Monday, April 12, 2010

United terencat


LONDON – Manchester United terus dihimpit malang. Impian kelab itu untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England semakin pudar setelah mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Blackburn malam tadi.

Skuad kendalian Sir Alex Ferguson itu sepatutnya boleh memintas Chelsea di tangga teratas liga jika berjaya mencatat kemenangan pada aksi di Ewood Park itu.

Namun tanpa kelibat Wayne Rooney yang cedera, United nampak begitu sukar untuk memecah kekebalan benteng pertahanan Blackburn.

Dengan keputusan itu, United kekal di tangga kedua dan ketinggalan satu mata berbanding Chelsea.

Jurang tersebut mampu dijarakkan kepada empat mata jika The Blues berjaya menewaskan Bolton di laman sendiri awal pagi Rabu ini.

Setelah disingkirkan Bayern Munich pada suku akhir Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu, keputusan seri itu menjadi satu lagi detik malang United.

Deretan peluang keemasan dipersia-siakan begitu sahaja oleh Antonio Valencia dan Dimitar Berbatov. – AFP

No comments:

Post a Comment