Sunday, January 17, 2010

Chelsea berpesta gol, Man. United ekori rapat

Chelsea berpesta gol dalam persaingan bola sepak Liga Perdana England dengan membelasah Sunderland 7-2 di Stamford Bridge, kelmarin manakala Manchester United mencatat kemenangan selesa menewaskan Burnley 3-0 di Old Trafford untuk terus mengekori peneraju liga itu.

Chelsea menerajui liga dengan memungut 48 mata, melebihi satu daripada United yang bermain lebih satu perlawanan.

Arsenal yang mengunjungi Bolton Wanderers, hari ini, di tempat ketiga dengan 42 mata manakala Tottenham Hotspur keempat dengan 38 mata selepas seri tanpa jaringan di tempat sendiri dengan Hull City.

Chelsea memanfaatkan kesempatan Sunderland yang dibelenggu kecederaan pemainnya dengan mendahului 4-0 menerusi gol Nicolas Anelka, Florent Malouda, Ashley Cole dan Frank Lampard.

Michael Ballack turut menjaringkan gol di samping masing-masing satu daripada Anelka dan Lampard melengkapkan pesta jaringan itu.

Manchester United menebus kekalahan kepada Burnley di Turf Moor, Ogos lalu menerusi gol babak kedua daripada Dimitar Berbatov, Wayne Rooney dan Mame Biram Diouf

No comments:

Post a Comment