Saturday, November 28, 2009

Saingan Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2009

MELAYU KELANTAN vs MELAYU KEDAH..

Tarikh : 30/11/2009
Jam : 8.30 Malam
Tempat :Stadium Sultan Muhd iv

Kafa nafi pemain jual perlawanan

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menafikan sekeras-kerasnya khabar angin menyatakan pemain utama pasukan yang tidak dilanjutkan kontrak musim depan terlibat dengan gejala tidak bermoral dengan menjual perlawanan di saingan akhir Piala Malaysia, baru-baru ini.

Setiausaha Agung Kafa, Mohamad Noordin Awang berkata, dua pemain utama daripada tujuh pemain yang tidak dilanjutkan kontrak untuk persaingan musim depan langsung tidak melibatkan isu tersebut, sebaliknya ia dibuat berdasarkan prestasi sepanjang musim.

Katanya, tidak timbul isu pemain menjual perlawanan akhir Piala Malaysia, sekali gus menyebabkan mereka disingkirkan daripada skuad Kijang tersebut, musim depan.

“Keputusan mengetepikan Khalid Jamlus dan Halim Napi adalah berdasarkan prestasi sepanjang musim. Ia bukan kerana ada sesuatu perkara tidak elok.

“Malah keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa Kafa juga tidak hanya dinilai pada perlawanan akhir sahaja,” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Namun begitu katanya, walaupun Halim diketepikan daripada beraksi bersama Red Warriors musim depan, tetapi khidmatnya masih digunakan untuk aspek kejurulatihan.

Mengulas lanjut mengenai tuduhan pemain Kelantan menjual perlawanan akhir Piala Malaysia, Mohamad Noordin berkata, ia adalah satu yang tidak berasas kerana semua pemain bercita-cita untuk mencipta kejayaan bermakna buat rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang.

Katanya, khabar angin tersebut hanyalah permainan orang ramai di kedai kopi, malah dia sama sekali tidak mempercayai kegiatan menjual perlawanan berlaku.

“Malah ada juga cerita kedai kopi yang menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat siasatan ke atas Kafa. Itu semua tidak benar.

“Kafa sendiri tidak meminta SPRM untuk menjalankan siasatan ke atas mana-mana pemain. Ini semua hanyalah khabar angin dan orang ramai tidak perlu mempercayainya,” katanya.

Robinho sudah sedia diturunkan menentang Hul


MANCHESTER - Robinho sudah bersedia untuk beraksi dengan Manchester City pada pertemuan dengan Hull City hari ini.

Mereka perlu menang dalam usaha memburu slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Penyerang Brazil itu telah berehat sejak penghujung Ogos lalu akibat kecederaan buku lali dan sejak kebelakangan ini sering dikaitkan bakal berhijrah ke Barcelona pada Januari depan.

Hasrat City untuk menduduki empat tempat teratas Liga Perdana England agak terjejas setelah mereka mencatat enam keputusan seri berturut-turut sejak Oktober lalu.

Namun pemain pertahanan City dari Argentina, Pablo Zabaleta berasakan Robinho bakal menampilkan peningkatan apabila dia kembali beraksi sekali gus memantapkan pasukan.

"Saya rasa Robinho harus kekal di sini. Dia pemain yang boleh memberikan kami lebih kualiti dan kehadirannya sangat bermakna buat rakan-rakan sepasukan.

"Saya harap kami akan terus bersamanya untuk tempoh yang panjang. Kami akan mencapai kejayaan jika kelab memiliki pemain seperti Robinho," kata Zabaleta.

Dengan kehadiran Robinho, Mark Hughes hampir berjaya mengumpulkan kesebelasan terbaiknya kecuali Kolo Toure yang cedera di bahagian belakang dan Martin Petrov yang mengalami kecederaan lutut.

Sementara itu, Hull pula bakal mendapat semula khidmat Jimmy Bullard yang direhatkan ketika mereka menewaskan Everton 3-2 pertengahan minggu lalu dan Craig Fagan yang sudah pulih daripada kecederaan.

Ini merupakan kali pertama Hull kembali ke Eastlands setelah mereka dibelasah teruk 5-1 oleh City pada musim lalu.

Namun Hull telah berjaya meledakkan lapan gol dalam tiga perlawanan terakhir mereka ketika ini.

"Kami perlukan keyakinan diri. Jika kita bersedia sepenuhnya, kita akan mendapat peluang itu.

"Keyakinan hadir menerusi keputusan perlawanan yang positif dan ia telah membuatkan kami kini beraksi dengan lebih bebas dan yakin," kata pengurus Hull, Phil Brown. - AFP

Petanda Vidic tinggalkan United


LONDON - Nemanja Vidic diberitahu bahawa dia mungkin tidak akan ditawarkan kontrak baru sehingga 2011 sekali gus membuka peluang buat dirinya menyertai Barcelona pada musim panas depan.

Pemain Manchester United itu tidak akan menerima kenaikkan gaji dalam usaha kelab itu mengurangkan kos perbelanjaan di Old Trafford.

Vidic kini menjadi buruan Barca dan ejennya sedang berusaha mendapatkan kontrak baru buatnya di United.

Pertahanan Serbia itu masih mempunyai baki kontrak dua tahun lagi dengan pendapatan gaji £70,000 (RM388,666) seminggu.

Begitupun, United memberitahu bahawa dia tidak akan berpeluang menerima kenaikan gajinya sehingga ke hujung kontraknya.

The Red Devils akan membuat tawaran istimewa tersebut hanya kepada Wayne Rooney sahaja.

United kini memiliki hutang berjumlah £690 juta (RM3.8 bilion) dan terpaksa melangsaikannya secara ansuran sebanyak £43 juta (RM238.6 juta) setahun.

Vidic yang dibeli dengan harga £7 juta (RM38.8 juta) daripada Spartak Moscow pada Januari 2006, berharap dapat memperoleh gaji sekurang-kurangnya £100,000 (RM554,405).

Begitupun dia berkata: "Saya gembira di sini. Kita akan lihat apa yang berlaku. Saya tidak mahu terburu-buru bercakap tentang masa depan saya." - Agensi

Pengadil pula tidak dibayar


KELANA JAYA – Kini tiba giliran pengadil perlawanan bola sepak Liga Malaysia pula diberi layanan teruk beberapa persatuan bola sepak negara ini.

Lebih daripada 20 orang pengadil yang mengendalikan perlawanan sepanjang 2009 tidak menerima pembayaran tugas, menurut pendedahan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Raja Ahmad Zainuddin mendakwa, perkara tersebut diperoleh ketika dia mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu, semalam.

Katanya, lima buah persatuan yang melibatkan pasukan negeri dan kelab didapati telah gagal menyelesaikan pembayaran elaun kepada golongan sokongan bola sepak negara tersebut.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini berlaku. Saya berasa kecewa kerana ia sepatutnya tidak berlaku kerana FAM telah menyediakan peruntukan khas kepada semua persatuan untuk membuat pembayaran.

“Ia adalah tanggungjawab setiap persatuan untuk menyelesaikan tuntutan bayaran elaun daripada pengadil perlawanan dan FAM langsung tidak terlibat dalam soal pembayaran itu.

“Saya pasti perkara ini terjadi kerana masalah kewangan persatuan atau apa, sekali gus memberi kesan kepada pembayaran elaun pengadil,” katanya pada sidang akhbar, di sini, semalam.

Ditanya mengenai kemungkinan ada pihak cuba menyeleweng peruntukan yang telah diberikan oleh FAM tersebut, Raja Ahmad Zainuddin menegaskan dia tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.

Jelas beliau, pihaknya hanya mahu mengumpul maklumat lanjut dan berusaha menyelesaikan masalah tersebut bagi kepentingan semua pihak.

“Ia satu jumlah yang agak besar. Oleh itu, saya tidak mahu perkara ini berlaku lagi pada masa depan.

“Sehubungan itu, saya berpendapat bahawa FAM perlu mengambil tugas pembayaran elaun pengadil daripada pihak persatuan pada masa depan (musim depan).

“Jika ia dilaksanakan, isu seperti ini boleh dielakkan. Isu pembayaran elaun adalah penting kerana pengadil juga seperti orang biasa, mereka juga terpaksa membayar minyak kenderaan dan tempat penginapan,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tahap aduan mengenai mutu pengadilan pengadil, beliau berkata, pihaknya hanya akan mengambil tindakan jika pihak persatuan melakukan aduan rasmi.

Jelasnya, hanya satu aduan rasmi diperoleh sepanjang musim ini.

“Jika ia serius, pihak persatuan boleh mengajukan bantahan menerusi aduan rasmi dan bukannya hanya meluahkan menerusi media.

“Mereka boleh

ATM bariskan 12 pemain import tempatan

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuktikan kesungguhan mereka untuk menjadi pencabar utama saingan Liga Perdana musim 2010/2011 dengan mendapatkan khidmat 12 pemain import tempatan.

Dua belas pemain itu adalah dua penjaga gol -- Mohd Nizam Daud dan Mohd Nasril Norudin; empat pemain pertahanan -- Ahmad Tarmizi Saiban, Mohamed Aslam Haja Najumudiin, Fahrul Nizwan Abdul Nasir dan Mohd Syahman Zainuddin; tiga pemain tengah -- Chan Wing Hong, Danial Fadzly Abdullah dan Mohd Nafuzi Zain; dan tiga penyerang - Muhammad Khalid Jamlus, Saravanan Vello dan Mohd Alafi Mahmud.

Barisan jurulatih dan pegawai juga diperkuatkan dengan kehadiran Mohd Razali Alias sebagai jurulatih dan penolong jurulatih Zulhamizan Zakaria, sementara jurulatih penjaga gol adalah Abdul Rashid Hassan.

Pengumuman itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis menandatangani kontrak para pemain ATM, semalam.

“Dua belas pemain ini akan dibayar gaji mengikut harga pasaran, manakala pemain-pemain (anggota) ATM sendiri akan memperoleh elaun tambahan sebanyak RM1,500 sebulan dan jika prestasi mereka memberangsangkan ia akan dinaikkan nanti,” katanya.

Beliau juga berkata, jika ATM mencapai kemenangan selaku johan sama ada dalam Liga Perdana, Piala Malaysia atau Piala FA, pemain ATM ini akan dinaikkan pangkat secara automatik.

“Bagaimanapun, kesemua 12 pemain import tempatan ini diwajibkan mengikuti latihan askar wataniah untuk memastikan mereka menjadi sebahagian daripada warga pasukan keselamatan,” kata Ahmad Zahid.

Dalam usaha mempertajamkan kesefahaman dan corak permainan, skuad tersebut akan menjalani latihan di Australia bermula 10 Disember ini dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan di sana.

:Dalam cabaran musim Liga Perdana 2008/2009, ATM hanya mampu menduduki tangga ke-10 daripada 14 pasukan dengan mencatatkan 22 mata hasil daripada lima kemenangan, enam seri dan 13 kekalahan.

Kelantan minat lamar Soley


SEPERTI belum berpuas hati, Kelantan meneruskan pemburuannya untuk mendapatkan khidmat beberapa lagi pemain berstatus bintang bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Terbaru, sayap lincah Perlis, Solehuddin Abdullah (gambar) atau lebih dikenali sebagai K. Soley dikaitkan dengan perpindahan ke Kelantan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, The Red Warriors bersedia menerima bekas pemain Kedah itu untuk menyertai Kelantan bagi musim 2010.

Bagaimanapun, Annuar berkata, beliau menyerahkan kepada pemain terbabit untuk berbincang dengan pihak pengurusan Perlis kerana dia masih mempunyai kontrak dengan skuad Singa Utara itu.

"Dalam usaha mewujudkan sebuah pasukan yang benar-benar mantap, kita memang memerlukan pemain seperti Soley kerana dia seorang pemain yang mantap dan bagus.

"Masalah nilai kontrak yang perlu dibayar Kelantan untuk mendapatkan pemain itu tidak timbul kerana dalam bola sepak, kita sanggup buat apa sahaja untuk mencapai kejayaan," kata Annuar semalam.

Sebelum ini, tujuh muka baru, Syed Adney Syed Hussain, Akmal Rizal Rakhli, Nurshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, S. Subramaniam, Shakir Shaari dan Azizi Mat Rose telah mengesahkan akan menyarung jersi Kelantan bagi musim 2010.

Annuar turut menyampaikan khabar gembira kepada pemain dan peminat pasukan Kelantan apabila The Red Warriors bakal beraksi pada Kejohanan Liga Juara-Juara Kelab Liga Singapura dan Liga Malaysia.

"Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga mencadangkan Kelantan untuk bertanding pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tetapi AFC masih belum menerima cadangan tersebut kerana Kelantan hanya berada di tangga keenam Liga Super musim ini," ujarnya.

Friday, November 27, 2009

TERKINI!!!

Pasukan Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Terengganu di Kota Bharu pada 2/1/10..Dlm perkembangan yg lain, pasukan kelantan sedang mengadakan rundingan dgn seorang pemain tgh..Pemain ini pernah bermain utk pasukan Perlis..tunggu info selanjutnya..harap maklum..

Thursday, November 26, 2009

Pencabar Utama kelantan 2010

Selangor 2010
GK: Hamsani Ahmad, Mohd Iqbal Suhaimi (2004-08 Pahang, 2009 Proton FC), Fairul Azwan
DR: Razman Roslan, D Surendran
DL: P Gunalan, Asrarudin Putra Omar
DC: Nasriq Baharom, Khairul Anuar Baharom, Zaiza Zainal Abidin

MR: R Surendren, Liew Kit Kong (KM Naza)
ML: Amirulhadi Zainal, Fitri Shazwan Raduwan
MC: Hardi Jaafar, Amri Yahyah, Bunyamin Omar (MyTeam), Safiq Rahim (KL Plus), Fazilidin Khalid

FW: Safee Sali, Rudie Ramli, Farderin Kadir (KM Naza), Azrine Efendy Sa'duddin (Johor)

Coach: K Devan
Assistant Coaches: P Maniam, Rosedy Mohd Nadzir
GK Coach: Azmin Azram Abdul Aziz


Terengganu 2010
Coach (CONFIRM)
Irfan Bakti Abu Samah (from Perlis)

6 Pemain Baru utk Terengganu (CONFIRM)

Joseph Kallang Tie (from Sarawak)
Ronny Harun (from Kedah)
K.Rajan (KM Naza)
Helmi Remeli (KM Naza)
Mohd Firdaus Mohd Faudzi (Perlis)
Tengku Hasbullah Tengku Hassan (KL Plus)

Mohamad Sharbinee Allawee Ramli, Mohamad Hafiezi Idris, Mohamad Shamiza Yusof, Hariri Mohd Safii, Mohamad Muhaimin Omar, Che Ku Ahmad Rusydi Amar, Mohd Marzuki Yusof, Zairo Anuar Zailani , Ahmad Nordin Alias, Shahrizam Mohamad, Mohamad Hassan Basri Ahmad Ridzuan, Tengku Hazman Raja Hassan, Joseph Kalang Tie, Tengku Hasbulah Raja Hassan, Ronny Harun, Mohd Firdaus Mohd Faudzi, Helmi Remeli, K Rajan, Muhamad Ashaari Shamsuddin, Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi , Abdul Manaf Mamat.

Mengapa FAM mengamalkan "Double Standard"

Petaling Jaya: Juara Piala malaysia Negri Sembilan belum menentukan Gaji yang berjumlah lebih daripada RM200, 000 untuk Slovakia Marian Juhas sementara Johor baru dilantik tidak membayar gaji Pemain mereka tiga bulan gaji termasuk bonus.

Tapi FA Malaysia (FAM) pada jawatankuasa eksekutif mereka (Exco) mesyuarat pada hari Minggu lepas, yang mengejutkan, yang dikenakan atau disabitkan hanya enam pasukan dengan hutang pada akhir bulan ini atau menghadapi pengusiran musim depan.

Keenam adalah Kelantan, Perak, Pulau Pinang (Liga Super); Melaka, Shahzan Muda dan Pahang (Premier League).

The Players Status Committee (PSC) pada 23 Julai tahun ini memerintahkan FA Negri Sembilan (NSFA) untuk membayar 11 bulan gaji untuk Juhas oleh Ogos 22 tapi hanya jatuh di telinga pekak dan Slovakia membawa kes tersebut kepada FIFA.

Juhas menandatangani kontrak dua tahun dengan Negri daripada 1 Oktober 2007 untuk 30 Oktober 2009. Namun, kontrak tidak dapat dipenuhi kerana FAM memutuskan untuk mengecualikan Pemain asing musim ini. Upaya untuk datang ke suatu solusi damai gagal meninggalkan PSC untuk memerintahkan membayar NSFA .

Sementara itu, Mohd Hardy Ahmad mengatakan bahawa majoriti Pemain Johor telah meninggalkan pasukan selepas tidak menerima gaji mereka sejak September.

"Saya akan meninggalkan pasukan selepas membantu pasukan untuk kembali ke atas penerbangan setelah selang 10 tahun," kata Hardy, yang telah menyertai dengan Liga Perdana Felda United.

Pemain lain yang telah meninggalkan pasukan Johor Saroji Daud ( PKNS), Ezrain Affendi (Selangor) dan Khairul Izuan ( Johor FC).

Hardy menambah bahawa beliau juga muak dengan majikan dahulu, termasuk Melaka FA (Mafa), yang masih berhutang dua bulan gaji pada tahun 2006.

Para Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, yang mengetuai mesyuarat Exco pada hari Rabu, mengatakan bahawa mereka akan bersikap tegas dengan keputusan mereka untuk pasukan yang gagal memenuhi syarat pada Dec 30.

Barangkali, FAM dan Exco juga harus melihat keadaan pasukan lain.

Perlis juga belum menyelesaikan gaji pemain antara dua dan tiga bulan dan jurulatih mereka, Irfan Bakti, telah berangkat ke Terengganu sementara pemenang Anugerah Golden Boot Nizaruddin Mohd Yusop telah pindah ke KL Plus.

FA Kelantan (Kafa) masih berhutang sekitar RM800, 000 kepada Employees provident Fund (EPF). Mereka adalah hutang yang ditinggalkan pengurusan dahulu di 90s.

Mereka pengerusi jawatankuasa pengurusan, Azman Ibrahim, berkata bahawa mereka telah melunasi seluruh bayaran sejak tahun 2005.

"Kami sedang dihukum atas hutang yang ditinggalkan pengurusan dahulu. Kami sedang dalam proses perundingan dengan memilah EPF , "kata Azman dari Baru kemarin.

Pahang telah mendakwa telah melunasi hutang. Dollah Salleh pelatih mengatakan bahawa beliau telah menerima lampu hijau dari presiden FA Pahang, Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, untuk merekrut pemain untuk musim baru.

Kesihatan Santokh semakin baik

Razali Ibrahim (tengah) sambil diiringi Zolkples Embong ketika meluangkan masa melawat Santokh Singh di Hospital Besar Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim akan meminta Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) melihat bentuk sumbangan untuk bekas pemain bola sepak negara, Santokh Singh yang kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, kementerian berharap yayasan yang dipimpin Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaffar ini mampu menjalankan daya usaha tertentu dalam meringankan beban keluarga bek tengah Selangor dan Malaysia pada era 1970-an hingga 80-an itu.

"Kementerian tiada skim khas dalam membantu atlet yang mengalami masalah sebegitu tetapi kami berharap Yakeb mengambil daya usaha tertentu dan melihat keperluan yang boleh diberikan kepada Santokh," katanya selepas mengunjungi bekas pemain itu di sini, semalam.

Mengenai Santokh yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Am (GICU) HKL sejak Khamis lalu, kata Razali, bekas pemain berusia 57 tahun dan memiliki 150 penampilan antarabangsa itu, semakin pulih dan mampu mengenali sesiapa yang hadir melawatnya.

"Dia teruja dengan kedatangan kami (bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara, Datuk Dr. Ramlan Aziz) dan cuba berkomunikasi tetapi ada tiub yang dipasang pada mukanya.

"Saya cukup menghormati beliau bukan sekadar pemain bola sepak kebanggaan negara bahkan dia menjadi contoh pada zaman kemuncaknya. Saya pun terkejut dia dimasukkan ke HKL kerana dalam beberapa majlis yang dihadirinya sebelum ini, dia cukup sihat," katanya.

Walaupun tidak serius dan hanya mungkin didapati mengalami jangkitan virus, Santokh menurutnya, masih perlu ditahan dan dipantau di wad GICU HKL manakala alat bantuan pernafasan yang dipasang padanya, cuma sebagai memudahkannya bernafas dengan selesa.

Sementara itu, Razali menggesa mana-mana atlet yang masih aktif membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahupun membeli polisi perlindungan insurans sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ditimpa penyakit, kemalangan atau kecederaan serius.

"Kebanyakan mereka hanya bermain dan bekerja secara kontrak dan kemungkinan tidak memiliki skim insurans atau mencarum dengan KWSP.

''Justeru perlu ada langkah berjaga-jaga apatah lagi kita tidak tahu dan tidak mampu menduga bilakah sesuatu yang buruk bakal berlaku," katanya.

Bekas pemain Perak hilang sabar

KESABARAN bekas pemain Perak menunggu gaji tertunggak semakin menipis menyebabkan kumpulan itu memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) untuk melangsaikan bayaran.

Kegagalan Pafa melaksanakan janji melunaskan pembayaran pada tempoh ditetapkan akan menyaksikan mereka membawa perkara itu kepada badan induk bola sepak dunia, Fifa.

Kumpulan itu mengadakan perbincangan baru-baru dan mencapai persetujuan mengadu kepada Fifa selepas turut gagal mendapat pembelaan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Selama ini kami bersabar tapi malangnya sehingga kini, tiada sebarang perkhabaran mengenainya.

“Malah kami dapati pihak terbabit berdolak-dalik dan cuba lepas tangan,” kata jurucakap kumpulan itu yang juga bekas penolong jurulatih, Mohamad Zakaria Mohamed.

Zakaria berkata sebelum ini mereka cuba mengamalkan sikap toleransi kerana tidak mahu mengaibkan Pafa serta menyusahkan persatuan itu.

Selain Pafa, Zakaria juga menyelar sekretariat FAM kerana gagal menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan berkesan sebaliknya cuba menuding jari kepada orang lain.
PULAU Pinang mempunyai bukti yang mereka sudah melunaskan hutang pemain sejak tiga bulan lalu dan sedia mengemukakan segala dokumen dan keratan pembayaran gaji.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Ariffin Yatim, berkata mereka juga sudah menyelesaikan gaji pegawai serta melunas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso.

“Semuanya sudah kami selesaikan kecuali surat jaminan daripada penaja atau badan korporat yang sedang dalam perbincangan,” katanya.

FAM mahukan setiap badan gabungan yang bersaing dalam Liga Super memiliki surat jaminan RM2.5 juta sebelum dibenarkan bertanding.

“Mengenai surat jaminan ini, kami sedang berurus dengan kerajaan negeri dan beberapa badan korporat di sini (Pulau Pinang),” katanya.

“FAP yakin surat jaminan itu akan dapat dikeluarkan sebelum 30 November ini.”

Sementara itu, ketika ini, pemain Pulau Pinang sedang menjalani latihan dikendalikan S Veloo sehingga jurulatih baru dilantik.

Kontrak Veloo dan kesemua pemain akan berakhir 30 November ini dan mereka dikehendaki menjalani latihan seperti biasa.

The Reds terima kegagalan


BUDAPEST - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menerima kegagalan skuad The Reds pada saingan Liga Juara-Juara dengan hati terbuka.

Jelas Benitez, kegagalan itu berpunca daripada kesilapan mereka sendiri sehingga menyebabkan juara edisi 2005 itu tersingkir daripada saingan kalah mati.

Awal pagi semalam, Liverpool menewaskan Debrecen 1-0 hasil jaringan tunggal David Ngog, namun kemenangan itu dianggap sudah tidak bermakna lagi apabila Fiorentina menundukkan Lyon 1-0.

Kemenangan Fiorentina itu menyaksikan mereka mengikut jejak Lyon yang terlebih dahulu mengesahkan slot ke saingan kalah mati.

"Prestasi kami begitu baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Mungkin atas sebab itulah semua pihak menganggap kami akan mudah melayakkan diri dalam semua pertandingan.

"Kami sememangnya kecewa, kami tahu kami perlu menang ke atas Debrecen dan kami telah melakukannya tetapi kita tidak boleh ubah apa yang berlaku di Fiorentina. Sekurang-kurangnya kami dah buat kerja kami," kata Benitez.

Benitez kini menukar fokusnya untuk aksi bertemu Everton dalam kempen Liga Perdana England Ahad ini dan dia ternyata gembira dengan sumbangan Steven Gerrard dan Fabio Aurelio pada perlawanan awal pagi semalam.

"Kami perlu positif dan fikirkan untuk pertandingan yang lain. Perlawanan seterusnya bertemu Everton dan kemudian kami akan beraksi dalam Piala UEFA (Liga Europa).

"Kami juga sudah mendapat khidmat Gerrard yang pulih sepenuhnya. Aurelio juga telah kembali," jelas Benitez. - Agensi

Ujian terakhir buat Rajagobal


PERLAWANAN ujian menentang Maldives di Stadium UiTM, Shah Alam, 4.30 petang ini bakal menjadi medan terakhir buat jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal memilih 20 pemain terbaik untuk dibawa ke Vientiane, Laos Isnin depan, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Menurut Rajagobal, pertemuan tersebut bakal digunakan sepenuhnya untuk menguji semua 25 pelatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara terutama beberapa pemain yang baru pulih daripada kecederaan.

"Sepatutnya pemain-pemain yang baru pulih ini memerlukan dua atau tiga perlawanan untuk diuji. Tapi masa sudah suntuk dan kita hanya sempat mengadakan satu perlawanan ujian.

"Selepas perlawanan menentang Maldives ini, saya akan bincang dengan pembantu-pembantu saya dan kita mungkin akan pilih 20 pemain ke Laos selepas sesi latihan Sabtu ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ketika dua kali bertemu Uzbekistan pada aksi kelayakan Piala Asia 2011 pada 14 dan 18 November lalu, Rajagobal tidak dapat menguji sepenuhnya kemampuan empat pemain iaitu Asraruddin Putra Omar, Azmi Muslim, Farderin Kadir dan Abd. Manaf Mamat kerana mereka baru pulih daripada kecederaan.

Skuad negara diundi dalam Kumpulan A pada Sukan SEA kali ini dan akan memulakan cabaran bertemu Timor Leste (2 Disember), Vietnam (6 Disember), Kemboja (8 Disember) dan Thailand (11 Disember).

Wednesday, November 25, 2009

Chelsea idam puncak

PORTO: Chelsea akan mengungguli Kumpulan D Liga Juara-Juara jika berjaya meraih kemenangan pertama di gelanggang Porto, Stadium of the Dragon, pagi esok.

Kedua-dua kelab sudah pun layak ke pusingan kalah mati. Chelsea mengumpul 10 mata hasil empat perlawanan, lebih satu mata berbanding Porto tetapi kelab dari London itu tewas dan seri dalam dua kunjungan lalu di bandar utara Portugal itu.

Tempat pertama di peringkat kumpulan memastikan pilihan yang lebih disenangi untuk undian pusingan berikutnya.

Chelsea kini lima mata di depan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris dan baru saja meraikan kemenangan 4-0 ke atas Wolves, Sabtu lalu.

Pasukan Blues menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol dalam lima daripada tujuh perlawanan terakhir.

Frank Lampard dan Jose Bosingwa tidak dapat beraksi berikutan kecederaan tetapi Gael Kakuta yang menampilkan aksi hebat sebagai pemain gantian ketika menentang Wolves, akan membarisi skuad Chelsea.

Kakuta dibenarkan bermain selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan menghentikan sementara penggantungan bermain terhadapnya sehingga mencapai keputusan terakhir berikutan perpindahannya dari Lens.

“Berikutan penggantungan itu, saya tidak beraksi selama berbulan-bulan,” kata Kakuta. “Tetapi saya menjalani dua sesi latihan setiap hari dan saya rasa seronok. Ia terasa bagaikan pramusim,” katanya.

Didier Drogba, Michael Ballack dan Deco direhatkan ketika menentang Wolves akibat kecederaan tetapi masih diterbangkan ke Portugal.

Pemain bek tengah, Ricardo Carvalho dijangka menentang bekas kelabnya selepas direhatkan sepanjang hujung minggu ini.

Chelsea menewaskan Porto 1-0 di Stamford Bridge pada pusingan pembukaan tetapi pasukan Dragons bangkit untuk tiga kemenangan berturut-turut dalam kejohanan itu. - AP

Hijau Kuning perlu pasang umpan besar

USAHA skuad bola sepak Kedah untuk memancing penyerang berkaliber tersekat apabila beberapa pemain dilaporkan enggan menyertai pasukan itu.

Musim lalu, pasukan Hijau Kuning itu tempang di barisan hadapan selepas ketiadaan Marlon Alex James sekali gus punca utama Kedah gagal mempertahankan ketiga-tiga kejuaraan milik mereka.

Ternyata percaturan Kedah dengan menyandarkan harapan kepada pemain muda seperti Saramsak Kram, Muhammad Shafiq Jamal, Mohd Far:izal Rozali kurang menjadi sehingga memberi tekanan kepada mereka.

Hanya sentuhan Khyril Muhymeen tampak lebih meyakinkan namun kehilangannya juga amat dirasai apabila dia dipanggil mewakili pasukan kebangsaan dan ditimpa kecederaan. Jelas bakat muda itu memerlukan mentor di posisi berkenaan.

Menurut sumber Sinar Harian, penyerang-penyerang terbabit b:ukannya tidak berminat untuk menyertai Kedah, sebaliknya menjadi tawar hati selepas rundingan kontrak berikutan tawaran gaji yang rendah.

Tuesday, November 24, 2009

Ramlan optimis pingat bola sepak


Dr. Ramlan Aziz (dua dari kanan) mengadakan perjumpaan dengan K. Rajagobal ketika melawat latihan persiapan skuad bola sepak negara ke Sukan SEA Laos di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam

PETALING JAYA - Ketika tiada sesiapa yang berani menyandarkan harapan emas daripada acara bola sepak pada Sukan SEA, Ketua Kontinjen negara, Datuk Dr. Ramlan Aziz optimis skuad kebangsaan mampu meraihnya di Laos nanti.

Walaupun bukan sasaran muktamad, sebaliknya pandangan peribadi beliau, Ramlan berkata, keupayaan skuad negara sejak kebelakangan ini menjadi petanda emas daripada acara itu bukan mustahil.

''Jika ditanya perasaan saya sebagai Chef-de-Mission mengenai harapan emas daripada acara bola sepak, sudah tentu saya katakan ya. Optimis sentiasa menjadi sikap saya.

''Kita ke sana untuk menang. Semua pasukan mesti menang. Semua pasukan ada semangat untuk menang, begitu juga bola sepak. Saya sentiasa yakin kemampuan skuad kita.

''Saya mengharapkan sikap memberikan seratus peratus daripada para pemain ketika beraksi. Semua mereka harus ada sikap ini.

''Emas Sukan SEA terakhir 20 tahun lalu wajar dijadikan semangat untuk mereka mendapatkan kembali kilauan emas dalam bola sepak.

''Jadi, para pemain harus sedar mereka ada misi yang perlu diselesaikan di Laos,'' katanya ketika menyaksikan latihan skuad bola sepak negara di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya, semalam.

Hadir sama Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah mengharapkan sebutir pingat Sukan SEA Laos, bulan depan mampu diraih sebagai penutup cemerlang musim bola sepak negara.

Kali terakhir skuad negara memenangi emas ialah 20 tahun lalu di gelanggang sendiri dan gagal membawa pulang sebarang pingat pada temasya di Korat, dua tahun lalu.

Tambah Ramlan, temasya dwi tahunan di Laos boleh dijadikan penebus maruah skuad bola sepak setelah gagal dalam kejohanan antarabangsa termasuk Kelayakan Piala Asia 2011 apabila kalah tewas 1-3 dalam dua perlawanan di Tashkent dan Bukit Jalil pada 14 dan 18 November lalu.

''Sukan SEA mungkin kejohanan yang tepat untuk skuad bola sepak negara menebus kegagalan di sepanjang tahun. Inilah peluang terbaik untuk melakukannya.

''Jadikan Sukan SEA penutup yang berjaya dalam sukan negara, bukan sahaja skuad bola tetapi acara yang lain juga,'' katanya.

Monday, November 23, 2009

Hujan tidak menghaLang untuK berlatih...

Antara gambar-gamabar di padang latihan daripada sahabat-sahabat KDN ..









Titus James menyertai Negeri Sembilan?


Ada desas-desus mengenai bekas Pemain kebangsaan sensasi, Titus James Palani akan kembali ke Malaysia dari Perancis untuk cuba pasukan malaysia tempatan untuk 2010. Terakhir namanya muncul dalam adegan sepak bola tempatan kami selepas ia gagal untuk menduduki skuad sukan SEA tahun lalu di bawah B. Sathianathan.

Walaupun rumor ini sukar dipercayai. Tapi ada kemungkinan hal ini berlaku sejak Titus James tidak mampu menarik minat setiap kelab di perancis .

Presiden FAM tegas (BetuL keR ???)

“KALAUPUN negeri saya sendiri - Pahang - gagal memenuhi syarat pendaftaran seperti ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), biarlah mereka tidak beraksi di dalam Liga-M, musim depan.”

Itulah ketegasan ditonjolkan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah selepas enam pasukan gagal memenuhi syarat pendaftaran menyertai Liga-M musim depan dan perkara itu menjadi isu utama mesyuarat majlis badan induk kebangsaan itu semalam.

“Saya adalah Presiden FAM. Saya perlu tegas dalam keputusan ini kerana ia adalah peraturan,” kata Sultan Ahmad Shah.

Mesyuarat majlis FAM semalam memutuskan Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan Shahzan Muda diberi tempoh hingga 30 November ini untuk menyelesaikan masalah masing-masing.

Itu bermakna, dalam tempoh seminggu ini, setiap pasukan terbabit perlu menyelesaikan perkara berikut - gaji tertunggak kepada pemain dan pegawai; caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); surat jaminan daripada penaja atau badan korporat; cukai pendapatan pemain dan pegawai serta caruman Perkeso.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, mesyuarat semalam memutuskan badan induk kebangsaan itu tidak n memberi tempoh lebih panjang kepada keenam-enam pasukan terbabit menyelesaikan masalah masing-masing.

“Tuanku Sultan bertitah bahawa semua syarat ditetapkan itu perlu dipatuhi selewat-lewatnya 30 November ini. Beliau juga berkata, jika Pahang yang menjadi negeri kelahirannya, gagal menyelesaikan semua masalah itu, biarlah negeri itu tidak beraksi musim depan.

“Bagi gaji, mereka perlu menyelesaikan semua yang tertunggak manakala untuk caruman KWSP, mereka tidak dikehendaki menjelaskan semua sekali, sebaliknya boleh mengemukakan surat mengenai kaedah penyelesaian dipersetujui kedua-dua pihak.

“Mereka juga perlu menyerahkan kepada FAM surat jaminan penaja sebagai bukti mempunyai kedudukan kewangan mencukupi untuk mengharungi Liga-M musim depan,” katanya.

Sementara itu, tiga pasukan bertaraf kelab yang sebelum ini dikatakan mahu menarik diri, sah menarik diri dan mesyuarat yang sama meluluskan penarikan diri KM Naza FC, UPB/MyTeam FC dan Proton FC.

FAM beri peluang kedua

Tarikh kelayakan sertai Liga Malaysia dilanjut hingga Isnin depan

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) jelas masih bersifat lembut apabila syarat kelayakan pasukan untuk beraksi dalam Liga Malaysia, musim depan dilanjutkan lagi sehingga 30 November ini selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Exco badan induk itu, semalam.

Ini adalah tarikh kedua diberi selepas tarikh pertama pada penghujung Oktober lalu seakan tidak diendahkan beberapa persatuan negeri dan kelab yang masih lagi gagal menyelesaikan kemelut kewangan terutamanya isu membabitkan pembayaran gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) pemain, Perkeso, potongan cukai Hasil Dalam Negeri, deposit dan denda terdahulu.

Namun, menurut Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, ini adalah peluang terakhir diberi dan tidak akan ada sebarang kompromi selepas daripada tarikh tersebut.

"Saya dimaklumkan sehingga ke tarikh ini beberapa pasukan tidak memenuhi syarat ditetapkan dan FAM akan memberi tempoh sehingga 30 November ini. Selepas itu, kami tidak akan menerima apa apa rayuan daripda mana mana pasukan," katanya dalam satu kenyataan di Wisma FAM, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pasukan yang gagal melunaskan setiap syarat yang ditetapkan ditakrif terkeluar secara automatik daripada saingan musim depan.

"Perak dan Pulau Pinang antara pasukan yang masih lagi belum memenuhi syarat walaupun perbincangan sudah dibuat. FAM sudah lebih awal memberi peringatan kepada mereka mengenai tarikh terakhir itu," katanya.

Antara pasukan lain yang masih gagal ialah Kelantan, Pahang, Melaka dan KL Plus yang mungkin akan menjadi satu satunya pasukan kelab yang akan beraksi musim depan ketika KM Naza, Proton FC dan UPB MyTeam sudah pun mengesahkan penarikan diri daripada saingan.

Sementara itu, FAM menyampaikan cek RM10,000 kepada keluarga bekas ahli majlis, Mejar Zainuddin Abdul Ghani yang meninggal dunia ketika kejohanan bola sepak pantai gara-gara diserang sakit jantung di Kuantan, bulan lalu.

Sunday, November 22, 2009

Penyokong Mesir merusuh, bakar bendera


KAHERAH - Para penyokong Mesir membakar bendera Algeria dan merusuh di depan bangunan kedutaan Algeria di sini, kelmarin. Mereka turut memecah tingkap kereta dan kedai berhampiran, selepas kalah pada kelayakan Piala Dunia kepada negara seteru utama dalam bola sepak.

Penyokong Mesir dan media negara itu diheret ke dalam kekalutan itu selepas laporan bahawa penyokong Algeria menyerang dan mencederakan penyokong Mesir selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia di ibu negara Sudan, Khartoum minggu ini.

Pada perlawanan itu, Algeria 1-0, sekali gus memberikan mereka slot layak ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Beratus-ratus penyokong Mesir mengamuk di jalan-jalan sekitar kedutaan Algeria sepanjang malam dan bertempur dengan anggota polis pencegah rusuhan.

Rusuhan tersebut bermula dengan bantahan, dengan para penunjuk perasaan memukul gendang serta menjerit perkataan lucah terhadap rakyat Algeria.

Apabila polis menghalang mereka daripada menghampiri bangunan kedutaan, para penunjuk perasaan mula membaling batu, memecah tingkap kereta an kedai berdekatan, selain menggeledah stesen minyak.

Penyokong yang tidak dapat menghampiri bangunan kedutaan Algeria, membaling batu ke arah bangunan kedutaan India yang terletak berhampiran.

Menteri Dalam Negeri berkata, 11 anggota polis dan 24 penunjuk perasaan cedera, 20 orang ditangkap dan 15 kenderaan rosak.

Kelmarin, berpuluh-puluh penyokong berteriak dan membakar bendera berhampiran bangunan kedutaan, namun kemaraan mereka ke bangunan kedutaan dihalang oleh anggota pencegah rusuhan.

Di negara yang tunjuk perasaan politik jarang berlaku akibat tekanan pasukan keselamatan, bantahan oleh penyokong bola sepak Mesir itu merupakan satu suasana luar biasa apabila penyokong menunjukkan kemarahan mereka di jalanan.

Kawasan kejiranan tempat bangunan kedutaan Algeria, Zamalek di kawasan kepulauan di sungai Nil, merupakan kawasan kedutaan, sekolah, ekspatriat dan pelajar universiti asing.

Permusuhan kedua-dua negara dalam bola sepak sehingga membawa kepada keganasan bermula sejak minggu lalu.

Perlawanan di Khartoum diadakan selepas Mesir mengalahkan Algeria 2-0 Sabtu lalu di Cairo.

Sebelum perlawanan, Sabtu lalu, penyokong Mesir membaling batu ke arah bas yang membawa pemain pasukan Algeria dan mencederakan tiga pemain.

Selepas itu, 32 orang cedera dalam pergaduhan di antara penyokong Mesir dan Algeria.

Penyokong Algeria turut menggeledah pejabat syarikat-syarikat Mesir di Algiers. - AP

Cantona bidas Henry

MARSEILLE - Bekas tonggak utama Perancis, Eric Cantona menempelak jurulatih kebangsaan negara itu, Raymond Domenech berhubung kontroversi Perancis layak ke Piala Dunia 2010.

"Saya rasa Domenech merupakan jurulatih paling teruk di Perancis selepas (Raja Perancis) Louis XVI," kata Cantona semalam.

Louis XVI telah disingkirkan oleh gerakan revolusi Perancis pada 1893 dan seringkali digambarkan sebagai seorang yang tidak pandai membuat keputusan dan serba tidak kena dalam pentadbirannya.

"Jika saya diberi pilihan, saya akan meletakkan Laurent Blanc (jurulatih Bordeaux) sebagai jurulatih kebangsaan Perancis.

"Blanc telah membimbing Bordeaux dan menang kejuaraan liga. Dia turut pernah menang Piala Dunia. Bukan saya seorang yang berfikiran sebegitu," kata Cantona.

Cantona turut mengkritik sikap Thierry Henry yang telah menggunakan tangan untuk membolehkan Perancis mendapat gol kemenangan ketika mengatasi Ireland pada aksi playoff kedua Piala Dunia 2010, Rabu lalu.

"Apa yang mengejutkan saya bukanlah insiden bola terkena tangan itu tetapi pada penghujung perlawanan apabila Henry pergi ke arah pemain Ireland untuk menenangkan mereka biarpun dia mengecewakan mereka tiga minit sebelum itu.

"Jika saya menjadi salah seorang pemain Ireland itu, sudah pasti Henry tidak memiliki masa biarpun tiga saat," jelas Cantona. - AFP

Perhatian Untuk PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)


Baru-baru ini (Ogos/Sept 2009) aku telah menerima surat makluman dari mahkamah meminta aku hadir kemahkamah dan sebenarnya ini ialah kali ke 3 aku menerima surat makluman sedemikian dari peguam lantikkan PTPTN.

Tapi hampa sekali, hajat aku untuk membuat rayuan berkenaan dengan masalah pembayaran pinjaman PTPTN terbantut buat kali ke 3 kerana kegagalan Peguam yang dilantik oleh pihak PTPTN untuk hadir kemahkamah semasa sebutan kes dibuat.

Pejabat peguam hanya menghantar surat untuk peminjam kes mahkamah, RM300 dah tentu PTPTN akan masuk ke akaun mereka tanpa perlu peguam itu ke mahkamah, tanpa peduli apa berlaku dimahkamah. wang sebanyak RM300 itu sebenarnya akan dicharge dari peminjam dan apa yang menghampakan ialah, peminjam terpaksa membayar bayaran tersebut walaupun tidak dapat membela diri dimahkamah lantaran kegagalan pihak peguam PTPTN hadir dimahkamah.

Sebelum ini memang banyak media massa menyebarkan pelbagai tarikan bagi peminjam membincangkan permasalah dengan PTPTN, tetapi nampaknya konsep management customer skill PTPTN masih dibawah paras standard... bukan setakat 20 kali menelefon tetapi 50-60 kali panggilan dibuat seharidan kadang-kadang tak dapat dapat berkomunikasi langsung, cuma kedengaran rakaman mesin - "pengawai kami sedang sibuk, talian anda akan disambung kemudian", kemudian sehingga hari yang berikutnya perkara yang sama juga berlaku.

Sebelum ini aku pernah beberapa kali buat rayuan untuk membayar sedikit demi sedikit tapi dukaciti apabila dilayan macam orang bodoh, "anda nak bayar bayar habislah semua tu", kata pegawai PTPTN. mereka sambil lewa sahaja tidak mahu membantu menyelesaikan masalah kita dalam melunaskan pinjaman. Apa yang paling menyedihkan ialah apabila pihak PTPTN mengambil keputusan menyenarai hitamkan nama peminjam.

Logikkah mereka membuat begitu..? apa yang lebih menjadi masalah nanti ialah majikan tidak akan menerima pekerja yang telah disenarai hitam. maka kami yang sememangnya sudah bermasalah dalam melunaskan pinjaman menjadi semakin tertekan.

Kisah ini terjadi kepada aku sendiri, setelah beberapa tahun mencari kerja, akhirnya aku berjaya mendapat kerja disebuah syarikat swasta... masuk 3 minggu aku bekerja, majikan telah dapat mengenal pasti kebolehan aku dan dengan itu, majikan telah memilih aku sebagai duta syarikat dan majikan juga telah menyenaraikan nama aku ke USA untuk 1 bulan dalam business trip.

Permasalahan bermula dan ianya menjadi tekanan kepada aku sebab aku juga telah disenarai hitam oleh imegresen, jadi, tiada lagi masa depan aku, dengan diam-diam aku tidak menceritakan masalah ini kepada majikan kerana takut di tendang kerana dalam application letter memang aku tulis semua klear tick no no no...!!!

Bermula dari hari itu (30 okt 2009) sehingga sekarang beratus-ratus kali dan berhari-hari aku menghubungi PTPTN sebelum majikan menghantar aku ke USA tengah bulan disember ini, apa jawapan yang aku dapat hanyalah - "perlu membayar semua itu kerana itu prosedure kami".

Kemana aku nak cari duit berpuluh K..? aku hanya ada masa beberapa hari sahaja untuk memberitahu kepada majikan masalah imegresen aku dan aku perlu terima takdir mencari kerja lagi selepas ini, inilah PTPTN memberi peluang berupa pengetahuan dan penutup periuk nasi peminjamnya.

Apa yang aku ingin rayu disini agar PTPTN lepaskanlah mereka, mereka tidak membayar bukan kerana degil, tetapi kerana betul2 menghadapi masalah... terimalah suara kami. PTPTN menuduh kami degil padahal peminjam seperti kami ini tiada peluang untuk bersuara membela diri dan melontarkan masalah kami.

Perbincangan sudah diadakan tetapi apa yang diminta lebih dari kemampuan peminjam. beribu masalah peminjam diluar sana, mungkin bukan aku sahaja yang menghadapi masalah ini, ramai lagi yang menjadi mangsa dihalang untuk keluar negara. aku bukan keluar melancong tetapi keluar untuk mencari duit bayar untuk membayar balik pinjaman PTPTN, tetapi meraka tak terima aku lagi...

Kemana lagi aku nak cari kerja sebab aku tiada semangat lagi untuk membayar duit PTPTN maupun hidup dalam keadaan tekanan ini, malu kepada keluarga dan masyarakat sekeliling...

Aku Rayu PTPTN pindalah syarat-syarat baru bagi menghapuskan konsep senarai hitam imegresen. banyak lagi cari boleh dibuat..!!! ini bukan sahaja memberi tekanan kepada peminjam tetapi juga merugikan lagi kerana kegagalan kami mandapat kerja boleh menggandakan lagi jumlah hutang...

Yang berhormat

Sedih Bin Pilu - Hafiz Abd Mahmud

KAFA 'sumbang' RM2.4j


ANNUAR (tengah) dan jurulatih B. Sathianathan (empat dari kiri) bergambar bersama pemain-pemain baru Kelantan pada sidang media di Kota Bharu semalam.

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) 'menyumbang' kira-kira RM2.4 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) sepanjang Liga Malaysia musim ini.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, sumbangan itu diperoleh FAM melalui pungutan jualan tiket, bayaran levi selain bayaran denda yang dikenakan ke atas KAFA sepanjang perlawanan musim ini.

Beliau berkata, pada musim ini, KAFA membayar denda RM250,000 kepada FAM setelah didapati bersalah akibat perbuatan penonton Kelantan yang merusuh pada perlawanan separuh akhir Piala FA, April lalu.

FAM turut mengenakan denda sebanyak RM50,000 ekoran keganasan yang dicetuskan penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 7 November lalu.

"Senario ini memperlihatkan KAFA satu-satunya pasukan yang paling tinggi memberi sumbangan kepada FAM melalui pelbagai hasil dalam bola sepak di negara ini," katanya pada majlis memperkenalkan 25 pemain Kelantan bagi musim 2010 di Kelantan Trade Center (KTC), Kota Bharu semalam.

Annuar berkata, hasil kutipan jualan tiket tertinggi pula diperoleh menerusi jualan tiket pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan 7 November lepas iaitu sebanyak RM1.1 juta.

Tambah Annuar, dalam mesyuarat KAFA semalam, pihaknya juga mengambil keputusan tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman denda sebanyak RM50,000 yang dikenakan oleh FAM baru-baru ini.

Dalam pada itu, Annuar memberi jaminan KAFA akan menaikkan gaji atau elaun barisan pemain dan pengurusan KAFA pada musim akan datang.

"Saya mahu mengumumkan gaji kesemua pemain Kelantan yang beraksi dengan skuad ini pada musim lalu dinaikkan pada musim depan," kata Annuar yang tidak menyatakan jumlah kenaikan gaji pemain Kelan- tan itu.

Beliau berkata, kenaikan gaji itu diharapkan dapat meningkatkan semangat pemain beraksi lebih cemerlang pada musim depan.

Bagi musim 2010, KAFA mengekalkan 19 pemain musim ini dan menggugurkan penjaga gol berpengalaman, Halim Napi dan penyerang Khalid Jamlus.

Pemain baru skuad Wira Merah itu terdiri daripada penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein, Azizi Mat Rose, S. Subramaniam, Shakir Shaari, Nor Sharul Idlan Talaha, Akmal Rizal Rakhli dan S. Chanturu.

Gaji naik...


KOTA BHARU – Selepas mempamer aksi yang memberangsangkan, kesemua pemain Kelantan yang kekal beraksi bersama skuad kijang pada musim depan akan menerima kenaikan gaji.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, kenaikan itu berdasarkan kepada prestasi yang ditunjukkan oleh pemain terbabit pada pemain musim lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah kenaikan gaji pemain-pemain terbabit.

Menurut Annuar, kenaikan gaji itu sebagai suntikan semangat kepada pemain Kelantan supaya berusaha lebih keras dan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada musim depan.

“Saya kagum dengan semangat pemain-pemain kita yang masih ingin berjuang bersama Kelantan walaupun mereka tidak dijanjikan kenaikan gaji ketika menyambung kontrak masing-masing.

‘‘Hari ini, saya mengumumkan gaji kesemua pemain Kelantan yang beraksi dengan skuad ini pada musim lalu dinaikkan pada musim depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis memperkenalkan pemain dan melancarkan pasukan Liga Super Kelantan 2010, semalam.

Majlis tersebut diadakan penuh meriah dengan kehadiran lebih 3,000 penyokong setianya.

Pada musim lepas, Kelantan menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan apabila layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan FA walaupun pertama kali beraksi di Liga Super.

Pun begitu, Kelantan gagal untuk menamatkan kemarau menjulang kedua-dua piala terbabit apabila tewas di perlawanan akhir kepada Selangor dan Negeri Sembilan.

Bagi musim ini, Kelantan telah membuat persiapan awal dengan membarisi beberapa pemain baru yang berstatus bintang seperti

Nurshahrul Idlan Talaha, Syed Adney Syed Hussein, S. Subramaniam, S. Chanturu, Azizi Mat Rose, Shakir Shaari dan Akmal Rizal Rakhli.

Ia sebahagian daripada usaha pasukan tersebut untuk mencapai sasaran tiga piala musim depan.

Anuar berkata, Kelantan merupakan antara pasukan terawal mengesahkan pemain-pemain yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Malah, katanya, beliau percaya skuad Kelantan mantap dengan mengambil beberapa pemain berpengalaman bagi mem perbaiki kelemahan dalam skuad itu sebelum ini.

“Saya berharap pemain-pemain Kelantan menunjukkan disiplin tinggi dan tidak terjebak dengan gejala-gejala yang boleh merosakkan pasukan seperti menjual perlawanan dan menerima rasuah.

‘‘Saya menaruh harapan pemain Kelantan dapat memenuhi sasaran memburu kejuaraan pada musim depan,” ujarnya.