Monday, April 12, 2010

'Kami mampu catat sejarah'


MADRID - Lionel Messi berpendapat Barcelona mampu mencatat satu lagi sejarah setelah mereka berjaya menewaskan Real Madrid 2-0 pada pertembungan 'El Clasico' di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Musim lalu, Barcelona mencipta rekod apabila muncul kelab Se- panyol pertama yang berjaya memenangi Liga Sepanyol, Piala Raja-Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara.

Musim ini pula, mereka masih mampu mencipta satu lagi sejarah setelah berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara dan kini mendahului Real dengan kele- bihan tiga mata untuk berada di tangga teratas Liga Sepanyol.

"Kami masih belum lagi juara dan masih terdapat baki perlawa- nan yang sukar untuk diharungi. Tetapi kemenangan ini penting untuk kami terus mencipta sejarah.

"Pasukan ini telah menampilkan kehebatan untuk berdepan se- siapa sahaja lawan kami. Bagaimanapun, kami perlu membukti- kannya di atas padang dan kami berjaya melakukannya pada perlawanan ini," kata Messi.

Messi meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-32 untuk jaringan ke-40 peribadinya musim ini sebelum Pedro Rodriguez menambah gol kedua pelawat minit ke-55.

Ia merupakan kemenangan keempat berturut-turut Barcelona pada pertembungan 'El Clasico' dan Messi enggan menganggap ia merupakan pertembungan peribadi antara dirinya dan Cristiano Ronaldo.

"Ia bukan perhitungan antara saya dan Ronaldo. Ia hanyalah pertembungan yang jelas menyaksikan Barcelona lebih hebat dari- pada Real. Kami kini kembali ke takhta liga dan memiliki semula kelebihan," jelas Messi.

Sementara itu, jurulatih Real, Manuel Pellegrini enggan memberikan komen ketika ditanya mengenai masa depannya bersama kelab tersebut.

"Ia sesuatu yang mengecewakan. Memang mereka (Barcelona) menang perlawanan ini tetapi mereka belum bergelar juara lagi," kata Pellegrini. - AFP

No comments:

Post a Comment