Saturday, October 16, 2010

Kelantan mara ke separuh akhir Piala Malaysia


KOTA BHARU – Naib Juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan berada dalam kelas tersendiri apabila mara sebagai pasukan pertama ke separuh akhir Piala Malaysia setelah menewaskan Selangor dengan agregat 3-0 pada pertemuan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed IV di sini, semalam.

Beraksi di hadapan lebih 25,000 penyokong, tuan rumah menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri dengan mempamerkan corak permainan menyerang sebaik sahaja wisel dibunyikan.

Kelantan membuka jaringan menerusi pemain sayap lincah Mohd. Nor Farhan Mohamad yang bijak menyudahkan hantaran rakan sepasukan untuk meletakkan tuan rumah mendahului 1-0.

Kelantan mengukuhkan kedudukan dengan menyumbat gol kedua pada minit ke-24 menerusi Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang menanduk hantaran lintang ketua pasukan Indra Putra Mahyuddin.

Selangor yang tergamam dengan corak permainan tuan rumah cuba bangkit dengan mempamerkan rentak berbeza pada babak kedua apabila sering mengancam kubu Kelantan.

Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-59 menerusi R. Surendran, namun rembatannya diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Khairul Fahmi sekali lagi membuktikan kematangan apabila berjaya menyelamatkan sepakan kapten Selangor, Amri Yahyah.

Tersentak dengan asakan Selangor, Kelantan mula memperkemaskan jentera serangan.

Mohd. Badri Radzi melengkapkan malam cemerlang Kelantan apabila memperdayakan pemain pertahanan Selangor untuk memastikan Kelantan layak ke pusingan seterusnya.

Menanti Kelantan di separuh akhir ialah pemenang antara Kedah menentang Terengganu dalam satu lagi saingan suku akhir, hari ini.

Idea baru FAM

DALAM usaha untuk memastikan setiap inci tempat duduk di semua stadium dapat diisi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil dengan idea baru - menukar hari pertandingan dan membenarkan skuad tuan rumah memilih sendiri waktu paling sesuai untuk perlawanan Liga Super dan Perdana dilangsungkan.

Harinya sudah dianjak berbanding musim-musim sebelumnya dan waktu perlawanan ialah sama ada petang atau malam - itulah keputusan yang diambil FAM menerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) yang bermesyuarat lebih tiga jam di ibu pejabat badan induk kebangsaan itu semalam.

Skuad Liga Super akan beraksi pada hari Isnin dan Jumaat manakala Liga Perdana pula Rabu dan Ahad. Kalau di sebelah petang, waktunya ialah 4.15 (Sabah dan Sarawak) dan 5 petang (Semenanjung) dan jika tuan rumah memilih sebelah malam, waktunya ialah 8 malam (Sabah dan Sarawak) serta 8.45 malam (Semenanjung).


Keputusan itu dibuat selepas JKPT sedar kemampuan beberapa persatuan bola sepak (FA) negeri begitu terhad dan penggunaan lampu limpah akan menelan kos yang tinggi selain tidak lagi mahu bertembung dengan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).


“Kalau FA negeri merasakan bahawa mengadakan perlawanan di sebelah petang memungkinkan mereka untuk menarik lebih ramai penonton, kami akan benarkan mereka mengadakan perlawanan di sebelah petang dan begitulah sebaliknya. Tiada sebarang unsur paksaan. Mereka berhak memilih sendiri waktu masing-masing.


“Bagaimanapun, semua pasukan Liga Super dan Perdana perlu memaklumkan kepada kami waktu yang menjadi pilihan mereka. Selepas membuat pilihan, waktu itu tidak lagi boleh ditukar,” kata Pengerusi JKPT, Datuk Hamidin Mohd Amin.


Beliau yang juga salah seorang Naib Presiden FAM itu berharap eksperimen terbaru yang diilhamkan ketika sesi percambahan minda baru-baru ini mampu mengubah senario bola sepak negara.


Bagi memastikan Liga-M musim depan dapat berjalan dengan lancar, Hamidin turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemantau yang akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap semua venue pertandingan.


Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan diketuai Timbalannya, Datuk Affendi Hamzah dan sesi pemeriksaan itu akan mula dilakukan mulai bulan depan.

Selangor rebah


GERGASI Merah rebah di kaki Kijang. Itu yang berlaku pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, Selangor ditunjuk jalan keluar oleh Kelantan yang menang bergaya 3-0.

Pada perlawanan yang disaksikan lebih 25,000 penyokong The Red Warriors itu, Selangor dilihat bermula garang dengan menguji penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menerusi Amri Yahyah yang berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti, namun sepakannya tidak cukup kencang untuk menggegar jaring lawan.

Seminit kemudian, giliran penyerang Kelantan, Akmal Rizal Rakhli melakukan rembatan ke gawang Selangor tetapi sepakannya sedikit tersasar.

Kelantan terus menggandakan asakan untuk mendapat gol awal dan ia terhasil pada minit ke-13 menerusi Norfarhan Mohamad yang mudah menyempurnakan lorongan daripada Akmal Rizal.

Kelantan yang mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang perlawanan itu terus ghairah memburu gol dan Selangor pula dilihat hilang punca dengan pemainnya sering melakukan kesilapan mudah.

Pada minit ke-24, Kelantan selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan Akmal Rizal.

Gol tersebut terus mematikan rentak Selangor yang semakin hilang arah sambil Kelantan gagah menguasai bahagian tengah yang diterajui Badri Radzi dan Shakir Shaari.

Pada babak kedua, Kelantan memperlahankan rentak permainan, namun Selangor tetap gagal untuk meloloskan diri.

Malam bergaya Kelantan itu disudahkan dengan jaringan ketiga Badri Radzi pada minit ke-79 yang bijak menyambar hantaran Akmal Rizal sebelum merembat kencang ke gawang lawan.

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan pasukan pertama layak

ke pusingan separuh akhir dengan agregat 3-0.

Pada aksi pertama di Shah Alam Selasa lalu, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Musnah Ego Selangor- "Tumbangnya Raksasa Merah"


Hebat-hebat dan berpuashati itu sahaja yang dapat diluahkan oleh para penyokong Kelantan yang ditemui disekitar stadium tadi. Dari raut wajah jelas kelihatan kegembiraan mereka meraikan kemenangan yang sungguh bermakna sejak 50 tahun Kelantan menyertai piala Malaysia. Pasukan The Red Warriors sering mengimpikan kemenangan di perlawanan akhir bertemu Selangor pada tahun ini telah boleh melupakan impian mereka bertemu Selangor di perlawanan akhir kerana berkat kesungguhan para pemain, pasukan The Red Warriors telah berjaya menewaskan Selangor di suku akhir lagi.

Kini The Red Warriors sudah boleh bersedia menanti salah satu pasukan yang akan bertarung esok iaitu samada Terengganu atau Kedah di separuh akhir pertama selasa nanti. Rata-rata penyokong Kelantan masih berbelah bahagi memilih pasukan pilihan mereka kerana kedua-dua pasukan ini dilihat pasukan yang gah dan memiliki pemain-pemain terbaik. Dengan ini peluang rehat lebih sehari daripada pasukan negeri lain yang mula bersaing esok ini tidak harus disia-siakan barisan tempur The Red Warriors dalam mengasah senjata mereka untuk ke medan tempur yang seterusnya.

Gandingan pasukan The Red Warriors yang ada kini telah diletakkan barisan pemain kelas A Kelantan. Malah peminat juga turut berpeluang kembali menyaksikan kehebatan Norshahrul Idlan Talaha dalam pertempuran separuh akhir pertama nanti. Terima kasih B. Sathianathan yang sememang diakui kesungguhan beliau menaikkan imej bolasepak Kelantan walaupun sering dijadikan bahan cemuhan, namun ketahanan mental beliau dengan tekanan penyokong berjaya membawa Kelantan melangkah ke satu lagi anak tangga menuju pentas akhir. Dalam akhbar semalam beliau dengan yakin mengakui, Kelantan tetap bangkit walaupun ketiadan penyerang utama Norshahrul, bagi beliau Kelantan memiliki ramai pemain yang boleh menggantikan Norshahrul sungguhpun tidak sehebat Norshahrul. Ternyata apa yang dikatakan oleh B. Sathianathan semalam dibuktikannya malam tadi apabila menurunkan barisan pemain terbaik menggempur Selangor.

Tahniah Seluruh Penyokong The Red Warriors kesedihan dan kekecewaan anda selasa lalu sudah dibalas oleh para pemain. Anggaplah ini sebagai hadiah kepada 2 arwah penyokong tegar Kelantan yang terkorban iaitu Che Karma (Meninggal akibat lelah di Shah Alam) dan Mat Sarkawi (Meninggal akibat kemalangan jalanraya semasa Kelantan menentang KL Plus). Sama-sama sekali lagi kita sedekahkan Al Fatihah pada bekas penyokong tegar ini.

Kemenangan ini amat bermakna kepada kita tetapi ianya tidak bermakna kita sudah boleh riak dan takbur dengan kejayaan ini sehingga berani mengutuk dan menghina pasukan lain. Fahamilah hati dan perasaan mereka sepertimana perasaan kita sekiranya ditakdirkan tewas seperti pasukan mereka. Masih terlalu awal untuk mengesahkan piala Malaysia milik kita tetapi keyakinan dan semangat ini harus dikekalkan. Ayuh semua penyokong kita berdiri dibelakang para pemain memberi sokonganpadu untuk perlawanan seterusnya selasa depan.

Pertempuran kita belum selesai..............Selangkah lagi ke final....Sama-sama doakan kejayaan ke final...Amin

Friday, October 15, 2010

DJ Big E Bersama Nasi Lemak Kopi O TV9


(Sabtu) bersama Presiden TRW FM DJ Big E dalam rancangan pagi TV9 yang popular NASI LEMAK KOPI O. Beliau akan merungkai segala permasalahan yang melibatkan penyokong Kelantan yang sering diberi gambaran negatif oleh media massa.Selain itu kita akan berkongsi kemenangan ini dengan seluruh penyokong Kelantan.

Terima Kasih kepada TV9 kerana sudi menjemput wakil TRWFM ke studio. Kami amat menghargai jasa baik TV9 yang dilihat ingin memberi liputan dan ruang pada penyokong Kelantan bagi menjawab segala masalah yang dibangkitkan. Sesuai dengan motto yang diperjuangkan portal rasmi KAFA yang sering mengajak penyokong sentiasa rasional dan dipandang bijak oleh masyarakat. Mungkin usaha amat sukar namun sejak portal ini beroperasi, sudah ada perubahan yang dapat dilihat. Kita akan terus berusaha mendidik penyokong.

Kami juga turut berterima kasih kepada YUSMIRA dan SINAR HARIAN kerana menjadi tulang belakang penting dalam kemajuan TRWFM dengan menghulurkan sumbangan untuk pihak TRWFM menampung kos operasi ini. Kami juga mengalu-alukan pihak-pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada kami untuk membantu kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada seluruh penyokong Kelantan dan dapat membantu dalam usaha kami mendidik para penyokong agar lebih dihormati.

Wednesday, October 13, 2010

Pengebumian Jenazah Telah Diuruskan



Alhamdullilah Tan Sri Annuar Musa dan pengurusan KAFA baru sahaja selesai menguruskan solat dan penghantaran pulang jenazah Che Karma Sulaiman untuk dikebumikan di Kampung Telong Bachok. KAFA mengambil tanggungjawab menguruskan dan membiayai segala kos urusan jenazah serta sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa. Al Fatiha

Lihat Gambar Yang Dimanipulasi Media



Kami berasa kesal dengan tindakan wartawan MSTAR (The Star versi Bahasa Malaysia - http://mstar.com.my/) yang cuba memanipulasi gambar dengan tujuan jahat bagi memburukkan persepsi masyarakat kepada penyokong Kelantan sahaja. Kami mahu pihak akhbar terbabit memohon maaf secara terbuka bagi mengelakkan tindakan yang akan diambil oleh peminat Kelantan.

Gambar dan laporan Versi MSTAR
PENYOKONG Kelantan bertindak ganas dan di luar kawalan semasa perlawanan suku akhir Piala Malaysia Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam, malam Selasa. Kedua-dua negeri itu terikat dengan keputusan 0-0. - Foto BERNAMA

"Kami Cabar Penyokong Selangor Ke Kota Bharu!!"

Seluruh penyokong Kelantan mengalu-alukan kehadiran penyokong Selangor, malah ada yang sedia memberi kawasan astaka bagi penyokong Selangor yang sanggup datang. Cabaran ini bukan untuk membalas dendam atau sebaliknya tetapi cabaran ini untuk penyokong Selangor membuktikan kejantanan mereka yang begitu berani di tempat sendiri, ianya berbeza bagi penyokong Kelantan yang pasti akan ke mana saja stadium yang melibatkan perlawanan Kelantan.



Diakui keganasan penyokong biasa berlaku diluar negara termasuk di liga ingggeris, kejadian ini dapat dilihat didada akhbar-akhbar London apabila setiap kali berlangsung perlawanan bolasepak tetapi kes ini berlaku diluar stadium. Kejadian seperti ini biasa bagi sesebuah negara yang mempunyai penyokong fanatik dalam bolasepak. Namun kejadian semalam, satu kejadian yang tidak dapat maafkan dan satu tindakan yang adil dan ketat perlu diambil. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian. Kami tidak terperanjat apabila ada semalam seorang pegawai stadium menjerit penyokong Kelantan "BUDAK KAMPUNG, MONYET YANG TERLEPAS" tetapi adakah tindakan menyusun penyokong Kelantan satu tindakan bijak "BUDAK BANDAR"?.

Namun kami menyeru semua penyokong bersabar dan bertenang dalam menangani isu ini kerana kemarahan tidak dapat diselesaikan dengan kemarahan. Berilah sokongan padu pada pemain The Red Warriors dan jadikan kejadian semalam sebagai pengajaran akibat keganasan penyokong, kesedihan ini samalah dirasai sekiranya ianya dimulakan penyokong Kelantan kepada penyokong negeri lain.

KAFA sentiasa berusaha menjadikan kawasan stadium kawasan yang selamat daripada segala anasir buruk namun ada juga segelintir penyokong Kelantan yang masih degil melanggar arahan yang ditetapkan seperti larangan membawa mercun dan memulakan provokasi serta terlibat dengan pegaduhan. Usaha ini tidak akan berjaya jika tiada kerjasama di kalangan kelab penyokong dan seluruh penyokong Kelantan. Jadikanlah isu keganasan semalam sebagai penutup bagi segala kes keganasan selepas ini agar tidak berulang.

Kami juga merayu seluruh perbadanan stadium negeri di Malaysia tidak meletakkan kawasan penyokong Kelantan di kawasan yang boleh dianggap berat sebelah dan mengemis kerana mereka datang dengan membayar harga yang sama dibayar penyokong negeri lain malah mereka sanggup membayar tiket lebih mahal di Kota Bharu tanpa jemu.

KAMI JUGA MEMOHON MAAF TERHADAP KEGANASAN PENYOKONG YANG DILAKUKAN OLEH PENYOKONG KELANTAN.

HENTIKANLAH KEGANASAN DAN PROVOKASI DI STADIUM. HORMATILAH PENYOKONG YANG DATANG BERSAMA KELUARGA. JADIKAN PERLAWANAN BOLASEPAK SUATU YANG MENYERONOKKAN BUKAN YANG MENGERIKAN.

Masih Bebal Dan Disengajakan


Ayat diatas saja yang mampu menggambarkan kebebalan pengurusan stadium Selangor yang masih menyusun kedudukan penyokong Kelantan dalam keadaan yang sengaja membangkit kemarahan segelintir penyokong Kelantan. Nasiblah ramai yang memilih untuk menyaksikan perlawanan ini sambil berdiri sekiranya duduk pasti tidak mencukupi ruang tempat duduk disediakan untuk penyokong Kelantan. Klik untuk lihat mangsa yang meninggal.

Seperti sedia maklum susunan penyokong Kelantan diberi serong ke belakang gol sedangkan ruang untuk Selangor banyak yang kosong. Keadaan telah sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan penyokong Kelantan yang mula melolos masuk bahagian bersebelahan kawasan media.

Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar. Lihat gambar diatas.

Apakah begitu hina dan jijik penyokong Kelantan yang sentiasa diburukkan walaupun 1 kematian telah berlaku akibat dipukul ganas penyokong Selangor. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian tetapi hal ini berlaku di kalangan penyokong Selangor. Mengapa media boleh menutup kes keganasan penyokong seperti ini? Adakah kerana kematian ini berlaku pada penyokong Kelantan?. Lihat 2 gambar diatas.

Perkara ini dibangkitkan bukan untuk memanaskan suasana dan perasaan penyokong tetapi kami penyokong Kelantan mengharap satu laporan dan hukuman yang adil oleh semua pihak. Kes kematian ini dianggap serius dan lebih menyayat hati ianya dipandang sepi oleh media dan pihak berkuasa. Kami juga menyokong segala tindakan polis kepada penyokong kami yang ganas tetapi biarlah adil.

FAM perlu memandang serius perkara ini dan tidak hanya mengenakan hukuman yang berat sebelah sahaja. KAFA sentiasa mengutuk sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang. Terima kasih diatas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong The Red Warriors. Jumpa di Kota Bharu, kita akan pastikan separuh akhir milik kita. InsyaAllah

Sunday, October 10, 2010

Buku Bertemu Ruas

Akhirnya, Kelantan berjaya menempatkan diri ke suku akhir. Namun, Kelantan memilih laluan berliku, apabila sekadar menjadi Naib Juara kumpulan A dan akan bertemu Juara kumpulan D, Selangor yang menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Selangor dilihat gah pada Piala Malaysia kali ini, namun AWAS! kebangkitan pasukan The Red Warriors di penghujung saingan peringkat kumpulan mampu mencalarkan rekod cemerlang Selangor.

Tanggal 12 October 2010, sudah pasti Stadium Shah Alam akan dibanjiri puluhan ribu penyokong Red Giants dan The Red Warriors yang pasti menjadi perlawanan tumpuan, "Clash of the Titans!". Selangor mungkin menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan berdasarkan rekod cemerlang menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan, namun kebangkitan Kelantan sudah pasti mampu meranapkan impian Selangor untuk meneruskan saingan. Kelantan yang dahagakan Piala Malaysia, sudah pasti bermain bermati-matian untuk menumbangkan keegoan Gergasi Merah.

Pasukan bimbingan B Sathianathan yang bergelar The Red Warriors yang juga jogaan Pantai Timur, sudah pasti menggunakan kesempatan ini untuk membuktikan kepada peminat setia keupayaan pasukan yang baru dibentuk. Bertemu Selangor di suku akhir ada "pro & contra". Bagi penulis, bertemu Selangor di awal saingan merupakan satu hikmah, dimana inilah peluang kita untuk merobohkan tembok keegoan pasukan Red Giants itu. Ini kerana, saingan peringkat suku akhir akan diadakan secara timbal balik, dan sudah pasti, selepas bermain di arena lawan, Stadium Shah Alam, perlawan kedua di stadium keramat, Stadium Sultan Muhammd Ke-Iv bakal menggerunkan pelawat untuk beraksi cemerlang. Di sini pentingnya pemain ke-12 iaitu penyokong setia The Red Warriors untuk menaikkan semangat pemain Kelantan dan menenggelamkan aksi pasukan lawan.

B Sathianathan dilihat tidak gentar bertemu Selangor, kerana bagi beliau apa yang penting, adalah prestasi pasukannya sendiri. Jika pasukan berada pada tahap prestasi terbaik, Kelantan akan berjaya mengalahkan setiap pasukan yang dihadapi. Percaturan B Sathianathan dilihat cukup berkesan jika berjaya diterjemahkan oleh pemain. Selamat Maju Jaya untuk B Sathianathan dan semua pemain The Red Warriors. Gomo kelate Gomo.