Friday, August 27, 2010

Chelsea lawat Malaysia tahun depan


KUALA LUMPUR - Juara Liga Perdana England, Chelsea, telah memilih Malaysia sebagai pusat latihan pramusim dalam program Jelajah Asia 2011 pasukan itu, demikian diumumkan oleh Ketua Eksekutifnya, Ron Gourlay.

Pada taklimat media mengenai program Jelajah Asia 2011 di sini hari ini, katanya, kelab itu akan mengadakan latihan selama seminggu di Malaysia sebelum mengadakan satu perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur.

"Sebagai pusat latihan pra musim, pengurus pasukan Carlo Ancelotti akan memerlukan kemudahan kelas pertama dan kami tahu Malaysia akan menyediakannya," katanya.

Gourlay berkata, Chelsea yakin dengan minat yang ditunjukkan oleh Malaysia dan berharap untuk mendekatkan lagi dengan peminat pasukan itu di negara ini.

"Sejumlah besar penonton menyaksikan perlawanan kami semasa Jelajah Asia 2008 dan dengan perlawanan akan datang di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti 85,000 penonton, maka ada peluang untuk lebih ramai peminat akan datang untuk melihat aksi pasukan kami," katanya. - Bernama

Thursday, August 26, 2010

'Red Warriors tetap serius'



KELANTAN yang baru sahaja selesai menunaikan umrah akan diberi tugas pertama dalam memastikan kemantapan pasukan mengharungi Piala Malaysia menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Ahad ini.

Jurulatih skuad The Red Warriors, B Sathianathan, berkata walaupun ia hanya perlawanan persahabatan bertemu juara institusi pengajian tinggi itu, namun prestasi mereka akan diambil kira bagi memastikan kesebelasan utama nanti sehebat barisan Liga Super yang muncul naib juara

Ketika ini, semua pemain tiada dalam senarai tercedera, namun kita akan memastikan mereka berada dalam prestasi diperlukan semantap pasukan Liga Super lalu.

Latihan sudah bermula pada 19 Ogos lalu sebaik saja pasukan kembali dari umrah dan keadaan prestasi masih belum berada pada tahap memuaskan, namun ada masa untuk dipertingkatkan, katanya.

Sathia berkata, selain bertemu UiTM, The Red Warriors juga akan mengadakan dua perlawanan persahabatan lain menentang Felda United pada 3 September ini diikuti T Team, dua hari kemudian.

Pengendali itu menambah, Kelantan tetap akan menggunakan kudrat Indraputra Mahyuddin dibantu pemain utama lain memastikan cabaran mereka mantap dalam Piala Malaysia ini.

Skuad negara harungi dua perlawanan di Doha


SKUAD kebangsaan bimbingan K. Rajagobal akan terbang ke Doha, Qatar pada Sabtu ini untuk menghadapi dua aksi persahabatan menentang sebuah kelab Qatar dan skuad kebangsaan Oman.

Menurut Rajagobal, dia hanya akan membawa 22 pemain terbaik daripada senarai 26 pelatih skuad kebangsaan yang telah mula menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak 16 Ogos lalu.

“Kita akan berlepas pada Sabtu ini sebelum bertemu sebuah pasukan kelab Qatar pada 30 Ogos (Isnin). Ia sebagai persiapan sebelum kita bertemu skuad kebangsaan Oman pada 3 September (Jumaat).

“Tiada tekanan untuk kita memenangi kedua-dua perlawanan ini kerana bagi saya, peluang bertemu pasukan terbaik serta memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pemain adalah lebih penting,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Oman dianggap lawan yang cukup baik buat skuad negara memandangkan negara itu menduduki ranking ke-81 dunia berbanding Malaysia di kedudukan ke-139 dunia.

Ditanya pula tentang prestasi para pemain sepanjang 10 hari mereka menjalani latihan, Rajagobal berkata, dia sudah menekankan kepada pemain bahawa fokus utama mereka ketika ini adalah saingan Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada November depan.

“Sepanjang latihan, saya mahu lihat sejauh mana kesungguhan dan sikap mereka selain mahu memperkukuhkan tahap persefahaman di kalangan para pemain.

“Setelah gagal mengadakan perlawanan persahabatan di Singapura, kita sempat mengadakan satu aksi persahabatan menentang KL Plus di Wisma FAM semalam (kelmarin) dan menang 3-1,” ujar Rajagobal.

Selepas kem latihan skuad kebangsaan berakhir pada 7 September depan, para pemain akan kembali ke pasukan masing-masing untuk menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 14 September depan.

Puas Hati Kecergasan Pemain – Sathia


KOTA BHARU – Lulus ujian dengan jayanya. Begitu komen Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan apabila ditanya mengenai tahap kecergasan pemain Kelantan sepanjang hampir tiga minggu tanpa latihan sejurus saingan Liga Super berakhir awal bulan ini.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan tahap kecergasan para pemain Kelantan walaupun hampir tiga minggu tanpa latihan dan pemantauan daripada saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Nampak gayanya semua pemain melakukan ‘kerja rumah’ yang saya berikan dengan baik. Sudah pasti saya gembira kerana mereka tidak duduk diam walaupun berehat panjang tanpa latihan.

“Dalam mengharungi bulan puasa ini, sudah pasti mereka perlu mengekalkan tahap kecergasan kerana saingan kempen Piala Malaysia sebenarnya tidak lama lagi akan bermula.

Sebaik saingan liga berakhir pada 3 Ogos lalu, hampir sebahagian besar pemain Kelantan musim ini berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah sebelum kembali ke tanah air pada 18 Ogos lalu.

Sathianathan berkata, tahap kecergasan bukan sekadar boleh dikekalkan kepada latihan sahaja malahan para pemain perlu didedahkan dengan perlawanan-perlawanan persahabatan.

“Sebab itu saya mengaturkan tiga siri perlawanan persahabatan kepada pemain Kelantan dalam seminggu bermula minggu depan. Jadi, para pemain harus mengambil peluang mengekalkan tahap kecergasan pada perlawanan itu.

Menurut Sathianathan, tidak ada gunanya bagi beliau menjalani latihan harian pada sebelah petang sebelum waktu berbuka puasa kerana para pemain sudah semestinya tidak mempunyai tenaga yang mencukupi menjalani latihan itu.

“Tak masuk akal bagi saya untuk mengarahkan para pemain menjalani latihan pada sebelah petang sepanjang bulan puasa ini. Saya lebih pentingkan kecergasan dan stamina para pemain.

“Sebab itu saya lebih suka memilih latihan pada waktu malam, kita bermula pun sekitar jam 10 atau 11 malam. Para pemain tentunya sudah mendapat tenaga yang cukup dan ‘mood’ pemain juga sudah pasti dalam keadaan ceria menjalani latihan,” katanya.

Skuad Kelantan sudah pun turun menjalani latihan insentif setiap malam bermula 20 Ogos lalu sebaik sahaja para pemain kembali ke tanah air sejurus melakukan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

Wednesday, August 25, 2010

Pelantikan dipersenda


BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Ali berpendapat kabinet baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mantap dicacatkan dengan pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita.

Beliau yang mengikuti perkembangan semasa badan induk bola sepak tanah air sejak kongres pemilihan hujung bulan lalu berkata, berdasarkan pengalaman dan kepakaran pengurusan dimiliki Annuar, beliau sepatutnya diberikan portfolio lebih mencabar.


“Sebaik membaca berita pelantikan pengerusi jawatankuasa tetap FAM hari ini (semalam) saya dan rakan lain ketawa apabila Annuar diberi tugas mengendalikan bola sepak wanita. “Jawatankuasa itu sepatutnya boleh fikir siapa Annuar, kita mahu memajukan bola sepak kenapa perkara sebegini masih lagi berlaku. Sama macam kita mahu memilih pemain kesebelasan utama dalam pasukan, kalau salah letak posisi pemain pasti pasukan itu hancur.


“Pada mulanya saya meletakkan harapan besar kepada pimpinan baru FAM dengan kehadiran semula Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Datuk Hamidin Mohd Amin tapi bila Annuar diberikan tugas jaga bola sepak wanita terus saya anggap barisan jawatankuasa itu cacat,” katanya.


Annuar, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KFA) diletakkan harapan tinggi untuk bersama-sama mencorak hala tuju bola sepak tanah air apabila memenangi kerusi Timbalan Presiden bersama Tengku Abdullah bagi penggal 2010-2014.


Dengan pengalamannya mengendalikan pasukan peringkat negeri, ramai pihak sebelum ini yakin bekas Menteri Belia dan Sukan itu boleh memainkan watak penting dalam FAM namun segalanya tampak sukar buatnya apabila hanya diberi tugas Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita dan satu jawatan bertaraf ‘ad-hoc’, jawatankuasa MSL.


Mungkin FAM yakin kebijaksanaan Annuar boleh menghidupkan semula pasukan bola sepak wanita yang dibubar selepas persembahan buruk di Sukan Sea Laos tahun lalu serta kebolehannya mampu memikat penaja menjenguk liga tempatan.


“Annuar memang tidak mempunyai pengalaman sebagai pemain bola sepak tapi beliau memahami masalah di peringkat bawah, baik pemain mahupun persatuan. “Kita boleh lihat idea baru yang beliau terapkan dalam pasukan Kelantan. Kalau setakat jaga bola sepak wanita apa yang beliau mahu buat. Kalau tanya saya secara peribadi memang saya tidak puas hati dan FAM sepatutnya mengambil tindakan semula,” kata Khalid lagi.

Tuesday, August 24, 2010

Terengganu sasar juara musim in

KUALA TERENGGANU - Terengganu berusaha menebus kegagalan ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu, dengan mengatur strategi bagi mencerahkan harapan ke pentas final.

Pengurusnya, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusoff berkata, berada di kedudukan ketiga Liga Super baru-baru ini meletakkan keupayaan skuad penyu pada tahap seimbang.

''Musim sebelum ini, kita tersangkut di peringkat separuh akhir Piala Malaysia, jadi kita hendak memastikan kita tidak mengulanginya pada musim ini.

''Kita akan melaksanakan pendekatan untuk mengatasi lawan peringkat demi peringkat, bermula dengan peringkat kumpulan sehingga mencapai kejuaraan dalam Piala Malaysia," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi memastikan kejayaan tersebut, barisan pemainnya tetap mengadakan latihan seperti biasa, walaupun ketika ini umat Islam mengerjakan ibadat berpuasa.

''Jadual latihan telah ditetapkan oleh jurulatih, Irfan Bakti namun kita tetap adakan latihan pada waktu siang.

Beliau menambah, pasukan Terengganu juga akan mengadakan beberapa sesi perlawanan persahabatan dengan T-Team, dalam usaha menajamkan permainan mereka dalam Piala Malaysia nanti.

''Terengganu kini berada di kedudukan baik, selepas mencapai tempat ketiga dalam Liga Super baru-baru dan perlawanan persahabatan berkenaan akan membantu mereka terus berada dalam prestasi berkenaan," ujarnya.

Katanya, perlawanan itu dijangka diadakan bermula pukul 10 malam iaitu selepas selesai solat terawih.

''Kita adakan latihan seperti biasa bagi memastikan tahap kecerdasan dan kemahiran pemain tidak menurun sepanjang bulan berpuasa," katanya.

Monday, August 23, 2010

Kelantan, Negeri Sembilan Berdepan Laluan Sukar.



Saingan Piala Malaysia 2010 akan bermula tidak kurang sebulan sahaja lagi dengan kesemua pasukan bertanding sudah melakukan persiapan terakhir untuk menyertai kejohanan terbesar tersebut.
Berdasarkan undian yang dilakukan, dua finalis 2009, Kelantan serta Negeri Sembilan terpaksa berentap awal dalam kumpulan A bersama-sama dengan KL Plus dan PKNS Fc bagi merebut dua tempat ke peringkat suku akhir.

Jika melepasi peringkat kumpulan A, dua pasukan ini dijadualkan melawan pesaing dari kumpulan D yang dianggotai Selangor, Felda United, T-Team dan Perlis.
Selaku antara pasukan pilihan, tugas getir dihadapi Sang Kijang dan Negeri Sembilan kerana andaikata melepasi peringkat kumpulan mereka akan menghadapi laluan sukar pada saingan kalah mati.
Selangor dalam kumpulan D dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan satu slot ke peringkat seterusnya manakala satu tempat lagi mungkin menjadi rebutan juara baru Liga Perdana, Felda United dengan dua pasukan pertengahan Liga Super, T-Team dan Perlis.
Selangor pasti tekad untuk merampas Piala Malaysia selepas mengungguli Liga Super. Justeru itu, pertembungan sama ada melawan Kelantan atau Negeri Sembilan pada suku akhir amat dinanti-nantikan.
Malah dikhabarkan dengan nada angkuh penolong pengurus Selangor, P. Maniam, pasukan mereka tidak gentar dengan ancaman Kelantan dan Negeri Sembilan pada saingan suku akhir nanti.
Walaupun begitu, saingan masih lagi jauh dimana peringkat kumpulan belum dimulakan. Setiap pasukan bebas untuk berbicara namun mereka perlu sedar, dalam bola sepak ia sebenarnya tidak melambangkan apa-apa seandainya 22 pemain belum turun berentap merebut penghormatan selaku pemenang mutlak.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

'Bukan PlayStation'




12 gol dalam 2 perlawanan tapi Ancelotti tak yakin atasi 103 gol musim lalu

LONDON: Carlo Ancelotti melihat barisan bintangnya menggegar 12 kali dalam hanya dua perlawanan untuk mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini tetapi dia yakin Chelsea pasti sukar menyamai jaringan 103 gol yang dilakukan seperti musim lalu.

Jurulatih berbangsa Itali itu menegaskan, jaringan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan seperti bermain PlayStation, walaupun The Blues membolosi gawang Wigan 6-0 kelmarin, mengulangi jumlah ledakan ketika menewaskan West Brom minggu lalu.
12 gol dalam 2 perlawanan tapi Ancelotti tak yakin atasi 103 gol musim lalu

LONDON: Carlo Ancelotti melihat barisan bintangnya menggegar 12 kali dalam hanya dua perlawanan untuk mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini tetapi dia yakin Chelsea pasti sukar menyamai jaringan 103 gol yang dilakukan seperti musim lalu.

Jurulatih berbangsa Itali itu menegaskan, jaringan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan seperti bermain PlayStation, walaupun The Blues membolosi gawang Wigan 6-0 kelmarin, mengulangi jumlah ledakan ketika menewaskan West Brom minggu lalu.
Saya fikir kami cuba bermain bola sepak yang sama seperti aksi musim lalu. Yang pasti, kami mahu menang sambil bermain baik dan kami berjaya melaksanakannya.

12 gol dalam 2 perlawanan tapi Ancelotti tak yakin atasi 103 gol musim lalu

LONDON: Carlo Ancelotti melihat barisan bintangnya menggegar 12 kali dalam hanya dua perlawanan untuk mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini tetapi dia yakin Chelsea pasti sukar menyamai jaringan 103 gol yang dilakukan seperti musim lalu.

Jurulatih berbangsa Itali itu menegaskan, jaringan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan seperti bermain PlayStation, walaupun The Blues membolosi gawang Wigan 6-0 kelmarin, mengulangi jumlah ledakan ketika menewaskan West Brom minggu lalu.
Saya fikir kami cuba bermain bola sepak yang sama seperti aksi musim lalu. Yang pasti, kami mahu menang sambil bermain baik dan kami berjaya melaksanakannya.
Kami bermain dua perlawanan yang bagus setakat ini dan menjaringkan banyak gol, jadi kami mahu fokus bermain dengan cantik.

Tetapi mustahil untuk menganggap kami akan sentiasa dapat menjaringkan enam gol. Itu bukan bola sepak, itu PlayStation. Ia tidak pernah berlaku pada saya tetapi kami harus kekal fokus bagi perlawanan berikutnya, cuba untuk menang dan terus mempamer permainan memukau, katanya.

Nicolas Anelka dan Salomon Kalou menjaringkan dua gol selepas Florent Malouda memecah kebuntuan pada babak pertama manakala belian terbaru, Yossi Benayoun, melengkapkan malam derita buat Wigan.

Ancelotti menegaskan The Blues mungkin merasakan bukan suatu yang mudah untuk menjaringkan 103 gol dalam EPL seperti yang mereka kecapi musim lalu tetapi berdasarkan apa yang dilihatnya setakat ini, dia mengakui gembira dengan jumlah jaringan itu sekalipun berdepan babak sukar di separuh masa pertama ketika bertemu Wigan.
Wigan cuba bangkit dan pada separuh masa kedua penyerang kami mendapat lebih banyak ruang dan melakukan serangan balas. Ia perlawanan sukar. Mungkin mereka guna banyak tenaga pada babak pertama dan pada separuh masa kedua memudahkan kami, katanya.

Wan Jamak puas hati prestasi Ragesh

JUARA bertahan, Negeri Sembilan berhasrat mendapatkan satu atau dua pemain penyerang bagi memantapkan lagi barisan depan skuad itu menjelang sepak mula Piala Malaysia, 14 September depan, menguji kapten pasukan Johor, S Ragesh pada perlawanan persahabatan menentang Felda United, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Jumaat lalu.
Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan bagaimanapun belum membuat keputusan muktamad sama ada menyerapkan pemain itu atau tidak.


Beliau bagaimanapun berpuas hati komitmen ditunjukkan pemain terbabit sekalipun gagal menjaringkan gol pada perlawanan berkesudahan seri 3-3.


“Ragesh diletakkan sebagai penyerang dan berjaya memberikan persembahan baik pada perlawanan itu tapi keputusan sama ada diserapkan dalam pasukan belum diputuskan lagi kerana ia ditentukan pihak pengurusan.


“Bagaimanapun saya puas hati dengan persembahannya terutama dari segi hantaran bola dan kerjasama sepasukan tapi dia perlu menunjukkan persembahan lebih baik pada perlawanan persahabatan bertemu Angkatan Tentera Malaysia, malam ini,” katanya.


Negeri Sembilan diletakkan dalam Kumpulan A bersama Kelantan, KL Plus dan PKNS dan sepanjang Liga Super lalu, skuad Hobin Jang Hobin menyandarkan harapan kepada Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan Norizam Salaman mengemudi barisan depan.


Wan Jamak mencuba beberapa strategi menilai keberkesanan pemain tapi mengaku terdapat beberapa kelemahan perlu diberi perhatian. bagi memastikan persembahan lebih mantap dipamerkan.


Dia mahu memberi peluang kepada pemain menunjukkan komitmen sebelum menyenaraikan kesebelasan utama menjelang pertemuan dengan Kelantan di Kota Bharu, 14 September ini.


Menurut Wan Jamak, ketiadaan tiga pemain utama Mohd Aidil Zafuan, Zaquan dan S Kunalan yang bersama skuad kebangsaan, menyukarkannya mengatur strategi.


“Saya bimbang keserasian antara mereka kerana tiga pemain itu hanya dapat berlatih bersama beberapa hari sebelum Aidil Fitri,” katanya.

Iran lancar pesawat bom tanpa juruterbang


TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam merasmikan pesawat pengebom tanpa juruterbang pertama negara itu yang digelar Duta Maut.

Menurut satu laporan sebuah stesen televisyen di negara itu, pesawat yang berukuran empat meter panjang itu mampu mengangkut empat buah peluru berpandu dan mempunyai jarak penerbangan sejauh 1,000 kilometer.

Namun jarak itu masih tidak mencukupi untuk tiba di negara musuh ketat Iran iaitu Israel.

"Pesawat itu juga merupakan Duta Maut untuk musuh-musuh kemanusiaan, membawa satu pesanan keamanan dan persahabatan," kata Mahmoud pada majlis perasmian Industri Pertahanan Iran yang juga hari kemerdekaan negara itu.

"Matlamat pesawat yang diberi nama Karrar itu adalah untuk memastikan musuh pertahanan dilumpuhkan," kata Mahmoud.

Menurutnya, pesawat itu dibina untuk pencegahan dan tujuan pertahanan Iran.

Presiden Iran itu turut memperjuangkan program ketenteraan dan menyatakan ia akan diteruskan sehingga musuh hilang harapan untuk menyerang Iran. - AP