Thursday, December 16, 2010

Teka - Teki Terjawab

Teka-teki senarai pemain yang akan menggalas tugas skuad Kelantan 2011 sudah terjawab.

Tiada nama besar yang akan mewakili Kelantan kecuali beberapa pemain tonggak musim lepas dengan tambahan lapan pemain yang baru ditandatangani.

Cuma berlaku sedikit kejutan disaat akhir setelah KAFA selaku badan induk yang bertanggungjawab mentadbir sukan bola sepak negeri Kelantan mengumumkan telah berjaya menandatangani anak kepada pemilik kelab Cardiff City, Nicholas Chan.

Senarai penuh pemain telah diumumkan sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa di Kelantan Trade Centre, petang tadi.

Menurut Presiden KAFA, Sang Kijang dipenuhi dengan bakat muda dan pihak pengurusan akan cuba menggilap mereka agar menjadi pemain terhebat pada masa depan.

KAFA juga dilaporkan akan membangunkan akademi bola sepak terbaik selaras dengan hasrat untuk terus mengetengahkan pemain muda ke peringkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, dikhabarkan juga KAFA mendapat peruntukan hampir RM1 Juta dari pemilik kelab Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee untuk membangunkan akademi bola sepak sendiri.


Senarai Pemain TRW 2011 (SAH)


Penjaga Gol:

Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Shahrizan Ismail
Judtanna Eh Put

Pertahanan:

S.Subramaniam
Farisham Ismail
Rizal Fahmi Rosid
Daudsu Jamaludin
Zairul Fitree Ishak
Zamri Ramli
Mohamad Abdul Aziz Ismail (Baru)
Wan Rohaimi Wan Ismail (Baru)
Nicholas Chan (Baru)

Tengah:

Mohd Badri Radzi
Shakir Shaari
Khairan Eroza Razali
Wan Zaman Mustapha
Zulyusri Che Harun
S. Chanturu
Solehin Kanasian Abdullah (Baru)
Nurul Azwan Roya (Baru)
Danial Fadly Abdullah (Baru)
Khairan Ezuan Razali (Baru)

Serangan:

Norshahrul Idlan Talaha
Ramzul Zahini Adnan
Nidzad Ayub
Khalid Jamlus (Kontrak Enam Bulan) (Baru)

Pemain Piala Presiden (Latihan dengan skuad Liga Super)

Mohd Aris Zaidi
Mohd Izuan Salahudin
Shafiq Haikal
Faiz Suhaimi
Nik Shahrul Azim

TRANSFER OUT :
1.Syed Adney LOAN to SABAH
2.Hairudin Omar OUT to Negeri Sembilan
3.Akmal Rizal OUT to Perak
4.Indra Putra Mahyudin OUT to T-Team
5.Azizi Mat Rose OUT to T-Team
6.Norfarhan Muhammad OUT to T-Team

Tuesday, December 14, 2010

Penjelasan_TSAM_part2

Penjelasan_TSAM_ part1.flv

Hanya 22 pemain:Annuar

“Hanya: 22 pemain”. Begitulah gambaran awal Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam menyenaraikan barisan terkuat skuad Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia bermula pertengahan bulan depan.

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPKT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam ketetapan peraturan pertandingannya hanya membenarkan 25 pemain sahaja didaftarkan untuk sesebuah pasukan pada satu-satu masa.

Namun skuad The Red Warriors berdepan kesuntukan masa memenuhi kuota tersebut ekoran episod tarik tali antara tiga tonggak utama dengan Kafa kian menampakkan jalan sukar.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa membayangkan persiapan Kelantan bakal berskala sederhana sekiranya hanya mampu mendaftarkan 22 daripada kuota 25 pemain.

“Pada ketika tarikh tutup pendaftaran pemain hanya tinggal dua hari lagi (15 Disember), kita mungkin hanya mampu mendaftar seramai 22 pemain Kelantan untuk musim depan.

Akibat tindakan tiga pemain utama yang meninggalkan pasukan tanpa sebarang notis rasmi, jelas kita tiada pilihan mencari pengganti mereka pada saat akhir,” katanya menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Sehubungan itu katanya, pasukan menerima kesan cukup besar, segala perancangan terjejas malahan pihak penaja Kafa juga turut terkena tempiasnya.

“Kafa kini menimbang mengambil tindakan tuntutan ganti rugi ekoran kes ini. Kita akan merujuk kepada pihak peguam,” katanya.

Tiga bekas pemain Kelantan musim lalu iaitu Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose dikhabar bakal menyarung jersi pasukan T-Team (Terengganu) untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Sunday, December 12, 2010

Kelantan Juara


Kelantan muncul juara edisi ke-70, Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 selepas menundukkan Kedah 4-3 dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Perlawanan masa sebenar menyaksikan Kelantan dan Kedah buntu untuk menjaringkan gol seterusnya mengheret perlawanan ke waktu tambahan.

Kelantan selaku tuan rumah turun dengan misi merampas kejuaraan ke-13 melakukan banyak serangan selain menguasai babak perlawanan tetapi ketumpulan jentera penyudah menghampakan hampir 12 000 penyokong setia merah putih.

Kedah yang dilihat lebih banyak bertahan turut kecewa setelah peluang yang diperolehi mereka gagal mencipta jaringan yang dinanti-nantikan.

Serangan Sang Kijang yang diketuai Ramzul Zahini Adenan dan Aris Zaidi kerap kali mengancam kubu Kedah kawalan Al-Hafiz Hamzah namun percubaan demi percubaan yang diledak gagal menepati sasaran.

Babak pertama berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Bersambung babak kedua, Kedah bagaikan mendapat tonik dari ketua jurulatih mereka, Mohd Ramlee apabila melancarkan serangan bertali arus ke gawang Kelantan.

Ketangkasan Mohd Shahrizan Ismail berjaya menyelamatkan tiga percubaan bahaya Kedah termasuk situasi satu lawan satu dengan penyerang lawan pada pertengahan babak kedua.

Shahrizan terus menjadi pemusnah setelah gerakan melalui Firuz Hashim, Ahmad Fauzi Shaari dan Wan Mohd Asraf berjaya di selamatkan.

Kelantan yang tertekan dengan asakan lawan melakukan pertukaran mengeluarkan Aras Abdullah dan Tuan Mohd Norhafizie mengantikan mereka berdua dengan Ahmad Ezrie Shafizie serta Shafiq Haikal.

Kemasukan dua pemain ini tidak membawa sebarang perubahan sebelum Shukri Nor membunyikan wisel penamat untuk perlawanan diheret ke masa tambahan.

Tiga puluh minit masa tambahan turut menyaksikan kedua-dua pasukan gagal mencari gol pendahuluan memaksa perlawanan diteruskan dengan sepakan penalti.

Penentuan sepakan penalti memperlihatkan pengalaman Mohd Shahrizan apabila penjaga gol Liga Super Kelantan tersebut menepis dua sepakan penalti Kedah untuk membawa Kelantan muncul juara Piala Emas Raja-Raja buat kali ke-13 sepanjang 70 tahun piala dipertandingkan.

Tiga kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan dengan Kedah mendapat dua kad dan Kelantan dilayangkan satu kad kuning.

Rosairil Asrul dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir.

Selaku juara, Kelantan membawa pulang Piala Emas Raja-Raja, wang tunai RM30 000 dan medal manakala Kedah mendapat habuan RM15 000 dan medal selaku naib juara.