Sunday, January 17, 2010

Selangor kekal terajui Liga Super


SELANGOR kekal selaku peneraju Liga Super selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas KL Plus di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi

KL Plus yang turun beraksi selaku tuan rumah ternyata tidak memberi laluan mudah buat Selangor apabila berjaya 'mengikat' skuad Gergasi Merah itu sehingga tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, Selangor dilihat lebih banyak menguasai permainan sehingga berjaya memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan tonggak tengah Selangor, Hardi Jaafar pada minit ke-67.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Mohammad Khairul muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan untuk membantu Johor FC menewaskan Kedah 1-0.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, tuan rumah, Te- rengganu mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Pulau Pinang.

Gol pembukaan Terengganu hadir menerusi Mohd. Firdaus Faudzi pada minit ke-59 sebelum Mohd. Ashaari Shamsuddin menambah gol kedua tiga minit kemu- dian.

Joseph Kalang Tie dan Abdul Manaf Mamat masing-masing meledak satu gol minit ke-82 dan 90.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang meraih mata penuh selepas menang 2-1 ke atas T-Team.

Di Stadium Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunos, Johor Bahru, Johor gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas 0-2 kepada Perak.

Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Kelantan meraih satu mata berharga selepas mengikat Perlis dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan sekadar seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment