Monday, November 16, 2009

Akmal Rizal Sertai Red Warriors.??



Redskelate@yahoo.com.my

Bekas penyerang Kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang mewakili KM Naza akan menyertai Kelantan untuk tahun 2010 menurut maklumat sahih yang didapati dari laman web sosial, facebook.

Akmal Rizal yang dilahirkan pada 12 Disember 1981 di Jitra, Kedah merupakan pemain penyerang yang pernah berguru di luar negara apabila menyertai skuad RC Strasbourg sebelum dipinjamkan kepada kelab naungan FCSR Haguenue selama semusim. Setelah tamat tempoh pinjaman, Akmal Rizal tidak menerima kontrak baru sebelum pulang ke Malaysia untuk mewakili Kedah selama 4 tahun.

Ketika bersama Kedah, ia merupakan kemuncak kepada karier Akmal Rizal sebelum dilanda kecederaan panjang mengakibatkannya disisihkan dari skuad Kedah. Tahun 2008, Merah Kuning menggunakan khidmatnya dan jarang sekali diturunkan dalam skuad utama sebelum sekali lagi disisihkan. Tahun 2009, Akmal pulang ke Kedah untuk mewakili KM Naza dan berjaya membantu skuad utara itu mengekalkan kedudukan di Liga Super selain melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia sebelum ditewaskan Negeri Sembilan.

Akmal mempunyai banyak pengalaman antarabangsa selain pernah mencipta kejayaan bersama skuad Kebangsaan dalam pelbagai kejohanan di luar negara. Antara pencapaian terbaik Akmal ialah membantu Malaysia mendapat pingat gangsa dalam sukan Sea 2003.

Pengalaman yang ditimba Akmal ketika mewakili Negara, kelab Jerman dan beberapa pasukan terbaik dalam negara mampu membantu Kelantan untuk mencari sesuatu musim hadapan.

Pemain ini mempunyai kelajuan dan taktik tersendiri selain mampu menjadi penjaring gol ketika terdesak. Cuma satu kelemahan Akmal Rizal, pemain ini sentiasa dilanda kecederaan tetapi prestasinya ketika bersama KM Naza menyebabkan Kelantan tertarik untuk mengambilnya.

Menurut cakap-cakap di laman Forum HijauKuning.com, kebanyakan ahli mereka meminta Kedah FA membawa pulang Akmal Rizal tetapi jika dilihat kepada maklumat terbaru ini, sudah pasti peminat dari bekas pasukan juara double treble itu kecewa setelah dikhabarkan pemain ini telah pun menandatangani kontrak dengan pasukan Kelantan Red warriors untuk tahun 2010.

No comments:

Post a Comment