Wednesday, April 7, 2010

Newcastle kembali


LONDON: Newcastle sah dinaikkan pangkat kembali ke Liga Perdana Inggeris semalam selepas Nottingham Forest seri 0-0 dengan Cardiff sekali gus membolehkan Magpies mencengkam dua kedudukan teratas Liga Kejohanan.

Pasukan bimbingan Chris Hughton (gambar) itu sedar mereka mampu naik ke atas sekiranya pasukan tangga ketiga, Forest gagal menewaskan Cardiff dan pesta keraian bermula di Tyneside lebih awal sebaik wisel penamat ditiup di City Ground.

Keputusan itu menyaksikan Forest tidak mampu lagi mengejar Newcastle kerana mereka ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu liga itu dengan baki 12 mata maksimum mampu dikutip daripada empat baki perlawanan terakhir liga.


Newcastle yang beraksi di luar liga elit England buat kali pertama sejak 1993, kini boleh bergembira pada pertemuan menentang Sheffield United, Isnin depan.

“Inilah yang kami cuba bina sepanjang musim ini dan saya gembira kerana semua orang mampu mencapai apa yang kelab mahukan.” Skuad bergelar Magpies itu berjaya dinaikkan taraf selepas hanya meluangkan semusim di sini dan kini menduduki dua tangga teratas.


Selepas tewas 0-3 kepada Derby pada 9 Februari, Newcastle melalui 11 perlawanan tanpa kalah - lapan kemenangan, cukup untuk menamatkan musim tersingkir daripada Liga Perdana.


Biarpun timbul laporan tercetus pergaduhan ketika sesi latihan membabitkan penyerang Andy Caroll dan pertahanan, Steven Taylor sehingga Taylor terpaksa menerima rawatan akibat patah rahang dan Carol mengalami kecederaan tangan, perkara itu tidak dapat menggugat kehebatan Newcastle untuk dinaikkan pangkat.


Caroll, anak jati menjadi kunci kejayaan Newcastle dan pemain Bawah 21 England itu menjaringkan 16 gol termasuk ketika memenangi perlawanan ke atas Doncaster sehari sebelum bergaduh dengan Taylor. - AFP

Hughton berkata: “Ini adalah pencapaian menarik dan kami sangat gembira.


“Kini kami sudah selamat untuk naik pangkat dengan baki enam perlawanan yang akan digunakan sebagai medan menguji pemain, dan membuktikan sebagus mana mereka musim ini.

No comments:

Post a Comment