Monday, April 5, 2010

Amaran Awal Negeri Sembilan


Para pemerhati bolasepak meramalkan kedua-dua pasukan, mempunyai prestasi yang sukar diramalkan kerana masing-masing masih lagi tidak konsisten dalam permainan tetapi majoriti mereka menjangkakan skuad Jang akan menang kerana mendapat tambahan semangat selaku finalis TM Piala FA. Walauapapun ramalan skuad The Red Warriors perlu memberi keyakinan dan mengembalikan maruah setelah tewas kepada Negeri Sembilan di final Piala Malaysia 2009. Ketua Jurulatih dan seluruh pemain perlu membuktikan kemenangan menundukkan Perlis semalam juga amaran awal peningkatan skuad The Red Warriors pada musim ini. Kemarau jaringan gol oleh jentera penyerang perlu diselesaikan segera dan mengubah taktik yang lebih baik dan memilih pemain yang sesuai dengan merehatkan pemain yang dilihat tiada kesungguhan dan keserasian ketika beraksi di padang. Pemain yang masih dalam dilema untuk mempamerkan kehebatan dan kecergasan untuk penyokong mereka perlu direhatkan dan digantikan dengan pemain-pemain yang sudah mula mempamerkan aksi hebat mereka, demi mengekalkan dan menjamin keyakinan para penyokong supaya berpuashati dengan permainan yang menarik walaupun seri. Persepsi skuad The Red Warriors pakar seri sepatutnya sudah mula boleh dibuang dan menjadikan perlawanan dengan Negeri Sembilan nanti adalah titik permulaan untuk menciptakan kemenangan setelah berehat panjang dan beberapa siri perlawanan persahabatan ujian diadakan. Kekecewaan peminat perlu diubati agar mereka rasa berbaloi dengan sokongan yang diberikan oleh mereka.

Menjelang kehadiran skuad The Red Warriors ke Negeri Sembilan, para penyokong setia skuad The Red Warriors di Negeri Sembilan telah merancang mengadakan sambutan secara meriah dan menjemput para penyokong dari Negeri lain yang berhampiran untuk memeriahkan sambutan ini disamping akan berkonvoi bersama ke stadium Paroi menjelang malam. Dengan ini pihak TRWC mengalu-alukan kehadiran semua ke stadium Paroi dan membuktikan kepada masyarakat Malaysia, penyokong The Red Warriors adalah penyokong sejati dan paling ramai menyanjungi pasukan mereka walau dimana sahaja perlawanan diadakan.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main biar bijok, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment