Wednesday, November 18, 2009

Skuad negara tempang



SKUAD bola sepak negara turun tanpa khidmat tiga tonggak apabila turun menen- tang Uzbekistan pada aksi kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang ini.

Pemain pertahanan, Aidil Zafuan Radzak mengalami kecederaan paha ketika mereka tewas 1-3 kepada Uzbekistan di Tashkent, Sabtu lalu manakala kembarnya, Zaquan Adha dan Nasriq Baharom bakal menjalani penggantungan satu perlawanan.

Nasriq menerima kad merah ketika pertemuan Sabtu lalu manakala Zaquan menerima kad kuning kedua aksi pertama di Taskhkent itu.

Zaquan menerima kad kuning pertama ketika Malaysia tewas 0-5 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 21 Januari lalu.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal bagaimanapun tetap yakin pasukannya tidak akan terjejas dengan ketiadaan tiga pemain tersebut malah memandang positif perte- muan menentang pasukan yang menduduki ranking ke-80 dunia itu.

"Tentang kecederaan Aidil, kita akan lihat bagaimana keadaannya pada sesi lati- han petang ini (semalam). Jika dia tidak boleh beraksi, kemungkinan besar saya akan meletakkan Muslim Ahmad untuk ber- gandingan dengan Norhafiz Zamani Misbah pada posisi pertahanan tengah.

"Saya rasa inilah masa terbaik buat Muslim mendapat pendedahan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Ketiadaan Nasriq memaksa Sabre Mat Abu yang beraksi di posisi pertahanan kiri Sabtu lalu kembali ke posisi asalnya di sebelah kanan manakala Azmi Muslim mengisi semula posisi di sebelah kiri itu.

Tempat Zaquan yang menjaringkan gol tunggal skuad kebangsaan pada aksi Sabtu lalu pula bakal diisi sama ada Norshahrul Idlan Talaha atau pun Razali Umar Kanda- samy sambil dibantu oleh kapten Selangor, Amri Yahyah untuk menggegar gawang Uzbekistan.

"Uzbekistan sebuah pasukan yang hebat. Tetapi kita kena pandang secara posi- tif. Kita akan main dengan cara kita dan menggunakan kelebihan cuaca di negara kita setelah beraksi dalam cuaca sejuk (7 darjah Celsius) ketika di Tashkent, Sabtu lalu.

"Kita akan menggunakan peluang ini untuk mencari pengalaman dan saya mahu semua pemain beraksi bersungguh-sungguh dan cuba untuk mencipta peluang bagi mendapatkan keputusan yang baik," jelas Rajagobal.

Malaysia perlu sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri untuk kekal dalam per- saingan, sekali gus layak ke pusingan akhir Piala Asia 2011 di Qatar.

Seandainya tewas, Uzbekistan akan diiringi oleh UAE sebagai dua pasukan teratas dari Kumpulan C.

Sementara itu, pengurus pasukan Uzbekis- tan, Vadim Abramov pada sidang media se- malam memberitahu, penjaring dua gol mereka Sabtu lalu, Alexander Geynrikh tidak dapat turun beraksi petang ini akibat masalah kesihatan.

No comments:

Post a Comment