Saturday, February 6, 2010

PUSINGAN PERTAMA: (2 dan 6 Februari)

SDM Kepala Batas- 0 lwn 2 -PKNS
Felda United-1 lwn 1-Pahang
Pos Malaysia-0 lwn 1- MP Muar
KL Plus-1 lwn 2-Harimau Muda B19
Kuala Lumpur-3 lwn 1-Johor
PDRM-5 lwn 1-Melodi Jaya
Johor FC-2 lwn 2-Negeri Sembilan

Perlis-0 lwn 0-Perak
T-Team-1 lwn 0-Shahzan Muda
Pulau Pinang-2 lwn 1-Sarawak
Staf USM-1 lwn 4-Terengganu
UiTM FC lwn Ban Hoe Leong (UiTM Menang,Ban Hoe Leong tarik diri)
ATM-3 lwn 0-Melaka
Sabah-0 lwn 2-Kedah

Tuesday, February 2, 2010

‘Saya tak layan’


“SAYA tidak layan ‘serangan’ pihak tertentu yang mahu menggulingkan saya.”
Itulah pendirian jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengenai asakan pihak tertentu yang didakwa cuba menyingkirkannya.

Menurutnya, apa yang penting baginya ialah terus mendapat kepercayaan daripada anak buahnya dan pihak pengurusan bagi memastikan pasukan Kelantan terus meraih kejayaan dalam Liga Super musim ini.

Musim lalu, Sathianathan berjaya membawa perubahan kepada skuad Kelantan dengan membawa mereka mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009.

“Saya akan membuktikan keupayaan dan tidak akan layan segala kerenah yang boleh menjejaskan prestasi saya sebagai jurulatih kerana azam saya ke sini ialah untuk membimbing pasukan The Red Warriors hingga ke mercu kejayaan,” katanya semalam.

Kelmarin, Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas mengenai desas-desus wujud komplot untuk menggulingkan Sathianathan berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi pemain The Red Warriors yang berjaya menduduki tempat keempat dalam saingan Liga Super setakat ini.

Beliau menolak dakwaan bahawa mutu permainan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini merosot sejak dikendalikan oleh Sathianathan.

Sathianathan, yang juga bekas jurulatih kebangsaan berkata, kemampuan dan kelemahan jurulatih dan pemain, bukan boleh diukur pada satu atau dua perlawanan sahaja tetapi prestasi mereka secara keseluruhan.

Sunday, January 31, 2010

kelantan Vs Penang (3-1)







Pertembungan dua musuh tradisi


LONDON – Alex Ferguson menganggap sejarah baru akan tercipta dalam saingan Liga Perdana England apabila Mancheter United berdepan musuh tradisi, Arsenal di Emirates malam ini.

Setelah 24 tahun membimbing United, Ferguson menyifatkan Arsenal sebagai pencabar terkuat skuad The Red Devils untuk mempertahankan kejuaraan liga musim ini.

“Berdepan Arsenal adalah satu perlawanan yang bakal menjadi sejarah.

“Sejak saya berada di sini (Old Trafford), hanya United dan Arsenal sahaja yang sering kali bersaing bagi merangkul trofi liga.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Chelsea juga merupakan salah sebuah kelab yang kuat tetapi kelab itu dilihat menunjukkan peningkatan dalam saingan trofi liga sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.

“Namun sejarah telah membuktkikan Arsenal akan sentiasa memberikan saingan dan perlawanan Ahad ini (malam ini) pastinya menjanjikan saingan sengit,” jelas Ferguson.

Sementara itu, Wenger berkata, dia hanya akan berasa gembira jika dapat menewaskan United bagi membuktikan kelabnya serius untuk menjuarai liga.

“Saya sudah tidak sabar untuk perlawanan tersebut kerana perlawanan itu nanti bakal menjanjikan persembahan bola sepak yang menarik.

“Ia satu perlawanan yang tidak akan membuat semua peminat bosan dan saya percaya anda pasti terhibur dengan perlawanan itu nanti,” kata Wenger.

Bagi merealiasikan impian meraih kemenangan di tempat sendiri, Wenger dijangka menurunkan tonggak pertahanan, Sol Campbell bagi mengekang pergerakan penyerang sensasi United, Wayne Rooney yang telah meledak 13 gol dalam 13 penampilan terakhirnya. – AFP