Wednesday, April 7, 2010

Jaguh tomoi dunia di Kelantan


PENYERTAAN tiga jaguh dunia Muay Thai bakal menghangatkan Kejohanan Tomoi Antarabangsa TM-WBC bagi merebut Piala Diraja Kelantan yang berlangsung selama tiga hari di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu bermula hari ini.

Tiga peserta handalan itu ialah Leonardo Amendoim Montero dari Brazil, Zidov Akuma (Croatia) dan Jay Woodhan (England).

Untuk rekod, Montero merupakan juara Muay Thai Dunia (WMC) selain menyandang gelaran Piala Raja Brazil dan Piala Sao Paulo.

Akuma pula juara Muay Thai Terbuka Perancis manakala Woodhan juara Muay Thai Terbuka England.

Kejohanan Tomoi Antarabangsa TM-WBC merupakan anjuran Persatuan Muay Thai-150 (M-150) Kelantan dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM).

Pengurus Besar TM Kelantan, Abd. Rashid Che Othman berkata, kejohanan yang julung-julung kali diadakan di Kelantan itu bertujuan mempromosikan sukan tersebut di kalangan penduduk tempatan serta masyarakat antarabangsa.

Katanya, peminat sukan tomoi tempatan juga akan berpeluang menyaksikan kehebatan jaguh-jaguh sukan seni mempertahankan diri pada kejohanan yang cukup berprestij itu.

"Pada kejohanan tajaan TM kali ini, sebanyak 36 petinju dari dalam dan luar negara akan bertarung dalam beberapa kategori masing- masing.

"Terdapat tiga kategori yang akan dipertandingkan iaitu middleweight (68-70 kilogram), fetherweight (55-56kg) dan welterweight (60-62kg)," katanya pada sidang akhbar di Istana Balai Besar, Kota Bharu semalam.

Abd. Rashid berkata, peserta-peserta lain yang turut beraksi pada kejohanan itu ialah dari Thailand, Perancis, Belgium, Scotland, Sweden, New Zealand, Jepun, Laos dan Vietnam.

"Selain itu, pada kejohanan kali ini, kita mempertaruhkan petinju tempatan, Sing Sirip yang akan beraksi dengan Akuma bagi kate- gori middleweight," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Tinju Dunia (WBC) Malaysia, Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, kejohanan itu merupakan pertama kali dianjurkan oleh pihaknya di negara ini.

Katanya, semua perlawanan akan berlangsung mulai pukul 8.30 malam manakala tiket pula boleh dibeli di kaunter tiket stadium bermula pukul 12 tengah hari.

Tambahnya, tiket juga boleh didapati di kios TM yang telah disediakan di pusat beli-belah seperti KB Mall, Mydin, Tesco, The Store dan Billion.

Manakala mereka yang membeli kad prabayar telefon i-Talk akan dibekalkan tiket percuma.

"Harga tiga pada setiap hari perlawanan pada harga RM12 (dewasa) dan RM6 (kanak-kanak)," ujarnya yang juga Presiden M-150.

Mohd. Fared berkata lagi, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra akan berangkat merasmikan kejohanan tersebut.

Newcastle kembali


LONDON: Newcastle sah dinaikkan pangkat kembali ke Liga Perdana Inggeris semalam selepas Nottingham Forest seri 0-0 dengan Cardiff sekali gus membolehkan Magpies mencengkam dua kedudukan teratas Liga Kejohanan.

Pasukan bimbingan Chris Hughton (gambar) itu sedar mereka mampu naik ke atas sekiranya pasukan tangga ketiga, Forest gagal menewaskan Cardiff dan pesta keraian bermula di Tyneside lebih awal sebaik wisel penamat ditiup di City Ground.

Keputusan itu menyaksikan Forest tidak mampu lagi mengejar Newcastle kerana mereka ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu liga itu dengan baki 12 mata maksimum mampu dikutip daripada empat baki perlawanan terakhir liga.


Newcastle yang beraksi di luar liga elit England buat kali pertama sejak 1993, kini boleh bergembira pada pertemuan menentang Sheffield United, Isnin depan.

“Inilah yang kami cuba bina sepanjang musim ini dan saya gembira kerana semua orang mampu mencapai apa yang kelab mahukan.” Skuad bergelar Magpies itu berjaya dinaikkan taraf selepas hanya meluangkan semusim di sini dan kini menduduki dua tangga teratas.


Selepas tewas 0-3 kepada Derby pada 9 Februari, Newcastle melalui 11 perlawanan tanpa kalah - lapan kemenangan, cukup untuk menamatkan musim tersingkir daripada Liga Perdana.


Biarpun timbul laporan tercetus pergaduhan ketika sesi latihan membabitkan penyerang Andy Caroll dan pertahanan, Steven Taylor sehingga Taylor terpaksa menerima rawatan akibat patah rahang dan Carol mengalami kecederaan tangan, perkara itu tidak dapat menggugat kehebatan Newcastle untuk dinaikkan pangkat.


Caroll, anak jati menjadi kunci kejayaan Newcastle dan pemain Bawah 21 England itu menjaringkan 16 gol termasuk ketika memenangi perlawanan ke atas Doncaster sehari sebelum bergaduh dengan Taylor. - AFP

Hughton berkata: “Ini adalah pencapaian menarik dan kami sangat gembira.


“Kini kami sudah selamat untuk naik pangkat dengan baki enam perlawanan yang akan digunakan sebagai medan menguji pemain, dan membuktikan sebagus mana mereka musim ini.

Monday, April 5, 2010

Amaran Awal Negeri Sembilan


Para pemerhati bolasepak meramalkan kedua-dua pasukan, mempunyai prestasi yang sukar diramalkan kerana masing-masing masih lagi tidak konsisten dalam permainan tetapi majoriti mereka menjangkakan skuad Jang akan menang kerana mendapat tambahan semangat selaku finalis TM Piala FA. Walauapapun ramalan skuad The Red Warriors perlu memberi keyakinan dan mengembalikan maruah setelah tewas kepada Negeri Sembilan di final Piala Malaysia 2009. Ketua Jurulatih dan seluruh pemain perlu membuktikan kemenangan menundukkan Perlis semalam juga amaran awal peningkatan skuad The Red Warriors pada musim ini. Kemarau jaringan gol oleh jentera penyerang perlu diselesaikan segera dan mengubah taktik yang lebih baik dan memilih pemain yang sesuai dengan merehatkan pemain yang dilihat tiada kesungguhan dan keserasian ketika beraksi di padang. Pemain yang masih dalam dilema untuk mempamerkan kehebatan dan kecergasan untuk penyokong mereka perlu direhatkan dan digantikan dengan pemain-pemain yang sudah mula mempamerkan aksi hebat mereka, demi mengekalkan dan menjamin keyakinan para penyokong supaya berpuashati dengan permainan yang menarik walaupun seri. Persepsi skuad The Red Warriors pakar seri sepatutnya sudah mula boleh dibuang dan menjadikan perlawanan dengan Negeri Sembilan nanti adalah titik permulaan untuk menciptakan kemenangan setelah berehat panjang dan beberapa siri perlawanan persahabatan ujian diadakan. Kekecewaan peminat perlu diubati agar mereka rasa berbaloi dengan sokongan yang diberikan oleh mereka.

Menjelang kehadiran skuad The Red Warriors ke Negeri Sembilan, para penyokong setia skuad The Red Warriors di Negeri Sembilan telah merancang mengadakan sambutan secara meriah dan menjemput para penyokong dari Negeri lain yang berhampiran untuk memeriahkan sambutan ini disamping akan berkonvoi bersama ke stadium Paroi menjelang malam. Dengan ini pihak TRWC mengalu-alukan kehadiran semua ke stadium Paroi dan membuktikan kepada masyarakat Malaysia, penyokong The Red Warriors adalah penyokong sejati dan paling ramai menyanjungi pasukan mereka walau dimana sahaja perlawanan diadakan.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main biar bijok, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Kelantan Muncul Johan Pertama Piala Muhibbah Dato' Seri Shahidan Kassim.


Babak pertama dimulakan dengan Kelantan mengatur serangan bertali arus untuk mencari gol pembukaan namun gagal setelah Perlis kental bertahan di kawasan mereka.

Beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol juga gagal digunakan anak didik B. Sathianathan seterusnya mengecewakan peminat pasukan Kelantan.

Perlis turut mengancam melalui beberapa gerakan menarik pada babak babak pertama namun turut gagal memecahkan kebuntuan gol.

Bersambung babak kedua, Kelantan mula mengandakan asakan untuk mencari gol pembukaan melalui gandingan Nidzad Ayub dan Akmal Rizal.

Kelantan diberikan sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-49 namun sepakan Akmal terkena benteng pelawat.

Selang empat minit kemudian, Perlis hampir menghukum kelekaan pertahanan Kelantan apabila Survinath Shian melakukan sepakan mengelirukan sedikit melewati palang gol ketika Khairul fahmi sudah tertewas.

Badri Radzi turut tidak ketinggalan untuk mencuba pada minit ke-56 namun sepakannya tidak mengancam penjaga gol Perlis.

Akhirnya kubu Perlis roboh pada minit ke-60 setelah Norfarhan Mohamed bijak menyambung hantaran Indra Putra untuk gol pertama perlawanan.

Perlis yang ketinggalan tidak berputus asa dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-63 melalui sepakan percuma tetapi sepakan mereka terkena tiang sebelum diselamatkan Khairul Fahmi diatas garisan gol.

Akmal pula kecewa apabila gagal menyudahkan hantaran satu dua dengan Nidzad Ayub pada minit ke-66 setelah penjaga gol pelawat lebih bersedia untuk menampan percubaannya.

Seminit kemudian, Indra pula kecewa apabila situasi satu lawan satu turut dihampakan kehandalan penjaga gol Perlis.

Pada minit ke-70, Shakir Shaari berjaya melepaskan satu percubaan dari luar kotak penalti tetapi sempat ditumbuk penjaga gol Perlis dan bola lantunan tersebut gagal disudahkan Akmal Rizal yang menyepak liar keluar dari kawasan perlawanan.

Kelantan sekali lagi hampa apabila hantaran cantik Indra pada minit ke-74 gagal disambar tiga pemain Kijang yang berada di dalam kotak Perlis ketika pertahanan pelawat sudah terpaku tidak mampu berbuat sesuatu.

Minit ke-78, Akmal Rizal bijak menggelecek empat pertahanan pelawat namun menyepak keluar bola ketika berhadapan dengan penjaga gol Perlis.

Perlis tanpa disangka-sangka berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 setelah pemain berjersi 20 melakukan percubaan mengelirukan seterusnya menewaskan Khairul fahmi digarisan gol Kelantan.

Gol penyamaan menaikkan semangat anak didik Nidzam Adha seterusnya memberi mereka semangat baru untuk mencari gol kemenangan.

Minit ke-83, percubaan Wan Khairul Faiz diluar kotak penalti ditangkap kemas penjaga gol Kelantan manakala percubaan penjaring gol pertama Perlis pada minit ke-88 pula sedikit keluar walau Khairul Fahmi sudah tewas.

Tambahan masa dua minit gagal digunakan kedua-dua pasukan untuk mencari gol kedua seterusnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Masa tambahan separuh masa pertama, bola kelihatan lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang setelah kedua-dua pasukan lebih berhati-hati.

Babak kedua masa tambahan, Kelantan akhirnya memperoleh gol kedua pada minit ke-108 melalui Indra Putra hasil hantaran dari Zairul Fitree. Gol berpunca dari gerakan Zairul di sebelah kiri seterusnya melorongkan bola kepada Indra yang keseorangan sebelum menolak masuk menewaskan penjaga gol pelawat.

Setelah gol tersebut, Kelantan memperlahankan sedikit rentak perlawanan dan Perlis juga tidak mengambil kesempatan itu untuk menyerang mencari gol penyamaan. Akhirnya wisel dibunyikan pengadil bertugas, Mat Suburi Isa untuk Kelantan menjadi johan pertama Piala Muhibbah Dato' Seri Shahidan Kassim.

Pemain terbaik perlawanan dianugerahkan kepada Mohd Shakir Shaari.

Hadiah kemenangan kepada kedua-dua pasukan dan pengadil bertugas disampaikan sendiri Dato' Seri Shahidan Kassim diiringi Tan Sri Annuar Musa selaku presiden KAFA.

Perlawanan malam tadi turut diserikan dengan kehadiran artis terkenal tanahair, Hattan.

FAM perlu buktikan keadilan!!!!


Pihak TRWC dan seluruh penyokong Kelantan amat berharap supaya FAM bertindak dan menghukum seadilnya seperti apa yang diterima Kelantan diatas keganasan, balingan mercun dan serangan pengadil. Kami berharap FAM tidak berat dalam menjatuhkan hukuman. Kepada semua media Malaysia terima kasih diatas sikap pilih kasih dan jijik dalam memaparkan keganasan penyokong dalam semua perlawanan TM Piala FA 2010 semalam. Bayangkan sekiranya, perkara sedemikian dilakukan oleh penyokong Kelantan, sudah pasti pelbagai kritikan dan paparan imej yang dipaparkan berulang-ulang demi memburukkan imej penyokong Kelantan. FAM bertindaklah seadilnya.