Saturday, January 8, 2011

KELANTAN UMUM SKUAD 25 PEMAIN


KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini mengumumkan senarai penuh 25 pemain yang akan menggalas cabaran skuad The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Senarai penuh para pemain Kelantan itu diumumkan dalam satu majlis memperkenalkan Pasukan TRW 2011 dan Pelancaran Jersi serta Kad Keahlian TRW yang diadakan di KB Mall, Kota Bharu, petang semalam.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi kelab bola sepak Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee, Pengerusi Jawatankuasa Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia merangkap Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dalam ucapannya berkata, pada tahun ini skuad Kelantan berazam mengejar tiga kejuaraan piala yang dipertandingkan selain mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.

“Kita akui persiapan pasukan kita sedikit terjejas pada musim ini kerana kehilangan beberapa tonggak yang mengambil keputusan berhijrah namun Ketua Jurulatih, B Sathianathan telah memberi jaminan kepada saya bahawa pasukan Kelantan pada musim ini akan menjadi lebih kuat berbanding musim lalu,” katanya dalam ucapan tersebut.

“Memandangkan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat mungkin akan dipanggil kerap kali bagi menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, maka kita telah memutuskan untuk memanggil kembali penjaga gol veteran, Mohd Halim Napi untuk kembali perkuatkan pasukan kita.

“Walaupun beberapa pasukan seperti Negeri Sembilan, T-Team, Selangor dan KL Felda United FC telah menambahkan kekuatan pasukan masing-masing, saya percaya dengan jaminan yang diberikan oleh Sathianathan kita mampu menggegarkan pentas bola sepak tempatan pada tahun ini,” katanya.

Menurut Annuar, pihak Kafa akan menjalinkan kerjasama lebih erat dengan tokoh perniagaan dan pemilik kelab bola sepak yang beraksi dalam divisyen satu di England iaitu Datuk Chan Tien Ghee dalam membangunkan pelbagai program bola sepak di negeri ini

“Beliau melahirkan rasa terujanya diatas sambutan yang ditunjukkan oleh peminat bola sepak di sini. Kita mahu kemeriahan di sini dapat menyamai dengan apa yang berlaku di Cardiff City.

“Saya juga akan meminta beliau untuk membantu kita merekabentuk sebuah stadium yang baru. Kita boleh mempelajari dengan apa yang dilakukan oleh beliau terhadap kelab Cardiff City untuk diadaptasikan disini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja seperti UMBRO, Sinar Harian, Yusmira Trading dan Al-Jabbar yang terus setia untuk menaja Kelantan pada musim ini,” katanya.

Pada majlis itu juga, pihak Kafa turut mempamerkan piala yang dimenangi sepanjang tahun lalu iaitu Piala Malaysia, Piala Emas Raja-Raja selain replika Piala AFF Suzuki yang dimenangi oleh skuad kebangsaan baru-baru ini untuk tatapan peminat bola sepak Kelantan.

Senarai penuh pemain Liga Super Kelantan : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shahrizan Ismail, Norhadi Ubaidilah, Mohd Halim Napi, S Subramaniam, Zairul Fitree Ishak, Mohd Farisham Ismail, Mohd Daudsu Jamaluddin, Khairan Eruan Razali, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid, Mohamad Ab Aziz Ismail, Wan Rohaimi Wan Ismail, Muhd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari, K Soley, Mohamad Nurul Azwan Roya, Wan Zaman Wan Mustapha, Khairan Eroza Razali, Danial Fadzly Abdullah, Zul Yusri Che Harun, S Chanturu, Mohd Nizab Ayub, Mohd Ramzul Zahini Adenan, Mohd Khalid Jamlus dan Norshahrul Idlan Talaha.

Tuesday, January 4, 2011

Santai - Lawak Telinga

Rais dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinganya.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Rais bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Rais mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Rais bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ... saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Rais berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Rais bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya... Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Rais gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tau" tanya Rais lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,

"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana...".

Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"

Moralnya..........??????

Wednesday, December 22, 2010

Untuk renungan kita bersama

Tanpa sedar, menitik air mata baca surat ni..Ambo copy and paste from satu website..baca, laa..

Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Thursday, December 16, 2010

Teka - Teki Terjawab

Teka-teki senarai pemain yang akan menggalas tugas skuad Kelantan 2011 sudah terjawab.

Tiada nama besar yang akan mewakili Kelantan kecuali beberapa pemain tonggak musim lepas dengan tambahan lapan pemain yang baru ditandatangani.

Cuma berlaku sedikit kejutan disaat akhir setelah KAFA selaku badan induk yang bertanggungjawab mentadbir sukan bola sepak negeri Kelantan mengumumkan telah berjaya menandatangani anak kepada pemilik kelab Cardiff City, Nicholas Chan.

Senarai penuh pemain telah diumumkan sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa di Kelantan Trade Centre, petang tadi.

Menurut Presiden KAFA, Sang Kijang dipenuhi dengan bakat muda dan pihak pengurusan akan cuba menggilap mereka agar menjadi pemain terhebat pada masa depan.

KAFA juga dilaporkan akan membangunkan akademi bola sepak terbaik selaras dengan hasrat untuk terus mengetengahkan pemain muda ke peringkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, dikhabarkan juga KAFA mendapat peruntukan hampir RM1 Juta dari pemilik kelab Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee untuk membangunkan akademi bola sepak sendiri.


Senarai Pemain TRW 2011 (SAH)


Penjaga Gol:

Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Shahrizan Ismail
Judtanna Eh Put

Pertahanan:

S.Subramaniam
Farisham Ismail
Rizal Fahmi Rosid
Daudsu Jamaludin
Zairul Fitree Ishak
Zamri Ramli
Mohamad Abdul Aziz Ismail (Baru)
Wan Rohaimi Wan Ismail (Baru)
Nicholas Chan (Baru)

Tengah:

Mohd Badri Radzi
Shakir Shaari
Khairan Eroza Razali
Wan Zaman Mustapha
Zulyusri Che Harun
S. Chanturu
Solehin Kanasian Abdullah (Baru)
Nurul Azwan Roya (Baru)
Danial Fadly Abdullah (Baru)
Khairan Ezuan Razali (Baru)

Serangan:

Norshahrul Idlan Talaha
Ramzul Zahini Adnan
Nidzad Ayub
Khalid Jamlus (Kontrak Enam Bulan) (Baru)

Pemain Piala Presiden (Latihan dengan skuad Liga Super)

Mohd Aris Zaidi
Mohd Izuan Salahudin
Shafiq Haikal
Faiz Suhaimi
Nik Shahrul Azim

TRANSFER OUT :
1.Syed Adney LOAN to SABAH
2.Hairudin Omar OUT to Negeri Sembilan
3.Akmal Rizal OUT to Perak
4.Indra Putra Mahyudin OUT to T-Team
5.Azizi Mat Rose OUT to T-Team
6.Norfarhan Muhammad OUT to T-Team

Tuesday, December 14, 2010

Penjelasan_TSAM_part2

Penjelasan_TSAM_ part1.flv

Hanya 22 pemain:Annuar

“Hanya: 22 pemain”. Begitulah gambaran awal Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam menyenaraikan barisan terkuat skuad Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia bermula pertengahan bulan depan.

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPKT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam ketetapan peraturan pertandingannya hanya membenarkan 25 pemain sahaja didaftarkan untuk sesebuah pasukan pada satu-satu masa.

Namun skuad The Red Warriors berdepan kesuntukan masa memenuhi kuota tersebut ekoran episod tarik tali antara tiga tonggak utama dengan Kafa kian menampakkan jalan sukar.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa membayangkan persiapan Kelantan bakal berskala sederhana sekiranya hanya mampu mendaftarkan 22 daripada kuota 25 pemain.

“Pada ketika tarikh tutup pendaftaran pemain hanya tinggal dua hari lagi (15 Disember), kita mungkin hanya mampu mendaftar seramai 22 pemain Kelantan untuk musim depan.

Akibat tindakan tiga pemain utama yang meninggalkan pasukan tanpa sebarang notis rasmi, jelas kita tiada pilihan mencari pengganti mereka pada saat akhir,” katanya menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Sehubungan itu katanya, pasukan menerima kesan cukup besar, segala perancangan terjejas malahan pihak penaja Kafa juga turut terkena tempiasnya.

“Kafa kini menimbang mengambil tindakan tuntutan ganti rugi ekoran kes ini. Kita akan merujuk kepada pihak peguam,” katanya.

Tiga bekas pemain Kelantan musim lalu iaitu Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose dikhabar bakal menyarung jersi pasukan T-Team (Terengganu) untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Sunday, December 12, 2010

Kelantan Juara


Kelantan muncul juara edisi ke-70, Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 selepas menundukkan Kedah 4-3 dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Perlawanan masa sebenar menyaksikan Kelantan dan Kedah buntu untuk menjaringkan gol seterusnya mengheret perlawanan ke waktu tambahan.

Kelantan selaku tuan rumah turun dengan misi merampas kejuaraan ke-13 melakukan banyak serangan selain menguasai babak perlawanan tetapi ketumpulan jentera penyudah menghampakan hampir 12 000 penyokong setia merah putih.

Kedah yang dilihat lebih banyak bertahan turut kecewa setelah peluang yang diperolehi mereka gagal mencipta jaringan yang dinanti-nantikan.

Serangan Sang Kijang yang diketuai Ramzul Zahini Adenan dan Aris Zaidi kerap kali mengancam kubu Kedah kawalan Al-Hafiz Hamzah namun percubaan demi percubaan yang diledak gagal menepati sasaran.

Babak pertama berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Bersambung babak kedua, Kedah bagaikan mendapat tonik dari ketua jurulatih mereka, Mohd Ramlee apabila melancarkan serangan bertali arus ke gawang Kelantan.

Ketangkasan Mohd Shahrizan Ismail berjaya menyelamatkan tiga percubaan bahaya Kedah termasuk situasi satu lawan satu dengan penyerang lawan pada pertengahan babak kedua.

Shahrizan terus menjadi pemusnah setelah gerakan melalui Firuz Hashim, Ahmad Fauzi Shaari dan Wan Mohd Asraf berjaya di selamatkan.

Kelantan yang tertekan dengan asakan lawan melakukan pertukaran mengeluarkan Aras Abdullah dan Tuan Mohd Norhafizie mengantikan mereka berdua dengan Ahmad Ezrie Shafizie serta Shafiq Haikal.

Kemasukan dua pemain ini tidak membawa sebarang perubahan sebelum Shukri Nor membunyikan wisel penamat untuk perlawanan diheret ke masa tambahan.

Tiga puluh minit masa tambahan turut menyaksikan kedua-dua pasukan gagal mencari gol pendahuluan memaksa perlawanan diteruskan dengan sepakan penalti.

Penentuan sepakan penalti memperlihatkan pengalaman Mohd Shahrizan apabila penjaga gol Liga Super Kelantan tersebut menepis dua sepakan penalti Kedah untuk membawa Kelantan muncul juara Piala Emas Raja-Raja buat kali ke-13 sepanjang 70 tahun piala dipertandingkan.

Tiga kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan dengan Kedah mendapat dua kad dan Kelantan dilayangkan satu kad kuning.

Rosairil Asrul dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir.

Selaku juara, Kelantan membawa pulang Piala Emas Raja-Raja, wang tunai RM30 000 dan medal manakala Kedah mendapat habuan RM15 000 dan medal selaku naib juara.

Sunday, December 5, 2010

Annuar bidas kenyataan Akmal Rizal



PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengambil tindakan tegas terhadap bekas pemain, Akmal Rizal Rakhli kerana mengeluarkan kenyataan yang memburukkan persatuan itu, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemain kebangsaan itu tidak tepat sama sekali kerana pihaknya masih belum membayar sebarang bonus kepada mana-mana pemain yang menjulang Piala Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata, KAFA sedang menunggu sumbangan daripada semua pihak termasuk Kerajaan Pas Kelantan sebelum bayaran bonus dibuat sepenuhnya kepada para pemain.

"Jumlah bayaran kepada para pemain juga masih belum diputuskan lagi. Apa yang telah dibayar ialah bayaran sebagai ganti kepada yuran menandatangani perjanjian bagi mereka yang menyambung kontrak dan tambahan gaji kepada semua pemain yang kekal berkhidmat dengan KAFA.

"Saya percaya mereka yang pindah juga dapat benda sama dengan pasukan baru mereka, apakah KAFA kena samakan pemain yang setia dengan pasukan pemain yang lompat mencari wang lebih semata-mata," katanya kepada melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) semalam.

Beliau mengulas kenyataan Akmal yang mendakwa KAFA tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam isu pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia musim lalu.

Bagaimanapun Annuar tidak menjelaskan bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap Akmal Rizal.

Kosmo! semalam Akmal Rizal membidas KAFA yang didakwa tidak berpegang kepada janji dalam isu pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia musim lalu.

Akmal mendakwa dia bersama lima lagi pemain tidak diberikan bonus kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.

Sementara itu, bekas peledak berbisa Kelantan, Hairuddin Omar mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengulas kenyataan yang dikeluarkan Akmal Rizal.

Hairuddin menyerahkan isu itu kepada pucuk pimpinan tertinggi Kafa untuk menyelesaikanya.

"Saya lebih suka mengambil sikap berdiam diri dan tidak memberikan sebarang komen dalam isu ini, sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada ketua jurulatih B. Sathianathan untuk menyelesaikanya.

"Lagipun ketua jurulatih sudah pun berjanji membantu menyelesaikan masalah ini sebaik sahaja Tan Sri Annuar pulang dari bercuti," katanya.

Indra Putra mungkin akan sertai T-Team musim depan

TIGA pemain Kelantan, Indra Putra Mahayudin, Azizi Matt Rose dan Mohd. Norfarhan Muhammad dilaporkan berminat untuk menyertai T-Team dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pengurus pasukan T-Team, Rozi Mamat berkata, mereka sedang berusaha untuk mendapatkan surat pelepasan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum mendapatkan pemain tersebut.

Katanya, T-Team juga meminta pemain-pemain berkenaan menyelesaikan perkara-perkara yang bersangkutan jika ada dengan bekas pasukan mereka.

"Kita berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan mereka," katanya di Kuala Terengganu semalam.

Sebelum ini dilaporkan sesi latihan skuad Kelantan yang bermula penghujung bulan lalu tidak melihat kelibat kehadiran tiga tonggak berkenaan.

Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, beliau belum dimaklumkan apa-apa berita mengenai ketiadaan tiga pemain tersebut.

Manakala Rozi berkata, perhatian T-Team bukan tertumpu kepada tiga pemain itu sahaja tetapi juga terarah kepada pemain negeri lain bagi memperkuatkan pasukan itu tahun depan.

Antara pemain lain yang dijangka menandatangani kontrak dengan T-Team ialah Amzar Junaidi (Perlis), Mohd. Saufi Saidi (Perak), Tengku Hasbullah Awang (Terengganu), Badrul Hisani (KL Plus) dan Khairul Izwan (Felda United).

Beliau berkata, semua pemain yang bakal mewarnai pasukan T-Team sudah berada di Terengganu kecuali Indra Putra, Azizi dan Nor Farhan.

Pasukan T-Team tahun depan akan dilatih oleh Yunus Alif, katanya. - Bernama