Saturday, December 5, 2009

Wajah KL Plus FC serba baru

BARISAN skuad KL Plus bergambar bersama pada majlis memperkenalkan pemain baru di Persada PLUS, Subang petang semalam.


KL PLUS FC serba baru menghadapi musim baru Liga Malaysia 2010.

Semalam, skuad 'lebuh raya' itu telah mengumumkan senarai 22 pemain untuk mengharungi musim baru dengan 11 daripadanya adalah pemain baru.

Mereka terdiri daripada tiga pemain Perlis, Nizaruddin Yusof, Azi Shahril Azmi dan Es Lizuan Zahid Amir; empat pemain UBP-MyTeam, Faizal Rashid, Azrul Azmi, Fazrul Hazli Kadri dan Nazrin Nawi.

Pemain lain termasuk Sanjos Sundawat (Selangor), Badrul Hisani Abd. Rahman (Pahang), Hafidz Romli (KM Naza) serta bekas pemain remaja kebangsaan, Ibnu Kassim.

Pemain-pemain baru itu bakal bergabung dengan 11 pemain utama musim lalu iaitu kapten Norhafiz Zamani Misbah, Irwan Fadzli Idrus, Fadzli Shaari, Mohd. Lot Abu Hassan, Reshafiq Alwi, Razi Effendy Suhit, Rames Lai Ban Huat, Ab. Aziz Ismail, Zaidi Ahmad, S. Sumindran dan Rusydee Samsuddin.

Ini bermakna KL Plus mengetepikan 13 pemain lama termasuk Tengku Hasbullah Raja Hassan, Safiq Rahim, Amir Shahreen Mubin, Hairul Nizam Hanif, Amini Ahmad Tabrani, Wan Hoesne Wan Hassan dan Bobby Gonzalez.

Pengarah Urusan PLUS Express- ways, Noorizah Abd. Hamid berkata, sasaran KL Plus FC untuk musim baru bermula 9 Januari depan ialah memenangi sekurang-kurangnya satu piala.

"Tak kisahlah sama ada Liga Super, Piala FA atau Piala Malaysia, kami mahu menang salah satu. Dengan mengekalkan pemain utama dan ditambah pemain baru, saya yakin sasaran ini mampu dicapai," katanya pada majlis pelancaran di Persada PLUS, Subang petang semalam.

Turut hadir, Pengerusi PLUS Expressways, Tan Sri Mohd. Sheriff Kassim, Presiden KL Plus FC, Zaka- ria Ahmad Zabidi dan pengurus pasukan, Husni Md. Yusuf.

Sementara itu, jurulatih KL Plus FC, Mohd. Zan Mat Aris berkata, sasaran satu piala yang ditetapkan pihak pengurusan tidak mustahil untuk dicapai berdasarkan barisan pemain yang dimilikinya.

"Awal musim lalu, kami lemah di bahagian serangan dan bangkit dari- pada kedudukan kedua tercorot, akhirnya menamatkan Liga Super di tangga ketujuh. Kami juga melangkah ke suku akhir Piala Malaysia," katanya.

Memandangkan skuad Kuala Lumpur turut akan beraksi pada Liga Super 2010, KL Plus FC bakal menggunakan Stadium MBPJ, Kelana Jaya sebagai gelanggang sendiri mereka.

KL Plus FC turut akan menyertai kejohanan empat penjuru di Kuala Terengganu pada 18 hingga 21 Disember ini bagi memantapkan persefahaman antara pemain baru dan lama.

Lima pemain baru sertai Perak

IPOH - Perak mendapat khidmat lima pemain baru untuk musim bola sepak bermula Januari 2010 nanti.

Mereka terdiri K. Nantha Kumar, bekas pemain Perak yang berhijrah ke Selangor musim lalu; bekas penjaga gol Perlis, Khairul Izwan Mohamed Jamaluddin; bekas pemain T-Team, Shafuan Adli Shaari; bekas pemain Pahang, Wan Azwari Wan Noh dan bekas penyerang Melaka, Mohd. Fauzzi Mohd Kassim.

Mereka menandatangani kontrak dengan Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) semalam.

Presiden Pafa, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, lima pemain itu melengkapkan senarai 21 pemain yang akan didaftarkan bagi mewakili pasukan negeri dalam Liga Super musim baru nanti.

"Kami menyasarkan kedudukan empat terbaik bagi pasukan ini musim depan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak itu di Bangunan Pafa di sini.

Bagi memperkemaskan pengurusan pasukan Perak musim depan, Nor Azli Musa telah diberi tanggungjawab sebagai pengurus pasukan dan manakala Raja Azlan Shah Raja Soib dilantik sebagai jurulatih pasukan dengan dibantu Abu Bakar Fadzim.

Penjaga gol musim lalu, Megat Amir Faisal Abdul Rahim telah dilantik sebagai jurulatih penjaga gol dan akan bermain sebagai penjaga gol kedua musim ini.

Pemain lain ialah Khairul Amri Salehuddin, Mohd. Arif Fazlie, Isma Alif Mohd. Salim, Muhammad Khalis Ibrahim, Mohd. Hafiszuan Salehuddin, Mohd. Syazwan Roslan, Benedict Martin, Mohd. Nazri Mohd Kamal, Mohd. Hafiz Abdul Rahman, Razali Umar Kandasamy, Shahrizal Mohd. Saad, Kamarul Effendy Abdul Rahman, Mohd. Fauzi Ariffin, Mohd. Arif Ismail dan Saufi Saadi

Chelsea tersilap buat percaturan


REAKSI barisan pemain Chelsea ketika penentuan sepakan penalti menentang Blackburn Rovers di Ewood Park semalam. Blackburn menang 4-3.

BLACKBURN - Paul Robinson muncul wira Blackburn Rovers apabila menjadi penghalang kepada Chelsea untuk mara ke separuh akhir Piala Liga.

Robinson berjaya menyelamatkan sepakan penalti Gael Kakuta, sekali gus memberi kemenangan 4-3 Blackburn ke atas Chelsea pada aksi suku akhir Piala Liga awal pagi semalam.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi yang berlangsung di Ewood Park.

Nikola Kalinic, Brett Emerton dan Benni McCarthy masing-masing meledak satu gol buat Blackburn.

Skuad The Blues pula memperoleh gol menerusi jaringan Didier Drogba, Salomon Kalou dan Paulo Ferreira.

Pada aksi di gelanggang lawan itu, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti melakukan lapan perubahan dalam barisan pemainnya yang menewaskan Arsenal 3-0, Ahad lalu dan jelas sekali ia memakan diri.

Ancelotti mengarahkan Kakuta, 18, mengambil sepakan penalti kelima Chelsea, namun sepakannya itu terus ke dakapan Robinson.

"Saya ambil risiko dengan menurunkan semua pemain muda pada babak pertama kerana saya ingat ia memberi kebaikan kepada kami.

"Kakuta dan Jeffrey Bruma bermain dengan baik dan mereka ada masa depan yang cerah dalam pasukan kerana mereka memiliki kualiti yang bagus.

"Ia satu perlawanan yang berguna bagi pemain muda ini dan saya gembira dengan kemampuan mereka," kata Ancelotti.

Nani tinggalkan Old Trafford


LONDON – Pemain sayap Portugal, Nani hampir pasti meninggalkan Old Trafford selepas dia dipinggirkan daripada skuad utama Manchester United musim ini.

Nani tidak beraksi sejak media melaporkan tentang kenyataannya terhadap cara layanan pengurus Alex Ferguson ke atas barisan pemain United pada bulan lepas.

Nani, 23, berpindah ke United dari Sporting Lisbon dengan harga £17 juta (RM96 juta) pada Jun 2007 dan telah meledakkan 12 gol dalam 85 perlawanan.

Dia dianggap sebagai pengganti kepada Cristiano Ronaldo, namun setelah memulakan kariernya dengan cemerlang, prestasi Nani dilihat mula merosot sejak musim lalu

City tak gentar

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Mark Hughes menegaskan tiada apa yang perlu ditakuti pasukannya menjelang perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris menentang Manchester United.

City menempah tiket untuk peringkat separuh akhir dengan kemenangan 3-0 ke atas Arsenal dalam perlawanan suku akhir di Eastland, awal pagi semalam.

Sudah lebih tiga dekad City tidak memenangi sebarang trofi utama, kali terakhir Piala Liga 1976.

Hughes berkeyakinan tinggi mengenai peluang pasukannya untuk memenangi perlawanan biarpun berdepan juara bertahan yang menewaskan mereka 4-3 dalam Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, September lalu

“Ia satu pertembungan yang hebat dan semua orang di Manchester dan mungkin seluruh dunia akan teruja dengannya,” kata Hughes yang juga bekas penyerang United. “Fokus utama kami adalah terhadap perkara itu.

“Dalam dua perlawanan terakhir, kami berjaya menemui rentak permainan ketika menentang mana-mana pasukan.

“Apabila perlawanan itu berlangsung kami akan menikmatinya dan cuba untuk ke perlawanan akhir di Wembley yang mana pasukan ini sudah lama tidak merasainya.

“Kami berharap dapat merasai pengalaman itu. Kami mahu beraksi dengan baik, prestasi kami semakin meningkat. Kami datang sejauh ini dan kami mahu cuba menjuarai pertandingan ini,” katanya.

City berjaya menumbangkan pasukan muda Gunners hasil gol separuh masa kedua daripada Carlos Tevez, Shaun Wright-Phillips dan Vladimir Weiss.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger terpaksa berdepan tuduhan kurang semangat kesukanan apabila enggan bersalam dengan Hughes selepas tamat perlawanan.

“Itu adalah pilihan dan hak peribadinya,” kata Hughes. “Pada satu ketika, dia bertanya mengapa saya berada di tempatnya di kawasan teknikal dan mungkin dia agak tersinggung disebabkan perkara itu.”

“Tetapi saya fikir dia lebih kecewa apabila pasukannya dibelasah.

“Saya pernah ke Emirates (gelanggang Arsenal) dan dibelasah 6-2 tetapi saya masih menghulurkan tangan dan itulah yang anda mampu lakukan sekurang-kurangnya.

“Terdapat protokol tertentu dan mungkin perkara itu tidak dibuat Wenger. Saya agak kecewa kerana saya cukup menghormatinya dan mungkin dia perlu bersikap lebih mesra,” katanya.

Wenger enggan menjelaskan mengapa dia tidak mahu bersalam dengan Hughes.

“Ia tiada kaitannya dengan perlawanan ini dan saya sedia berjabat tangan dengan siapa yang saya mahu selepas perlawanan,” katanya.

“Jika ia tindakan adab profesionalisme, jadi saya tidak beradab sopan,” gurau jurulatih kelahiran Perancis itu.

Dalam perlawanan lain, Gael Kakuta gagal menyempurnakan penentuan penalti penting buat Chelsea selepas Paulo Ferreira menyamakan kedudukan 3-3 buat skuad Blues pada minit terakhir masa tambahan.

Kakuta, 18, perlu menjaringkan gol untuk menyelamatkan Chelsea menerusi sepakan itu tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Paul Robinson.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam tempoh 90 minit hasil jaringan Didier Drogba dan Salomon Kalou untuk Chelsea manakala gol Blackburn disumbang Nikola Kalinic dan Brett Emerton.

Jaringan penyerang Afrika Selatan, Benni McCarthy pada masa kecederaan dibatalkan kerana ofsaid sebelum menyempurnakan penalti minit ke-93 yang meletakkan Blackburn di depan tapi Ferreira menyamakan kedudukan

Friday, December 4, 2009

Red Warrior kena kerja amal


KOTA BHARU - Skuad Kijang yang telah dimantapkan bagi saingan musim depan akan didekatkan dengan rakyat negeri ini melalui pelbagai kerja amal yang telah dirangka sepanjang 2010.

Langkah itu bagi menyemai rasa kecintaan masyarakat terhadap pasukan dan pada masa yang sama merangsang sikap penuh bertanggungjawab di kalangan pemain untuk memenuhi harapan anak negeri.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, bagi membuka lembaran baru bola sepak Kelantan, KAFA akan turut berusaha mengetengahkan dan membimbing bakat baru.

Ini termasuklah asuhan di peringkat kanak-kanak melalui program klinik bola sepak kerana sukan ini boleh turut menjadi kerjaya yang menjamin masa depan.

Bercakap kepada pemberita di sini baru-baru ini, beliau berkata, pihaknya menggalakkan pemain untuk secara berterusan melakukan kerja-kerja amal kerana tidak mahu mereka terpisah daripada masyarakat.

''Merekalah menjadi pendokong utama ke arah kejayaan pasukan dan mereka menaruh harapan yang tinggi.

"Sudah banyak yang kita lakukan sebelum ini seperti program membersih pantai, bumi hijau dan mengumpul dana untuk kebajikan melalui tabung 'We Care'.

"Kita meneruskan program bersifat kebajikan ini kerana selain dari bermain bola atas padang kita mahu pemain menjadi sebahagian dari masyarakat," katanya pada Majlis Ramah Mesra Aidiladha Bersama Warga Tani KADA di Dataran Warisan, Kok Lanas dekat sini.

Pada majlis itu pasukan bola sepak Kelantan diketuai Indra Putra Mahyuddin mengagihkan daging korban kepada 200 penduduk sekitar yang kurang berkemampuan.

Tiga peminat bertuah pula menerima pas masuk percuma ke perlawanan sepanjang musim hadapan iaitu Ruddyfaizal Ismail, Mohd. Ruzlan Che Harun dan Mohamad Abi Zuhaily.

Menurut Annuar, pemain-pemainnya selepas ini akan berkunjung ke Padang, Indonesia bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di sana pula.

"Tahun hadapan dengan tujuh program amal yang sudah kita aturkan, dijangka setiap bulan pemain-pemain akan terlibat dengan kerja amal," ujarnya.

Thursday, December 3, 2009

Sedikit fakta mengenai pasukan yang bakal mengadakan perlawanan dengan Kelantan

Bermula lapan Disember ini, pihak pengurusan serta pemain Kelantan akan bertolak ke Bangkok, Thailand menentang dua pasukan, Chonburi FC dan Bec Tero Sasana FC dimana salah satunya telah menjuarai saingan Liga Super negara tersebut tahun ini.

Chonburi FC
Thai Premier League:
- Juara : 2007
- Naib Juara: 2008, 2009

Provincial League:
- Juara : 2005
- Naib Juara : 2002

Kor Royal Cup:
- Juara : 2008, 2009

BEC Tero Sasana FC

Thai Premier League:
- Juara : 2000, 2001
- 2009 : Ke-4

Thailand FA Cup:
- Juara : 2000
- Naib Juara : 2009

Kor Royal Cup:
- Juara : 2001
- Naib Juara : 2002, 2004

Queen's Cup:
- Naib Juara : 2009

AFC Champions League:
- Naib Juara : 2002

ASEAN Club Championship:
- Naib Juara : 2003

Worrawoot Srimaka,bekas player klate juga merupakan salah sore jurulatih di kelab BEC Tero Sasana FC loni. (Sumber dari reds fc)

Kuala Lumpur 'dinaik pangkat' ke Liga Super

KUALA LUMPUR - Tiada lagi pasukan yang tergantung penyertaannya ke Liga Malaysia musim 2010 gara-gara tunggakan gaji pemain manakala sebuah pasukan Liga Perdana, Kuala Lumpur mendapat 'kenaikan pangkat' apabila ditawarkan bermain dalam Liga Super.

Enam pasukan yang diberikan tarikh akhir untuk menjelaskannya Isnin lalu - Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan Shahzan Muda boleh menarik nafas lega untuk menyertai Liga M selepas dinilai Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan mereka telah menunaikan syarat asas lain penyertaan Liga M yang termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), potongan cukai pendapatan dan jaminan sumber kewangan.

"Bagi menggenapkan 14 pasukan dalam Liga Super 2010 selepas penarikan diri KM Naza dan UPB-MyTeam, kami menawarkan satu tempat kepada Kuala Lumpur berdasarkan pencapaian tempat keempat mereka dalam Liga Perdana musim 2009," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Jelasnya, skuad bimbingan Razip Ismail itu yang turut ditawarkan ke Liga Super atas faktor kecekapan pengurusan kewangannya, bagaimanapun perlu memenuhi syarat tambahan dan diberikan peluang menjawabnya sehingga mesyuarat Majlis, Isnin ini.

Bagi menjadikan 12 pasukan yang bermain dalam Liga Perdana 2010 pula menurut Che Mat, Staf Universiti Sains Malaysia (USM) dari Pulau Pinang ditawarkan kenaikan daripada Liga FAM sebagai menggantikan Proton yang turut menarik diri.

"Sebuah pasukan dari Perlis, Kelab Sukan Komuniti Tambun Tulang yang sepatutnya layak bermain pada Liga Perdana 2010, pula memilih untuk kekal dalam Liga FAM," katanya selepas mesyuarat jawatankuasa hampir tiga jam itu.

Katanya, kedua-dua skuad belia negara, Harimau Muda A dan B akan setaraf semua pasukan lain dalam Liga Super dan Liga Perdana sekali gus melayakkan mereka mengaut hadiah wang tunai yang ditawarkan jika bergelar juara selain menyertai Piala Malaysia yang berdasarkan merit bagi musim depan.

"Piala Malaysia musim 2010 hanya akan disertai 12 pasukan terbaik Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana pada musim yang sama. Ia bukan lagi mengambil kesemua negeri, Angkatan Tentera dan Polis secara automatik dan pertandingannya bermula dari 14 September hingga 20 November tahun depan," katanya.

Jelasnya, Liga Super akan membuka tirainya pada 9 Januari 2010 dengan didahului perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah yang menemukan juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan dengan juara Piala FA 2009, Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.

"Liga Super akan berakhir pada 24 Julai sementara Liga Perdana ditetapkan dari 11 Januari hingga 23 Julai; Piala FA dari 2 Februari hingga 10 April dan Liga FAM bermula 7 Mac. Liga juga akan dihentikan seketika sepanjang Piala Dunia di Afrika Selatan (11 Jun hingga 11 Julai) dan Sukan Malaysia Ke-13 di Melaka.

"Liga turut akan berehat sepanjang bulan Ramadan tahun depan selain FAM akan menganjurkan sebuah kejohanan antarabangsa, Pestabola Merdeka dari 2 hingga 16 Oktober," kata Che Mat yang juga Naib Presiden FAM.

Malaysia berpesta gol di Laos

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Malaysia berpesta gol dengan membelasah Timor Leste 11-0 dalam perlawanan bola sepak kumpulan A bagi memulakan kempen Sukan SEA Laos mereka dengan bergaya di Stadium Nasional di Vientiane, hari ini.

Menurut laman web rasmi temasya itu, www.laoseagames.2009, penyerang, Ahmad Fakri Saarani mencipta jaringan hatrik manakala seorang lagi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha menyumbangkan dua gol.

Zaquan Adha Abdul Razak, Baddrol Baktiar, Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Razak masing-masing menyumbangkan satu gol bagi membolehkan Malaysia mencatatkan kejayaan paling besar dalam sejarah Sukan berkenaan.

Wednesday, December 2, 2009

Friendly

Pasukan Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan dgn pasukan :

1. PKNS(24/12/09)
2. Selangor (26/12/09)

Tempat : Di sekitar lembah klang..harap maklum..sebarang perubahan, akan dimaklumkan..

‘Ada tak dapat beraksi Liga M’ (nOk kato Kelate la tu )

ENAM pasukan yang diberi tempoh hingga tengah hari kelmarin untuk melengkapkan pendaftaran sudah berbuat demikian tetapi malangnya ada antara mereka yang sekadar mematuhi tuntutan tarikh akhir.

Masih ada negeri yang sebenarnya gagal memenuhi semua syarat pendaftaran seperti ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetapi memandangkan tarikh yang ditetapkan sudah tiba, pendaftaran tetap dilakukan walaupun tidak mengikut kehendak.

Sumber badan induk kebangsaan itu ketika dihubungi semalam menjelaskan enam pasukan terbabit iaitu naib juara Piala Malaysia dan Piala FA, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Pahang dan kelab Shahzan Muda sudah menghantar pendaftaran masing-masing.

Bagaimanapun, beliau berkata, ada antara enam pasukan berkenaan sebenarnya masih belum melengkapkan syarat seperti ditetapkan badan induk kebangsaan itu dan masa depan mereka kini bergantung kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT).

“Jawatankuasa terbabit akan meneliti semula pendaftaran keenam-enam pasukan berkenaan dan mereka akan membuat keputusan mengenai pasukan mana yang akan ditolak pendaftarannya atau sebagainya.

“Keputusan itu akan diumumkan Pengerusi JKPT, Datuk Che Mat Jusoh selepas mesyuarat yang diadakan esok.

“Saya tidak menolak kemungkinan akan ada pasukan yang ditolak daripada menyertai Liga-M pada musim depan,” kata sumber itu yang bagaimanapun enggan memberitahu identiti pasukan yang masih gagal menepati syarat itu.

FAM memutuskan enam pasukan terbabit perlu menyelesaikan semua hutang tertunggak kepada pemain dan pegawai, tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pemain dan pegawai, tunggakan caruman Perkeso, tunggakan cukai pendapatan serta surat jaminan penaja sebelum menyerahkan pendaftaran masing-masing.

Setakat ini, hampir semua enam pasukan itu dikatakan sudah pun menyelesaikan semua yang dituntut FAM tetapi hakikatnya masih ada pasukan yang berdegil.

Kemelut KAFA akhirnya terlerai



KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akhirnya mengesahkan sudah berpeluang membawa cabaran skuad Kijang bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan apabila kemelut kewangan telah berjaya dileraikan.

Terima kasih kepada penaja-penaja yang telah mematikan kebimbangan KAFA dan penyokong Kelantan dan menghidupkan impian untuk mengejar kejuaraan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, syarat yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya setiap pasukan yang ingin menyertai Liga M mempunyai dana RM2.5 juta akhirnya dapat dilunaskan.

Menurutnya, Kumpulan Al-Hamra sekali lagi akan menjadi penaja utama pasukan The Red Warriors bagi musim 2010 dengan jumlah penajaan RM2 juta.

"Bagaimanapun, kita masih mengharapkan bantuan daripada kerajaan negeri untuk sama-sama membantu dalam membangunkan bola sepak di negeri ini termasuk mengurangkan levi dan meningkatkan prasarana stadium.

''Di samping itu, kita juga mengharap banyak lagi korporat untuk tampil dari segi penajaan," katanya kepada media di sini semalam.

Terdahulu, Annuar menghadiri majlis menandatangani dokumen penajaan bersama antara KAFA dan Yusmira Trading yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Azlan Mohamad.

Juga dengan sebuah akhbar tabloid yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah .

Pada majlis tersebut KAFA menerima tajaan berjumlah RM200,000 daripada Yusmira dan RM200,000 lagi daripada Kumpulan Karangkraf yang disifatkan Annuar sebagai sangat bermakna ketika KAFA berada dalam keadaan terdesak.

"Kita juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Air Asia yang sekali lagi bersetuju untuk menaja urusan penerbangan dalam dan luar negara kepada pasukan Kelantan.

"Kerjasama yang terjalin ini sungguh bermakna dan kita pasti mereka (penaja) akan mendapat pulangan melalui pengiklanan," ujarnya.

Jelas Annuar, Kelantan akan terlibat dalam hampir 60 perlawanan peringkat domestik dan antarabangsa termasuk perlawanan persahabatan serta kejohanan peringkat serantau seperti kejohanan Liga Juara-Juara Kelab Liga M dan Liga S yang akan disertai Kelantan bagi musim 2010.

Katanya, ini pastinya akan mendatangkan impak yang cukup baik kepada para penaja dalam meluaskan lagi pasaran perniagaan mereka.

Devan pengurus, jurulatih Gergasi Merah

KELANA JAYA - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semalam membuat keputusan melantik K. Devan sebagai pengurus dan jurulatih baru skuad Merah Kuning tersebut bagi menghadapi persaingan Liga Malaysia 2010.

Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, pemilihan Devan untuk menggalas dua jawatan utama tersebut adalah berdasarkan kemampuan yang dimiliki oleh pengendali berpengalaman itu.

Katanya, pelantikan tersebut dilihat tidak akan memberi masalah kepada Devan, sebaliknya ia dilihat mampu memantapkan lagi skuad Gergasi Merah.

"FAS yakin dengan kemampuan Devan untuk menggalas dua jawatan tersebut. Pelantikan tersebut tidak akan memberi masalah kepadanya," katanya pada sidang akhbar, di sini semalam.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Amin.

Mengulas lanjut, Abdul Mokhtar berkata, tugas berat sebagai pengurus pasukan adalah bergaul rapat dengan pemain-pemain dan merancang misi pasukan.

Jelasnya, peranan pengurus tersebut boleh dipikul oleh Devan dengan baik kerana dia sentiasa berada di samping pemain dan dia juga adalah ketua jurulatih.

Dalam pada itu, Abdul Mokhtar turut mengumumkan enam nama pemain baru Selangor bagi musim 2010.

Katanya, enam pemain tersebut adalah Farderin Kadir, Safiq Rahim, Mohd. Bunyamin Umar, Azrine Efendy Sa'duddin, Mohd. Iqbal Mohd. Suhimi dan pemain berpengalaman, Liew Kit Kong.

Ditanya mengenai kedudukan Pengurus Selangor musim ini, Zakaria Ab. Rahim, Abdul Mokhtar berkata, FAS bersetuju untuk meletakkannya di bahagian pemasaran.

Jelasnya, pemilihan Zakaria untuk menjawat tugas baru itu adalah kerana kebolehan dan kekuatannya di bahagian itu.

'Jangan pandang rendah lawan'

KUALA LUMPUR - Acara bola sepak membuka tirai temasya sukan dwi-tahunan Sukan SEA ke-25 Laos apabila pasukan negara beraksi menentang Timor Leste hari ini dengan skuad bimbingan K. Rajagobal turun dengan misi 'wajib menang'.

Keputusan perlawanan Kumpulan A di Stadium Nasional di Vientiane yang dijadual bermula pada pukul 3 petang waktu Malaysia, bakal menjadi penentu sejauh mana skuad negara mampu mara setelah diundi dalam kumpulan maut bersama Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Skuad kebangsaan tiada pilihan selain daripada memungut tiga mata penuh ke atas Timor Leste.

Ini kerana tiga mata dari perlawanan hari ini akan mencerahkan peluang Malaysia memburu sasaran ke separuh akhir.

Rajagobal berkata, menumbangkan Timor Leste, di ranking ke-200 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) perlu dilaksanakan dan tiada alasan jika gagal melaksanakannya.

''Di atas kertas, memang kita pasukan pilihan. Dan kita harus sedar Malaysia masih dianggap sebagai antara pasukan terbaik di rantau ini.

''Ia mengiringi Timor Leste apabila menentang kita untuk mereka beraksi bermati-matian.

''Untuk itu, pemain perlu lebih serius serta tidak memandang rendah terhadap keupayaan lawan,'' katanya.

Skuad bawah 23 negara berlepas ke Laos menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi semalam setelah penerbangan kelmarin ditunda kerana tidak mendapat kelulusan mendarat awal daripada Laos.

Tanpa perlu terlalu memikirkan soal kelewatan tiba di Laos, para pemain harus segera mengetepikan masalah penerbangan yang tertunda dengan memberi fokus sepenuhnya apabila menentang Timor Leste.

Para pemain perlu mengelak daripada menerima kejutan kerana kekuatan dan keupayaan Timor Leste boleh disifatkan 'misteri'.

Malah Rajagobal sendiri tidak mengetahui kemampuan sebenar pasukan bola sepak Timor Leste.

Kayu ukur kekuatan Timor Leste hanya disaksikan oleh Rajagobal dua tahun lalu pada kejohanan Bawah 19 Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) di Palembang .

"Walaupun mereka kalah, tetapi mereka begitu sukar ditundukkan oleh pasukan handal seperti Singapura.

"Saya rasa Timor Leste ada kelebihan tersendiri,'' katanya.

Di atas padang, Rajagobal sudah mendapat 'skuad impian' 20 pemain yang bakal menggapai misi ke separuh akhir.

Syed Adney Syed Hussein terpaksa memberi laluan kepada Sharbinee Allawee Ramli dan Farizal Marlias di posisi penjaga gol.

Aidil Zafuan Radzak bakal memikul tugas sebagai ketua pasukan di Laos. Dia merupakan antara enam pemain daripada skuad Sukan SEA Korat 2007 yang gagal meraih pingat selain adik kembarnya, Zaquan Adha Radzak di samping Farizal, Amirulhadi Zainal, Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim.

Tuesday, December 1, 2009

Isu Kafa: 'Bersemuka terus lebih baik'


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang mengeluh soal kewangan bagi meloloskan peluangnya beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan perlu bersemuka terus dengan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Abd. Fatah Mahmood membayangkan pendekatan bersemuka mungkin sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan kemelut yang ditanggung Kafa.

Katanya, membuat kenyataan melalui media sebagaimana yang dilakukan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa bukan langkah yang terbaik.

Menurut beliau sehingga ke hari ini, beliau atas portfolio yang diterajuinya tidak tahu menahu mengenai surat jaminan kerajaan negeri yang diperlukan oleh KAFA.

''Saya tidak pernah menerima apa-apa surat berkaitan kecuali mendapat tahu melalui surat khabar. Mungkin Presiden Kafa menyerahkan kepada Menteri Besar dan belum diminitkan kepada saya, kita tengoklah macam mana nanti," katanya.

Semalam media melaporkan Annuar terpaksa menawarkan dirinya sendiri untuk menyelesaikan masalah jika gagal mendapat surat jaminan daripada kerajaan negeri yang dipohon awal bulan lepas.

Ia sebagai alternatif terakhir memenuhi syarat setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai peruntukan RM2.5 juta dalam kantung persatuan.

''Saya tidak mahu komen, Annuar mahu menjadi penjamin untuk menyelesaikan tuntutan FAM tetapi isunya, kita mendapat tahu masalah tersebut daripada surat khabar tanpa ada surat permohonan atau perbincangan. Tiba-tiba keluar di akhbar seolah-olah mendesak sedangkan kita tidak tahu hujung pangkal.

''Kita hanya baca melalui surat khabar, Kafa banyak hutang, jadi langkah sebaiknya datang dan bincang daripada hati ke hati dan cara anak-beranak sama ada berbincang dengan saya atau Tok Guru dan dengar apa komennya dahulu," katanya.

Fatah berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bertolak ansur dengan Kafa, misalnya baru-baru ini, pihaknya telah menangguhkan pertandingan bola sepak Piala Tok Guru kerana perlawanannya bertindih dengan jadual Liga Malaysia.

"Saya tidak masalah untuk berkompromi, selepas mendapat permohonan mengenainya, saya hantar surat dan terus menangguhkan Piala Tok Guru untuk memberi laluan kepada Piala Malaysia. Apa-apa pun mesti ada perbincangan terlebih dahulu," katanya.

Bangkok medan Kijang atur langkah 2010


BIARPUN: Liga Super 2010 belum bermula, skuad bola sepak Kelantan mengambil langkah awal dengan mengatur persiapan sebaik mungkin bagi meneruskan kecemerlangan musim lalu.

Skuad bimbingan B Sathianathan bakal berangkat ke Bangkok minggu depan bagi menjalani latihan serta perlawanan persahabatan dengan kelab di sana.

Musim ini, Kijang berbangga dengan kejayaan ke final Piala FA dan Piala Malaysia sebelum tunduk kepada Selangor dan Negeri Sembilan.

Pengurus skuad Kijang, Azman Ibrahim berkata, dengan barisan pemain musim baru ini, pihaknya berpuas hati dan yakin akan kembali lebih cemerlang musim depan. :

"Kami akan berada di Bangkok pada 8 hingga 18 Disember ini bagi menjalani latihan dan turut mengadakan perlawanan di kelab-kelab di sana. Ini bertujuan memberi pendedahan kepada pemain sebelum musim baru Liga Super bermula," katanya ketika dihubungi: Sinar Harian :semalam.

Mengenai muka-muka baru yang membarisi skuad Kelantan musim depan, Azman berkata, dia sangat berpuas hati dan berharap mereka mampu mengulangi kejayaan Kelantan apabila layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan FA walaupun pertama kali beraksi di Liga Super.

"Berdasarkan prestasi musim lalu, ada beberapa bahagian yang perlu dirombak dan saya yakin dengan gabungan pemain yang sedia bersama pemain baru, Kelantan mampu menjulang piala yang gagal dilaksanakan sebelum ini," katanya.

Azman berkata, pihaknya mengambil langkah awal mengadakan sesi latihan dan perlawanan persahabatan awal kerana dia yakin semua pasukan yang bakal beraksi musim depan turut membuat persiapan rapi.

"Bukan pasukan Kelantan sahaja yang teruja mengadakan persiapan awal kerana pasukan lain juga turut mempunyai misi tersendiri sebelum pembukaan perlawanan musim baru nanti," katanya.

Antara nama-nama besar yang turut dipanggil menyarung jersi Kelantan ialah Nurshahrul Idlan Talaha, Syed Adney Syed Hussein, S Subramaniam, S Chanturu, Azizi Mat Rose, Shakir Shaari dan Akmal Rizal Rakhli.

Cabaran awal skuad Rajagobal


BELUM berjuang tetapi skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara sudah menempuhi cabaran.

Mereka sepatutnya sudah boleh turun menjalani latihan di Vientiane, Laos petang semalam menjelang perlawanan sulung Sukan SEA 2009 menentang Timor Leste esok.

Namun, sebaliknya berlaku apabila barisan 20 pemain negara itu tetap menjalani latihan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam setelah penerbangan mereka ke Laos terpaksa ditangguhkan.

Terdahulu ketika sesi taklimat di balai berlepas pagi semalam, Azzuddin menyampaikan titah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang mahu pemain negara memberi tumpuan lebih seratus peratus bagi membawa pulang pingat emas daripada Sukan SEA 2009 Laos.

"Baginda telah menghubungi saya semalam (kelmarin) dan meminta pemain beraksi bermati-matian kerana baginda sendiri dan selu- ruh rakyat Malaysia sudah 20 tahun kempu- nan pingat emas.

"Titah baginda lagi, berilah fokus dan tumpuan pada setiap perlawanan kerana anda semua ini adalah harapan baginda, peminat dan juga negara," kata Azzuddin.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata, beliau tetap mahukan tiga mata pada perlawanan pembukaan dengan Timor Leste petang esok.

"Kita hormati Timor Leste tetapi kita tak boleh beri alasan. Apa pun, kita kena kutip tiga mata penuh. Semua pemain kena serius, jangan anggap sesatu perlawanan itu mudah," kata Rajagobal.

Penjaga gol negara, Sharbinee Allawee Ramli pula ketika ditemui semalam turut tidak menjangkakan dia akan terpilih mengisi dua slot penjaga gol bersama Farizal Marlias, sekali gus menyaksikan penjaga gol Sukan SEA 2007 Korat, Syed Adney Syed Hussein digugurkan.

"Memang tak jangka kerana saingan antara kami bertiga cukup kuat. Saya akan beri se- penuh tumpuan dan sentiasa bersedia untuk diturunkan jika apa-apa terjadi kepada Fari- zal," ujar Sharbinee yang beraksi cemerlang bersama Terengganu musim ini.

Skuad negara sudah berkumpul di Pangka- lan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang untuk berlepas pada pukul 10 pagi semalam tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian kerana penerbangan menaiki pesa- wat TUDM itu gagal menerima kebenaran dip- lomatik untuk mendarat di Laos.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kelulusan tersebut hanya diperoleh petang semalam dan memaksa mereka memilih untuk berlepas pada hari ini.

"Pihak Laos hanya memberi kelulusan itu pada pukul 4.30 petang tadi (semalam) dan kita tidak dapat berlepas pada waktu itu kerana lapangan terbang di sana tidak membenarkan pendaratan pada waktu malam.

"Jadi skuad negara hanya akan berlepas pada pukul 8 pagi esok (hari ini)," kata Azzuddin ketika dihubungi Kosmo! petang semalam

Monday, November 30, 2009

Aksi suku akhir bermula hari ini

CABARAN Puncak Piala Emas Raja-Raja kini sampai ke peringkat suku akhir.

Empat perlawanan berlangsung hari ini dengan tumpuan terarah kepada juara bertahan Kelantan menerima kunjungan Kedah di Kota Bharu.

Kelantan menamatkan cabaran peringkat kelayakan kumpulan D bagi Zon Timur dengan bergaya setelah muncul juara kumpulan.

Dengan tunggak serangan diketuai bekas pemain kebangsaan Azlan Ismail, Kelantan memulakan cabaran dengan kemenangan 2-1 keatas ATM, seri 1-1 bertemu Pahang seterusnya menang 2-1 keatas Terengganu.

Bagi pasukan Kedah yang muncul naib johan kumpulan C Zon Utara, matlamat merangkul Piala Emas Raja-Raja mahu dilaksanakan setelah menempuh musim suram dalam kancah Liga Super musim ini, malah kejayaan itu penting sebagai penawar kepada penyokong setia Hijau Kuning.

Pada peringkat kelayakan lalu, Kedah memulakan saingan dengan kemenangan 2-0 keatas Perak, seri 1-1 bertemu Perlis dan tewas 0-1 kepada Pulau Pinang untuk berkongsi empat mata dengan Pulau Pinang, namun kelebihan jaringan membawa Kedah ke suku akhir.

Satu lagi perlawanan yang dijangka sengit adalah pertemuan PDRM menentang Singapura di Padang Pulapol, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada pukul 4.30 petang ini.

PDRM yang muncul juara kumpulan A menamatkan aksi diperingkat kelayakan dengan satu kemenangan dan dua seri.

Pasukan Kuala Lumpur muncul naib juara yang turut disertai Selangor dan MASUM.

Singapura yang beraksi dalam kumpulan B Zon Selatan menamatkan cabaran mereka selaku naib juara di belakang Johor manakala Negeri Sembilan ditempat ketiga.

Peringkat suku akhir kedua dijadualkan pada 5 Disember depan diikuti separuh akhir, juga secara timbal balik pada 12 dan 19 Disember.

Perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Disember 2009.

Ribery dalam senarai Chelsea


LONDON - Franck Ribery kini sah menjadi buruan utama Chelsea pada musim perpindahan Januari depan.

Pemilik The Blues, Roman Abramovich dilaporkan telah mengarahkan ketua eksekutifnya, Ron Gourlay memancing bintang Perancis itu yang kini beraksi dengan Bayern Munich dalam Bundesliga.


Jutawan dari Rusia itu terdesak untuk membawa Ribery ke Stamford Bridge dengan harga £45 juta (RM251.4 juta) sekali gus menjadikannya sebagai pemain paling mahal dalam Liga Perdana England.

Ketika Bayern menegaskan bahawa mereka tiada masalah untuk menjual pemain yang memiliki kontrak sehingga 2011 itu, masa depan Ribery pula dilihat masih belum pasti di Munich.

Minggu ini dia terlepas aksi penting Liga Juara-Juara menentang Maccabi Haifa dan dikatakan kecewa dengan prestasi hambar Bayern dalam kempen Eropah.

Ribery telah lama menjadi buruan beberapa kelab handalan lain termasuk Real Madrid, Barcelona, Manchester United dan Liverpool, namun Abramovich sedia menawarkan gaji mencecah £200,000 (RM1.2 juta) seminggu untuk 'memujuk' Ribery ke Stamford Bridge.

The Blues enggan memenuhi permintaan Munich yang meletakkan harga £60 juta (RM335.2 juta) ke atasnya kerana menganggap ia amat keterlaluan bagi mendapatkan seorang pemain, sebaliknya menawarkan £35 juta (RM196 juta) dengan harapan dapat mencapai persetujuan di sekitar harga £45 juta (RM251.4 juta).

Adney digugurkan (Adakah sebab sain kontrak ngan Kelate)


SAMBUTAN hari jadi ke-23 buat penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein semalam bertukar suram apabila namanya tiada dalam senarai 20 pemain yang akan menggalas cabaran negara di Sukan SEA 2009 Laos.

Empat lagi pemain yang turut diketepikan ialah penyerang bermasalah, Razali Umar Kandasamy, Farderin Kadir, Ahmad Shakir Mohd. Ali dan Faizal Muhamad.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal mengumumkan senarai 20 pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan itu selepas tamat sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Rajagobal hanya membawa dua penjaga gol iaitu Farizal Marlias dan Sharbinee Allawee Ramli sekali gus menyebabkan nama Adney yang menjaga gawang negara pada Sukan SEA 2007 di Korat digugurkan.

"Saya kena beri peluang kepada Sharbinee setelah saya menilai prestasi ketiga-tiga penjaga gol ini dalam sesi latihan.

"Harap Adney menerimanya dengan profesional dan ambil peluang ini untuk memperbaiki prestasi bersama pasukan kelabnya (Kelantan)," kata Rajagobal ketika ditemui pemberita semalam.

Namun nada berbeza pula disuarakan Rajagobal berhubung situasi pengguguran Razali yang disifatkannya sebagai seorang pemain yang tidak berdisiplin.

"Saya beri cuti sehari untuk Hari Raya Aidiladha. Apabila semua pemain lapor diri semula pada pukul 7 malam hari Jumaat, hanya dia seorang tidak hadir.

"Saya telefon dia dan dia kata ada masalah pengangkutan. Keesokan harinya (Sabtu) dia masih tak datang dan saya terpaksa ambil tindakan menggugurkannya.

"Nasihat saya kepada pemain-pemain lain, jika saya dapati ada yang tidak berdisiplin ketika di Laos nanti, saya tidak teragak-agak menghantar mereka pulang," tegas Rajagobal.


Rajagobal turut mengakui terpaksa mengambil masa yang lama untuk memilih 20 pemain itu kerana daripada senarai 25 pelatih terakhir skuad B-23 negara, semua telah mempamerkan prestasi cemerlang.

"Selepas meneliti keperluan setiap posisi, inilah 20 pemain yang saya anggap terbaik ketika ini."

Skuad B-23 negara akan berlepas ke Vientiane, Laos dari Pangkalan TUDM Subang pagi ini dengan menaiki pesawat TUDM dan akan bertemu Timor Leste pada aksi sulung Kumpulan A pada Rabu ini.

Senarai pemain skuad bawah 23 tahun:

Mohd Farizal Marlias, Mohd Sharbinee Allawee, Sabre Mat Abu, Mahalli Jasuli, Mohd Asraruddin Omar, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Azmi Muslim, Mazlizam Mohamad, Muslim Ahmad, Safiq Rahim, Amar Rohidan, K Gurusamy, S Kunanlan, Amirulhadi Zainal, Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Abdul Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakri Saarani, Abdul Manaf Mamat.

Annuar ada tempoh ‘48 jam’ lag


MAMPUKAH Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang dinaungi Presidennya, Tan Sri Annuar Musa menyediakan surat jaminan bernilai RM2.5 juta untuk membolehkan pasukan itu bertanding pada Liga Super musim depan.

Dengan kedudukan kewangan tidak kukuh, selain berdepan denda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selain hutang tertunggak sejak 10 tahun lalu menyebabkan Annuar tidak lena tidur.

Sudah pastinya saat genting semakin hampir untuk memastikan pasukan The Red Warriors layak menyertai pertandingan Liga Super, sedangkan kerajaan negeri masih membisu.

Malah Annuar mengakui mempunyai tempoh masa selama ‘48 jam’ sejak semalam untuk membolehkannya mencari alternatif lain bagi mendapatkan surat jaminan bernilai RM2.5 juta seperti disyaratkan FAM.

Dengan berseloroh, Annuar yang tiada pilihan lain mendakwa terpaksa menggunakan dirinya sendiri termasuk syarikat kerjasamanya mengumpulkan dana untuk pasukan Kijang beraksi musim depan.

“Tinggal dua hari lagi, tapi kita belum dapat surat jaminan daripada kerajaan negeri. Saya terpaksa memikir dalam tempoh 48 jam, apa dia alternatif. Walau bagaimana sekalipun menjelang tarikh tutup, kita perlu memenuhi syarat.

“Kita tidak ada pilihan melainkan, mesti memenuhi syarat itu kalau nak beraksi pada Liga Super musim depan,” katanya pada sidang media di Kota Bharu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis persandingan pemain bola sepak Kelantan, Mohd Daudsu Jamaludin dan pasangannya, Nur Syahmina Rasudin, di Jalan Telipot, semalam.

Katanya, FAM mengenakan banyak syarat sebelum sesebuah pasukan dapat beraksi dalam Liga Super, tapi malang bagi pasukan Kelantan kerana mempunyai hutang lapuk sejak sepuluh tahun lalu.

“Untuk memastikan Kelantan bermain pada Liga Super musim depan mereka perlu menyediakan bajet minima RM2.5 juta atau kalau belum ada wang sebanyak itu, perlu ada surat jaminan daripada kerajaan negeri.

“Ini satu syarat yang berat bagi Kafa kerana kami sudah dua tahun bergerak sendiri. Tahun ini saya sudah mengemukakan permohanan sekali lagi dan kita sudah menghantar wakil mengadakan perundingan secara langsung dengan Setiausaha Agong FAM,” katanya.

Ancelotti cenderung rangkul kejuaraan Eropah


LONDON: Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mendedahkan dia lebih cenderung untuk merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah berbanding Liga Perdana (EPL).

Kejohanan elit di Eropah menjadi keutamaan bagi pengendali The Blues yang kelabnya mampu melebarkan jurang mata ke atas Manchester United sekiranya menewaskan Arsenal.

“Saya sentiasa utamakan Liga Juara-Juara,” kata Ancelotti .yang pernah membimbing AC Milan muncul juara dua kali pada tahun 2003 dan 2007, selain naib juara 2005.

“Kejohanan itu paling penting di dunia. Saya amat tahu kepentingan di England adalah menjuarai EPL.“Situasi berbeza di Itali, mereka mengutamakan kejuaraan Eropah.

“Apabila saya ke sini Roman Abramovic pun tidak katakan pada saya bimbing kelab menjuarai Liga Eropah.

“Dia mahu lihat pasukan dari awal hingga ke akhir musim ini menamatkan semua kejuaraan dengan kedudukan baik. Itu lebih penting padanya.

“Sasaran peribadi saya adalah yang terbaik untuk kelab. Saya mahu terus kekal di sini sehingga pemilik, Roman berasa gembira dengan hasil kerja saya. Membimbing Chelsea adalah tugasan pertama Ancelotti di luar negaranya yang pantas melakukan perubahan dengan rentetan kejayaan dalam EPL.

“Saya orang Itali tapi di sini mental pemain bagus, persekitaran menarik,” kata Ancelotti yang menganggap pasukannya tetap kuat biarpun pasukan itu tidak dapat melakukan pembelian pemain Januari nanti selepas didenda pengharaman melakukan jual beli pemain.

Pahang tunggu lampu hijau FAM (Napok Gayo pO Lepas gtu jah mugO pAhang kaLu kelate lain )

“SETAKAT ini, kami tidak menerima keputusan muktamad Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung status Pahang dalam saingan Liga M musim depan,” kata Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Ahmad Nazri Mat Nor.

Ahmad Nazri berkata, ini kerana pihaknya menerima maklumat, Pahang dikatakan layak beraksi dalam liga berprestij itu menerusi media cetak dan elektronik.

Sebab itu, menurutnya, PBNP menunggu pengesahan bertulis daripada FAM kerana rayuan yang perlu dikemukakan kepada badan induk itu berakhir hari ini.

“Dalam hal ini, keputusan sama ada Pahang dibenarkan beraksi musim depan hanya terjawab apabila FAM mengumumkannya esok (hari ini)

“Setakat hari ini (semalam), kami masih menunggu pengesahan bagi keputusan muktamad walaupun Pahang dikhabarkan boleh beraksi,” katanya semalam.

Namun, Ahmad Nazri percaya Pahang yang sudah menyelesaikan masalah termasuk tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mendapat kebenaran.

“Apa pun kami menunggu sebelum memutuskan barisan pemain serta jurulatih yang bakal bergandingan musim depan,” katanya.

Pada 25 Oktober lalu, PBNP menyerahkan dokumen pengesahan sejumlah RM555,307 tunggakan caruman KWSP dijelaskan PBNP bagi membolehkan skuad Pahang beraksi.

Selain itu, persatuan berkenaan turut menjelaskan bayaran caruman RM53,828 kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN) kira-kira RM6,000.

Sehubungan itu, PBNP berharap dengan menjelaskan tunggakan itu, skuad Pahang yang akan beraksi buat pertama kalinya dalam saingan Liga Perdana beraksi musim depan.

Chelsea garang


WOLVERHAMPTON: Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea kembali mendahului lima mata berbanding pencabar terdekat, Manchester United hasil kemenangan bergaya, 3-0 ke atas Arsenal di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Penyerang utama Chelsea, Didier Drogba memecah kebuntuan apabila menolak mudah bola hantaran lintang Ashley Cole pada minit ke-41 sebelum pertahanan Arsenal, Thomas Vermalen tertolak masuk ke gawang sendiri berpunca gerakan sama Cole, m-45.

Babak kedua menyaksikan tuan rumah cuba menggandakan asakan, namun Drogba yang menambah gol peribadi kedua hasil sepakan percuma cantik, m-86 untuk melengkapkan kemenangan The Blues.

Sementara itu, gol awal Lee Bowyer membantu Birmingham City menang, 1-0 ke atas skuad bergelut, Wolverhampton Wanderers di Molineux, semalam.

Gol kelima Bowyer musim ini meletakkannya selaku pendahulu penjaring terbanyak Birmingham dan melebarkan rentak tanpa kalah Birmingham kepada lima perlawanan, yang terbaik di bawah kendalian Alex McLeish sejak menggantikan Steve Bruce, dua tahun laluIa nyata cara terbaik menyambut ulang tahun kelahiran dan bakal menambah kebimbangan pengurus Wolves, Mick McCarthy mengenai kemungkinan pasukannya akan kembali jatuh ke Liga Kejuaraan.

“Kemenangan ini amat penting bagi kami. Ia perlawanan yang akan menentukan pencapaian musim ini dan untuk mencapai kemenangan hebat dan usaha kami lakukan, ternyata hebat,” kata McLeish.

Gol Bowyer turut membantu menewaskan Fulham, minggu lalu dan jika keyakinan Wolves dalam bilik persalinan makin menurun, apabila bekas pemain tengah Leeds itu melakukan sepakan lambung yang mengelirukan dari jarak 18 meter untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Marcus Hahnemann seawal minit kedua.

Wolves pula gagal menang selepas lapan perlawanan dan dilihat bergelut ekoran tindakan McCarthy menggugurkan tonggak dilanda kemerosotan prestasi, Greg Halford, m-30 untuk digantikan dengan pemain separa cergas, Michael Kightly.

Tindakan itu mengundang padah apabila pemain sayap terbabit terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan buku lali, m-60.

“Saya memilih pasukan difikirkan mampu menggalas cabaran dan membentuk pasukan mantap. Tapi, ia tidak berlaku,” kata McCarthy. - Agensi

Sunday, November 29, 2009

Berita Dari PadanG LatiHan

Training Hari nieh..
Ahad - 29 November 2009

Hampir kesemua pemain menghadirkan diri untuk latihan kecuali
Daudsu - Kawin
Adney & Idlan Talaha - Skuad Malaysia.

Sesi memanaskan badan
Latihan menimang/kontrol bola
Latihan hantaran pendek
Latihan Menggelecek - Penjaga gol turut terbabit

Latihan Perlawanan - Semua pemain dilibatkan - Jarak padang dipendekkan.
Pemain penyerang dan pertahanan diletakkan dalam pasukan berlainan.
Pemain dikehendaki melakukan hantaran kepada rakan sepasukan dimana mereka tidak boleh melakukan percubaan kecuali mendapat hantaran dari rakan2...
Gerakan melalui sayap juga dilakukan dimana Sathianathan menggunakan Indra, Chanturu dan Solah (Team A), Piya, Zamri dan Ropi (Team B) untuk melakukan hantaran lintang kepada rakan dalam kotak penalti..

Harga Tiket Naik Musim Depan.

Tiket perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Liga Super Kelantan di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Bharu dinaikkan kepada RM25 bagi tempat duduk astaka dan RM12 bagi tempat duduk terbuka.

Harga itu dinaikkan untuk saingan liga super, pusingan awal Piala FA dan Piala Malaysia. Bermula peringkat kalah mati kedua-dua kejohanan piala tersebut, KAFA akan menaikkan tiket kepada RM30 bagi astaka dan RM15 bagi tempat duduk terbuka.

Perkara ini disahkan sendiri Datuk Affendi Hamzah yang ditemui Reds-News sebentar tadi di dewan 1, Hotel Juita Premier dalam jamuan Hi-Tea KDN bersama KAFA.

Menurut Datuk Affendi dalam mesyuarat KAFA baru-baru ini, mereka bersetuju untuk menaikkan harga tiket perlawanan Kelantan di Kota Bharu atas beberapa sebab yang tidak dijelaskan.

Selain itu, beliau juga menjelaskan serba sedikit masalah tiket yang berlaku ketika perlawanan suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia tempoh hari dimana KAFA menyedari berlakunya penyelewengan dalam jualan tiket.

Kami menyedari tiket ini diseleweng tanpa pengetahuan kerana kebanyakan tiket tidak diambil melalui KAFA tetapi melalui ejen yang dilantik untuk mencetak tiket. Pihak ini berurusan terus dengan ejen tanpa diberitahu kepada KAFA menyebabkan kami tidak dapat mengetahui masalah sebenar, ujarnya.

Tetapi sebenarnya kami kini sedang berusaha keras mencari idea atau tonik terbaik untuk mengatasi masalah ini dari terus berleluasa.

Justeru itu, jika pihak Kelate.net mempunyai sebarang cadangan dan pendapat, pihak KAFA mengalukan-alukan perkara ini untuk diperhalusi seterusnya membantu KAFA mengatasi penyelewengan tiket.

KAFA juga menyedari masalah ulat tiket tetapi persatuan tidak boleh mengambil sebarang tindakan walaupun terdapat dalam undang-undang untuk mendakwa mereka yang mengambil kesempatan terhadap kefanatikan peminat Kelantan.

Selain harga tiket dinaikkan, KAFA juga sedang berbincang untuk menyediakan satu jenis perkhidmatan yang tidak dapat diberitahu buat masa sekarang dan ianya akan diumumkan pada masa yang sesuai sebelum saingan liga bermula, kata Datuk Affendi sebelum mengakhiri ucapan

The Professor kembali bimbing Jengking


JOHOR BAHARU - Nasir Yusof kembali diberi tanggungjawab menjadi jurulatih skuad bola sepak Johor selepas diarahkan bercuti oleh majikannya Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ).

Bekas pemain kebangsaan yang digelar sebagai The Professor itu dipilih semula, selepas perletakan jawatan Presiden PBNJ, Ahmad Mohammad bulan lepas bersama dua pegawai kanan persatuan itu, di samping tempoh masa untuk persatuan membuat persiapan menjelang sepak mula Liga Malaysia 2010 yang akan bermula lebih kurang dua bulan sahaja lagi.

Exco Sukan Johor, Jais Sarday yang diberikan tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan kemelut PBNJ memilih Nasir untuk mencongak cabaran pasukan Johor musim baru 2010.

"Nasir, nama pertama di dalam senarai saya untuk menjadi jurulatih pasukan Johor. Kami mempunyai kira-kira dua bulan sebelum musim baru (Liga Malaysia) membuka tirai dan kita memerlukan seorang jurulatih untuk memilih pemain dan membimbing pasukan," katanya.

Nasir yang membimbing pasukan Johor musim 2009 dalam saingan Liga Perdana membawa pasukan itu melakar kejayaan sehingga dinaikkan ke saingan Liga Super musim depan sebelum diarahkan oleh pihak pengurusan PBNJ bercuti, tiga hari sebelum sepak mula kempen Piala Malaysia musim ini.

Tidak ada sebarang alasan diberikan oleh PBNJ mengapa Nasir diarahkan bercuti namun ada dakwaan yang mengatakan terdapatnya sebilangan pegawai pasukan itu yang kurang senang dengan cara Nasir yang membawa orang luar untuk membantu persiapan pasukan itu.

"Perkara itu sudah berlalu, Nasir seorang jurulatih yang bagus dan saya percaya beliau boleh melakukan yang terbaik untuk pasukan. Saya telah bercakap sendiri dengan Nasir dan beliau sanggup memikul tanggungjawab itu kembali," katanya.

Jais berkata agenda seterusnya yang harus beliau selesaikan ialah membentuk semula barisan kepimpinan dan pengurusan PBNJ selepas Presidennya dan dua pegawai kanan persatuan yang meletakkan jawatan bulan lepas.

"Untuk mengisi jawatan Presiden dan jawatan lain yang dikosongkan sebelum ini, kita perlu memanggil mesyuarat luar biasa persatuan dan kita kini dalam proses untuk mengadakannya," katanya.

Menurutnya terdapat beberapa nama yang telah dicadangkan kepada beliau sebagai calon untuk mengisi jawatan presiden persatuan itu. - Bernama

PAFA masih berhutang

CEK berjumlah RM272,000 yang diserahkan Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak, Zainol Fadzi Paharudin kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad kelmarin sebenarnya hanya untuk tunggakan gaji lima pemain dan seorang jurulatih.

Demikian jelas salah seorang bekas pemain Perak, Hamsani Ahmad yang kini merupakan penjaga gol skuad Liga Super Selangor.

Menurut Hamsani, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sepatutnya tidak dibenarkan untuk beraksi dalam Liga Malaysia 2010 kerana mereka sebenarnya masih berhutang dengan beberapa pemain Perak yang lain untuk musim 2008 itu.

"Sebenarnya RM272,000 itu hanyalah untuk bayar tunggakan gaji kepada Steve Darby (bekas jurulatih Perak), Hardi Jaafar, S. Subramaniam serta tiga pemain import, Carlos Caceres, Mario Esteban dan Jorge Munoz.

"Ini kerana, mereka ini membuat aduan terus kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi bantuan Darby.

"Kami pemain-pemain yang lain turut juga menulis surat aduan tetapi hanya kepada FAM.

"Jadi saya berasa kecewa kerana jika PAFA dibenar beraksi untuk liga musim depan, sudah pasti sampai bila-bila PAFA tidak akan bayar tunggakan gaji kami itu," kata Hamsani kepada Kosmo! semalam.

Jelas Hamsani, baki kira-kira 20 pemain yang beraksi untuk Perak pada musim 2008 itu masih belum menerima tunggakan gaji mereka selama empat bulan.

FAM telah menetapkan syarat supaya segala hutang termasuk tunggakan gaji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu diselesaikan pasukan yang berkenaan sebelum 12 tengah hari Isnin ini.

Peluang kukuhkan cengkaman


LONDON - Chelsea memiliki peluang untuk mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Perdana England apabila turun menentang jiran setempat, Arsenal malam ini.

Barisan Carlo Ancelotti itu bakal membuka jurang kepada 11 mata andai menang pada aksi di Stadium Emirates itu.

Arsenal yang kini berada di tempat ketiga liga nampak tempang dengan beberapa pemain utamanya dihantui masalah kecederaan seperti Robin van Persie, Gael Clichy, Nicklas Bendtner, Kieran Gibbs dan Abou Diaby.

Chelsea pula bakal mendapat berita gembira dengan kehadiran semula Frank Lampard dan Michael Essien yang sudah pulih daripada kecederaan.

Namun Ancelotti tetap mahu berdiplomasi sambil berkata bahawa masih terlalu awal untuk menutup peluang pencabar-pencabar terdekat andai Chelsea berjaya menewaskan Arsenal malam ini.

"Apabila kamu berdepan pasukan kuat seperti Arsenal atau Manchester United, ia satu ujian penting. Arsenal salah sebuah pasukan terpenting di England dan juga Eropah. Mereka bermain dengan baik.

"Saya suka cara permainan mereka yang menyerang serta menyukarkan pasukan lawan. Ia bakal menjadi ujian terbaik buat kami. Saya jangkakan satu pertemuan menarik," kata Ancelotti.

Penyerang Chelsea, Nicolas Anelka yang menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Porto Rabu lalu berhasrat untuk menamatkan penantian yang agak lama untuk menjulang trofi Liga Perdana England buat kali kedua.

"Saya akan berasa gembira jika kami menang ke atas Arsenal. Mereka sebuah pasukan yang kuat tetapi Chelsea juga kuat. Saya pernah menjulang trofi bersama Arsenal dan saya yakin dapat mengulanginya bersama Chelsea pula," kata Anelka.

Sementara itu, Arsenal pula telah mengalami kekalahan pertama dalam tujuh perlawanan terakhir mereka setelah tewas kepada Sunderland minggu lalu.

Namun pengurusnya, Arsene Wenger jelas tidak mahu berbangga untuk bergelar pencabar utama kejuaraan sehinggalah mereka dapat menumbangkan pasukan utama seperti Chelsea.

"Sudah pasti perlawanan ini satu ujian besar. Tapi memang ini yang kami mahukan dan inilah masa untuk kami tunjukkan kekuatan sebenar.

"Arsenal bukan lagi boleh dianggap barisan muda. Saya rasa kami memiliki kekuatan dan kami mampu untuk menunjukannya pada perlawanan menentang Chelsea ini," kata Wenger. - AFP