DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.... BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT .... Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Sunday, July 4, 2010
Melo dinasihat jangan balik
JOHANNESBURG - Bekas bintang penyerang Brazil, Ronaldo (gambar) semalam menasihati Felipe Melo agar tidak pulang ke tanah air pada cuti musim panas ini selepas dia menjadi punca pasukannya tersingkir daripada Piala Dunia kelmarin.
Melo menjaringkan gol sendiri, sebelum dibuang padang kerana memijak Arjen Robben ketika Brazil tumpas 1-2 kepada Belanda di suku akhir.
Tindakannya itu menyebabkan Melo dicemuh di Brazil, sekali gus mendorong Ronaldo memberi amaran kepada pemain pertahanan itu agar jangan menyertai rakan-rakan sepasukannya yang akan pulang ke Sao Paulo dalam masa terdekat kerana khuatir sesuatu yang buruk akan berlaku.
"Felipe Melo lebih baik tidak pulang ke Brazil untuk cuti musim panas ini.
"Saya tidak faham dengan masalah komunikasi yang berlaku di antara Melo dan Julio Cesar (penjaga gol Brazil). Selalunya, Julio akan menjerit jika Melo hendak bertembung dengannya, tetapi kali ini kedua-dua pemain meluru ke arah bola,'' kata Ronaldo menerusi Twitter.
Menurut Ronaldo, dia amat bersimpati dengan detik-detik sukar yang sedang dilalui rakan-rakan senegaranya itu, namun tetap menggelar mereka sebagai pejuang.
"Piala Dunia 2014 akan menyusul empat tahun lagi, dan kami harus bersiap sedia dari sekarang,'' katanya lagi.
Sementara itu jurulatih Belanda, Bert van Marwijk meminta Brazil berhenti menyalahkan Arjen Robben sebagai punca Melo dilayangkan kad merah.
"Brazil sepatutnya malu dengan diri sendiri kerana perkara buruk telah terjadi. Mereka banyak melakukan provokasi ke atas kami.
"Saya telah melihat insiden itu berulang kali di televisyen, jadi saya rasa mereka patut malu dan berhenti menyalahkan orang lain,'' kata Marwijk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment