke belakang untuk Friedrich menjulurkan kakinya bagi menolak bola ke gawang yang tidak dikawal.

Gol keempat Jerman hadir seminit sebelum perlawanan tamat melalui serangan balas pantas yang diatur gandingan Mesut Ozil dan Klose. Ozil yang melarikan bola ke kanan benteng lawan, bijak melakukan hantaran lintang kepada Klose yang mudah menewaskan Romero menerusi tolakan ke kanan penjaga gol itu.

Versi baru 'Tangan Tuhan' julang Uruguay


JOHANNESBURG - Luis Suarez mendakwa, tindakan sengajanya menampan bola menggunakan tangan pada minit terakhir masa tambahan semalam, adalah 'Tangan Tuhan' versi 2010.

Penyerang Uruguay itu mengambil risiko apabila bertindak mengeluarkan tandukan Dominic Adiyah dengan menggunakan tangan selepas bola betul-betul berada di atas garisan pintu gol.

Seandainya dia tidak berbuat demikian, bola sudah pasti menerjah gawang, sekali gus memberi kemenangan kepada Ghana, namun dengan bertindak 'berani' dia dilayangkan kad merah oleh pengadil Portugal, Olegario Benquerenca dan bakal terlepas perlawanan separuh akhir menentang Belanda.

Pengorbanan berisiko Suarez bagaimanapun berbaloi apabila Asamoah Gyan, yang diamanahkan mengambil penalti gagal menghasilkan gol selepas tendangannya terkena palang. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat permainan dan saingan diheret ke penentuan penalti, sebelum Uruguay menang 4-2.

"Inilah adalah penamat Piala Dunia buat saya, namun saya tiada pilihan lain. Saya cuma ada 'Tangan Tuhan' sekarang.

"Saya melakukannya dengan harapan rakan-rakan sepasukan dapat memenangi perlawanan dalam penentuan penalti. Apabila saya melihat Gyan gagal menyempurnakan sepakan, ia memberi kegembiraan kepada saya," akui Suarez.

Ini merupakan insiden 'Tangan Tuhan' kedua dalam sejarah kejohanan. Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona sebelum ini menjaringkan gol kemenangan ke atas England pada final 1986 dengan menggunakan tangan dan menggelar tindakannya itu sebagai 'Tangan Tuhan'.

Sementara itu, Ghana hanya boleh menyalahkan diri sendiri selepas kempunan untuk melangkah ke separuh akhir buat kali pertama.

Mereka sebenarnya memiliki banyak kelebihan untuk memenangi pertarungan tanpa perlu melalui penentuan sepakan penalti, namun gagal memanfaatkannya.

Kegagalan Gyan menyempurnakan penalti memberi kesan hebat buat skuad Black Stars, yang sebelum itu turut mendahului saingan menerusi jaringan Sulley Muntari pada minit ke-45, namun Diego Forlan menyamakan kedudukan pada minit ke-55.

Melo dinasihat jangan balik


JOHANNESBURG - Bekas bintang penyerang Brazil, Ronaldo (gambar) semalam menasihati Felipe Melo agar tidak pulang ke tanah air pada cuti musim panas ini selepas dia menjadi punca pasukannya tersingkir daripada Piala Dunia kelmarin.

Melo menjaringkan gol sendiri, sebelum dibuang padang kerana memijak Arjen Robben ketika Brazil tumpas 1-2 kepada Belanda di suku akhir.

Tindakannya itu menyebabkan Melo dicemuh di Brazil, sekali gus mendorong Ronaldo memberi amaran kepada pemain pertahanan itu agar jangan menyertai rakan-rakan sepasukannya yang akan pulang ke Sao Paulo dalam masa terdekat kerana khuatir sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Felipe Melo lebih baik tidak pulang ke Brazil untuk cuti musim panas ini.

"Saya tidak faham dengan masalah komunikasi yang berlaku di antara Melo dan Julio Cesar (penjaga gol Brazil). Selalunya, Julio akan menjerit jika Melo hendak bertembung dengannya, tetapi kali ini kedua-dua pemain meluru ke arah bola,'' kata Ronaldo menerusi Twitter.

Menurut Ronaldo, dia amat bersimpati dengan detik-detik sukar yang sedang dilalui rakan-rakan senegaranya itu, namun tetap menggelar mereka sebagai pejuang.

"Piala Dunia 2014 akan menyusul empat tahun lagi, dan kami harus bersiap sedia dari sekarang,'' katanya lagi.

Sementara itu jurulatih Belanda, Bert van Marwijk meminta Brazil berhenti menyalahkan Arjen Robben sebagai punca Melo dilayangkan kad merah.

"Brazil sepatutnya malu dengan diri sendiri kerana perkara buruk telah terjadi. Mereka banyak melakukan provokasi ke atas kami.

"Saya telah melihat insiden itu berulang kali di televisyen, jadi saya rasa mereka patut malu dan berhenti menyalahkan orang lain,'' kata Marwijk

Sneijder bagai bermimpi

PORT ELIZABETH, Afrika Selatan: Wesley Sneijder berlari sambil menepuk dahinya selepas menjaringkan gol kemenangan ke atas Brazil dan dia sendiri pasti tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Dikelilingi pertahanan Brazil yang semuanya tinggi, Sneijder bagaimanapun dibiarkan keseorangan untuk seketika dan dia mengambil peluang itu untuk menanduk masuk hantaran Dirk Kuyt selepas menerima bola sepakan sudut Arjen Robben.


Pemain tonggak Inter Milan itu sudah terkenal dengan keupayaannya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma serta hantaran tepat, berkata gol itu adalah yang kedua yang dihasilkan menggunakan kepalanya.


“Saya pernah melakukannya ketika bersama Ajax menentang Ado The Hague,” katanya. “Saya rasa itulah sebabnya mengapa kita mempunyai kepala.” Sebelum itu, Sneijder melakukan sepakan jarak jauh yang mengakibatkan pertahanan Brazil, Felipe Melo tertanduk bola ke gawang sendiri.


Pegawai perlawanan mengira jaringan itu sebagai gol sendiri dan kemudiannya pemain Brazil itu dilayangkan kad merah kerana mengasari lawan tapi Sneijder berkata namanya sepatut dicatat sebagai penjaring gol penyamaan itu.

“Jika ia menerusi penjaga gol, ia biasanya diberikan kepada individu yang membuat sepakan. Kali ini, bola hanya melalui atas kepalanya dan masuk ke gawang,” kata Sneijder selepas dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. “Ia tidak penting. Perkara paling penting ialah kami menang.” Selepas perlawanan, John Heitinga memeluk Sneijder manakala kapten Belanda, Giovanni van Bronckhorst pula dilihat mengusap kepala Sneijder.


Karier Sneijder cukup menjadi musim ini selepas berpindah dari Real Madrid.


Dia berhijrah ke Inter Milan dan jurulatih Jose Mourinho yang yakin dengan kemampuan Sneijder, memberikan ruang yang cukup luas kepada pemain itu di bahagian tengah Inter.


Sneijder berkata, dia belum lagi mempamer aksi terbaiknya ketika Belanda melakar kemenangan keempat berturut-turut di Piala Dunia.

Uruguay akhiri badi 40 tahun

JOHANNESBURG: Uruguay meraih penampilan separuh akhir Piala Dunia pertama mereka dalam tempoh 40 tahun selepas kemenangan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Ghana di Soccer City, awal pagi semalam.

Juara Piala Dunia dua kali, Uruguay bertemu Belanda pada separuh akhir di Cape Town, Selasa ini.


Ghana seharusnya memenangi perlawanan itu pada minit terakhir masa tambahan tapi penjaring gol terbanyak mereka Asamoah Gyan gagal menyempurnakan sepakan penalti yang terkena palang apabila Luis Suarez dibuang padang kerana menolak bola dengan tangan di atas garisan gol.


Ghana mendahului menerusi sepakan jarak jauh Sulley Muntari dua minit masa tambahan babak pertama sebelum Diego Forlan menyamakan kedudukan dengan satu sepakan percuma cemerlang pada minit ke-55.


“Saya amat beremosi. Kami tidak bermain dengan bagus, tapi kami berjaya meloloskan diri,” kata jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez.

“Pemain amat kuat dan memiliki semangat sepasukan yang kuat. Kami tidak banyak masa untuk bersedia bagi perlawanan menentang Belanda tapi kami akan pergi ke sana untuk menang.” Forlan, yang menjaringkan gol ketiganya pada Piala Dunia, berkata pasukannya bertarung dengan baik.


“Kami tertekan tapi kini kami muncul antara empat pasukan terbaik di dunia.


“Mengenai gol saya, saya menyepaknya secara biasa. Saya perlu menjaringkan gol dan saya tidak memikirkan perkara lain.”