DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.... BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT .... Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Monday, November 16, 2009
Selamat DatanG.
"alhamdulillah dah selesai tandatangan kontrak bersama pasukan kelantan..harap penyokong red warriors akan dapat memberi sokongan pada saya.."
-Facebook Akmal
Bekas peledak utama skuad kebangsaan Malaysia, Akmal Rizal Ahmad Rakhli,27 tahun sah menjadi milik pasukan Kelantan untuk Liga Malaysia musim 2010 menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau di laman Facebook miliknya sebentar tadi. Akmal, pernah menjadi penyerang sensasi Malaysia suatu ketika dulu juga pernah berkelana di bumi Perancis untuk menyarung jersi kelab divisyen2 Perancis, Racing Strasbourg dan FC Heguenau. Diberitakan, Akmal menjadi penjaring terbanyak untuk kelab tersebut sebelum kelab diturunkan divisyen (relegated). Mengikut format liga di sana ketika itu, penurunan kelab ke divisyen bawah menyebabkan kelab tidak boleh memiliki pemain asing lantas jodoh Akmal di Strasbourg terpaksa dileraikan.
Sentuhan pemusnah yang dimiliki menjadikan beliau watak penting ketika membantu Malaysia menggondol pingat perak sukan sea 2001 dibawah bimbingan Allan Harris yang ketika pernah dilabel sebagai barisan terkuat alaf baru yang pernah Malaysia miliki. Akmal juga pernah mendapat perhatian kelab Divisyen 1, FC Sedan yang berhasrat mendapatkan tandatangannya. Namun, kecederaan lutut memaksa Akmal kembali ke tanah air walaupun di sanubari beliau, terdetik hasrat untuk melangkah jauh meneroka bolasepak eropah.
Sekembalinya dari Eropah, Akmal menyertai negeri kelahirannya Kedah, kemudian berhijrah ke Selangor dan pada tahun 2009, beliau menurunkan tandatangan untuk menyarung jersi pasukan Kuala Muda NAZA.
Kini, Akmal bakal menyertai kelompok elit The Red Warriors. Diharapkan penyertaan akmal ke pasukan Kelantan dapat menjelmakan kembali sentuhan pemusnah yang pernah dimiliki beliau satu ketika dulu sekaligus menyumbang kejayaan besar kepada barisan Red Warriors untuk musim 2010 nanti. Diharapkan juga, Kelantan dapat menjadi platform terbaik buat Akmal dalam misinya untuk kembali menyarung jersi keramat kuning hitam Harimau Malaya.
Sudah lama aku x tgk akmal pakai jersi kuning nombor 14 tu..
SELAMAT DATANG & SELAMAT MAJU JAYA !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment