Tuesday, August 24, 2010

Terengganu sasar juara musim in

KUALA TERENGGANU - Terengganu berusaha menebus kegagalan ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu, dengan mengatur strategi bagi mencerahkan harapan ke pentas final.

Pengurusnya, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusoff berkata, berada di kedudukan ketiga Liga Super baru-baru ini meletakkan keupayaan skuad penyu pada tahap seimbang.

''Musim sebelum ini, kita tersangkut di peringkat separuh akhir Piala Malaysia, jadi kita hendak memastikan kita tidak mengulanginya pada musim ini.

''Kita akan melaksanakan pendekatan untuk mengatasi lawan peringkat demi peringkat, bermula dengan peringkat kumpulan sehingga mencapai kejuaraan dalam Piala Malaysia," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi memastikan kejayaan tersebut, barisan pemainnya tetap mengadakan latihan seperti biasa, walaupun ketika ini umat Islam mengerjakan ibadat berpuasa.

''Jadual latihan telah ditetapkan oleh jurulatih, Irfan Bakti namun kita tetap adakan latihan pada waktu siang.

Beliau menambah, pasukan Terengganu juga akan mengadakan beberapa sesi perlawanan persahabatan dengan T-Team, dalam usaha menajamkan permainan mereka dalam Piala Malaysia nanti.

''Terengganu kini berada di kedudukan baik, selepas mencapai tempat ketiga dalam Liga Super baru-baru dan perlawanan persahabatan berkenaan akan membantu mereka terus berada dalam prestasi berkenaan," ujarnya.

Katanya, perlawanan itu dijangka diadakan bermula pukul 10 malam iaitu selepas selesai solat terawih.

''Kita adakan latihan seperti biasa bagi memastikan tahap kecerdasan dan kemahiran pemain tidak menurun sepanjang bulan berpuasa," katanya.

Monday, August 23, 2010

Kelantan, Negeri Sembilan Berdepan Laluan Sukar.



Saingan Piala Malaysia 2010 akan bermula tidak kurang sebulan sahaja lagi dengan kesemua pasukan bertanding sudah melakukan persiapan terakhir untuk menyertai kejohanan terbesar tersebut.
Berdasarkan undian yang dilakukan, dua finalis 2009, Kelantan serta Negeri Sembilan terpaksa berentap awal dalam kumpulan A bersama-sama dengan KL Plus dan PKNS Fc bagi merebut dua tempat ke peringkat suku akhir.

Jika melepasi peringkat kumpulan A, dua pasukan ini dijadualkan melawan pesaing dari kumpulan D yang dianggotai Selangor, Felda United, T-Team dan Perlis.
Selaku antara pasukan pilihan, tugas getir dihadapi Sang Kijang dan Negeri Sembilan kerana andaikata melepasi peringkat kumpulan mereka akan menghadapi laluan sukar pada saingan kalah mati.
Selangor dalam kumpulan D dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan satu slot ke peringkat seterusnya manakala satu tempat lagi mungkin menjadi rebutan juara baru Liga Perdana, Felda United dengan dua pasukan pertengahan Liga Super, T-Team dan Perlis.
Selangor pasti tekad untuk merampas Piala Malaysia selepas mengungguli Liga Super. Justeru itu, pertembungan sama ada melawan Kelantan atau Negeri Sembilan pada suku akhir amat dinanti-nantikan.
Malah dikhabarkan dengan nada angkuh penolong pengurus Selangor, P. Maniam, pasukan mereka tidak gentar dengan ancaman Kelantan dan Negeri Sembilan pada saingan suku akhir nanti.
Walaupun begitu, saingan masih lagi jauh dimana peringkat kumpulan belum dimulakan. Setiap pasukan bebas untuk berbicara namun mereka perlu sedar, dalam bola sepak ia sebenarnya tidak melambangkan apa-apa seandainya 22 pemain belum turun berentap merebut penghormatan selaku pemenang mutlak.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

'Bukan PlayStation'




12 gol dalam 2 perlawanan tapi Ancelotti tak yakin atasi 103 gol musim lalu

LONDON: Carlo Ancelotti melihat barisan bintangnya menggegar 12 kali dalam hanya dua perlawanan untuk mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini tetapi dia yakin Chelsea pasti sukar menyamai jaringan 103 gol yang dilakukan seperti musim lalu.

Jurulatih berbangsa Itali itu menegaskan, jaringan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan seperti bermain PlayStation, walaupun The Blues membolosi gawang Wigan 6-0 kelmarin, mengulangi jumlah ledakan ketika menewaskan West Brom minggu lalu.
12 gol dalam 2 perlawanan tapi Ancelotti tak yakin atasi 103 gol musim lalu

LONDON: Carlo Ancelotti melihat barisan bintangnya menggegar 12 kali dalam hanya dua perlawanan untuk mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini tetapi dia yakin Chelsea pasti sukar menyamai jaringan 103 gol yang dilakukan seperti musim lalu.

Jurulatih berbangsa Itali itu menegaskan, jaringan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan seperti bermain PlayStation, walaupun The Blues membolosi gawang Wigan 6-0 kelmarin, mengulangi jumlah ledakan ketika menewaskan West Brom minggu lalu.
Saya fikir kami cuba bermain bola sepak yang sama seperti aksi musim lalu. Yang pasti, kami mahu menang sambil bermain baik dan kami berjaya melaksanakannya.

12 gol dalam 2 perlawanan tapi Ancelotti tak yakin atasi 103 gol musim lalu

LONDON: Carlo Ancelotti melihat barisan bintangnya menggegar 12 kali dalam hanya dua perlawanan untuk mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini tetapi dia yakin Chelsea pasti sukar menyamai jaringan 103 gol yang dilakukan seperti musim lalu.

Jurulatih berbangsa Itali itu menegaskan, jaringan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan seperti bermain PlayStation, walaupun The Blues membolosi gawang Wigan 6-0 kelmarin, mengulangi jumlah ledakan ketika menewaskan West Brom minggu lalu.
Saya fikir kami cuba bermain bola sepak yang sama seperti aksi musim lalu. Yang pasti, kami mahu menang sambil bermain baik dan kami berjaya melaksanakannya.
Kami bermain dua perlawanan yang bagus setakat ini dan menjaringkan banyak gol, jadi kami mahu fokus bermain dengan cantik.

Tetapi mustahil untuk menganggap kami akan sentiasa dapat menjaringkan enam gol. Itu bukan bola sepak, itu PlayStation. Ia tidak pernah berlaku pada saya tetapi kami harus kekal fokus bagi perlawanan berikutnya, cuba untuk menang dan terus mempamer permainan memukau, katanya.

Nicolas Anelka dan Salomon Kalou menjaringkan dua gol selepas Florent Malouda memecah kebuntuan pada babak pertama manakala belian terbaru, Yossi Benayoun, melengkapkan malam derita buat Wigan.

Ancelotti menegaskan The Blues mungkin merasakan bukan suatu yang mudah untuk menjaringkan 103 gol dalam EPL seperti yang mereka kecapi musim lalu tetapi berdasarkan apa yang dilihatnya setakat ini, dia mengakui gembira dengan jumlah jaringan itu sekalipun berdepan babak sukar di separuh masa pertama ketika bertemu Wigan.
Wigan cuba bangkit dan pada separuh masa kedua penyerang kami mendapat lebih banyak ruang dan melakukan serangan balas. Ia perlawanan sukar. Mungkin mereka guna banyak tenaga pada babak pertama dan pada separuh masa kedua memudahkan kami, katanya.

Wan Jamak puas hati prestasi Ragesh

JUARA bertahan, Negeri Sembilan berhasrat mendapatkan satu atau dua pemain penyerang bagi memantapkan lagi barisan depan skuad itu menjelang sepak mula Piala Malaysia, 14 September depan, menguji kapten pasukan Johor, S Ragesh pada perlawanan persahabatan menentang Felda United, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Jumaat lalu.
Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan bagaimanapun belum membuat keputusan muktamad sama ada menyerapkan pemain itu atau tidak.


Beliau bagaimanapun berpuas hati komitmen ditunjukkan pemain terbabit sekalipun gagal menjaringkan gol pada perlawanan berkesudahan seri 3-3.


“Ragesh diletakkan sebagai penyerang dan berjaya memberikan persembahan baik pada perlawanan itu tapi keputusan sama ada diserapkan dalam pasukan belum diputuskan lagi kerana ia ditentukan pihak pengurusan.


“Bagaimanapun saya puas hati dengan persembahannya terutama dari segi hantaran bola dan kerjasama sepasukan tapi dia perlu menunjukkan persembahan lebih baik pada perlawanan persahabatan bertemu Angkatan Tentera Malaysia, malam ini,” katanya.


Negeri Sembilan diletakkan dalam Kumpulan A bersama Kelantan, KL Plus dan PKNS dan sepanjang Liga Super lalu, skuad Hobin Jang Hobin menyandarkan harapan kepada Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan Norizam Salaman mengemudi barisan depan.


Wan Jamak mencuba beberapa strategi menilai keberkesanan pemain tapi mengaku terdapat beberapa kelemahan perlu diberi perhatian. bagi memastikan persembahan lebih mantap dipamerkan.


Dia mahu memberi peluang kepada pemain menunjukkan komitmen sebelum menyenaraikan kesebelasan utama menjelang pertemuan dengan Kelantan di Kota Bharu, 14 September ini.


Menurut Wan Jamak, ketiadaan tiga pemain utama Mohd Aidil Zafuan, Zaquan dan S Kunalan yang bersama skuad kebangsaan, menyukarkannya mengatur strategi.


“Saya bimbang keserasian antara mereka kerana tiga pemain itu hanya dapat berlatih bersama beberapa hari sebelum Aidil Fitri,” katanya.

Iran lancar pesawat bom tanpa juruterbang


TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam merasmikan pesawat pengebom tanpa juruterbang pertama negara itu yang digelar Duta Maut.

Menurut satu laporan sebuah stesen televisyen di negara itu, pesawat yang berukuran empat meter panjang itu mampu mengangkut empat buah peluru berpandu dan mempunyai jarak penerbangan sejauh 1,000 kilometer.

Namun jarak itu masih tidak mencukupi untuk tiba di negara musuh ketat Iran iaitu Israel.

"Pesawat itu juga merupakan Duta Maut untuk musuh-musuh kemanusiaan, membawa satu pesanan keamanan dan persahabatan," kata Mahmoud pada majlis perasmian Industri Pertahanan Iran yang juga hari kemerdekaan negara itu.

"Matlamat pesawat yang diberi nama Karrar itu adalah untuk memastikan musuh pertahanan dilumpuhkan," kata Mahmoud.

Menurutnya, pesawat itu dibina untuk pencegahan dan tujuan pertahanan Iran.

Presiden Iran itu turut memperjuangkan program ketenteraan dan menyatakan ia akan diteruskan sehingga musuh hilang harapan untuk menyerang Iran. - AP

Saturday, August 21, 2010

Kelantan Mungkin Pilih 3 Pasukan Pantai Timur


Pasukan The Red Warriors dimaklumkan akan memilih 3 pasukan pantai timur iaitu T-Team, Terengganu dan Pahang untuk mengadakan perlawanan persahabatan kerana pihak KAFA menghadapi kesukaran menjemput pasukan lain ke Kota Bharu di bulan puasa ini. Oleh itu, KAFA memilih pasukan jiran yang terdekat dan memudahkan KAFA ke tempat lawan atau pasukan lawan ke Kota Bharu. Berkenaan tarikh, KAFA akan mengumumkannya petang ini setelah selesai tugasan penting petang ini.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Sunday, July 18, 2010

Tiga Mata Berharga Di Cheras


KUALA LUMPUR 0
KELANTAN 2
Mohd Norfarhan Muhammad (m-28)
Muhd Badhri Radzi (m-62)

KUALA LUMPUR – Reputasi Kelantan selaku pencabar utama kejuaraan liga musim ini kian membara setelah menewaskan Kuala Lumpur 2-0 pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
Biarpun, pendahulu liga, Selangor menang mudah 3-0 ke atas Pulau Pinang, tetapi aksi di Cheras tidak kurang hebatnya setelah anak didik B Sathianathan merentap semangat juang pemain muda skuad warga kota itu.
Beraksi dihadapan hampir 10,000 penyokong setia Kelantan, jelas pemain The Red Warriorr berjaya menguasai hampir keseluruhan babak permainan melalui gerakan sebelah kiri dan kanan padang.

Seawal minit ke-6, Kelantan hampir memperolehi gol pertama melalui ketua pasukan Indra Putra Mahayuddin yang melakukan percubaan jarak jauh tetapi disepak keluar diatas garisan gol oleh pemain pertahanan tuan rumah.
Pasukan tuan rumah turut mempunyai peluang terbaik pada minit ke-14, apabila hantaran Khairul Anuar Shafie kepada Fahruzahhar Ali gagal disempurnakan oleh beliau.
Manakala percubaan terbaik pasukan tuan rumah hadir pada minit ke-17, melalui rembatan jarak 35 meter oleh Ahmad Azlan Zainal terus ke dakapan Khairul Fahmi Che Mat.

Minit ke-27, Akmal Rizal merakamkan detik kehampaan buat Kelantan setelah tandukannya hasil hantaran lintang Norshahrul Idlan ditepis keluar oleh Norazlan.
Berselang seminit kemudian, Kelantan memperolehi jaringan pertama melalui Mohd Norfarhan Muhammad. Bermula serangan balas, Norshahrul Idlan Talaha yang melarikan bola ke penjuru sebelah kiri pintu gol Kuala Lumpur melakukan hantaran silang dan disudahi dengan tandukan Mohd Norfarhan menewaskan Norazalan Razali.
Bersambung babak kedua, Kuala Lumpur yang dilihat terdesak mencari gol penyamaan memasukkan Mohd Badrol Hisham Azmi bagi mengimbangi kekuatan jentera serangan Kelantan.

Minit ke-51, Mohd Syazmin Firdaus Mohd Aminuddin mempersia-siakan peluang yang terhidang apabila percubaannya tersasar jauh daripada pintu gol Kelantan.
Minit ke-62, Muhd Badhri Radzi menggembirakan penyokong setia Kelantan apabila menanduk cantik hantaran lintang pemain gantian, Hairuddin Omar menewaskan Norazlan kali kedua dipintu gol Kuala Lumpur.

Penguasaan bahagian tengah Kelantan pada perlawanan malam tadi memperlihatkan anak-anak buah Razip Ismail terpaksa mengigit jari setelah gerakan demi gerakan pasukan tuan rumah mudah dipatahkan oleh jentera tengah Kelantan.
Minit ke-78, Kuala Lumpur turut mempunyai peluang terbaik merapatkan jurang tetapi sepakan lencong Azwan Abd Malek sedikit melepasi pintu gol Kelantan.
Minit ke-80, Norshahrul Idlan hampir menambahkan jaringan buat Kelantan tetapi percubaannya beliau ditepis keluar Norazlan.
Dua percubaan terbaik Hairuddin Omar pada minit ke-82 dan 87 perlawanan yang menyaksikan mudah diselamatkan oleh Norazlan menutup tirai kemenangan bergaya Kelantan ke atas pasukan warga kota ini.

KESEBELASAN UTAMA PEMAIN :
KUALA LUMPUR : Norazlan Razali, Ahmad Azlan Zainal, Mohd Fitri Jamaluddin, Muhammad, Muhammad Shahrom Abd Kalam, Azwan Abd Malek (KP), Khairul Anuar Shafie (Mohd Raimi Md Nor), Mohd Syazmin Firdaus Mohd Aminuddin, Farouk Hashim, Muhamad Shafiq Johari (S Sivaraj), Fahruzzahar Ali (Mohd Badrol Hisham Azmi) dan Ahmad Dashila Tajudin.
Formasi : 4-4-2

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Matt Rose, S Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin (Zairul Fitree Ishak), Mohd Farisham Ismail, Mohd Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Norfarhan Muhammad, Muhd Badhri Radzi, Norshahrul Idlan Talaha dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Hairuddin Omar).
Formasi : 4-5-1

STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kuala Lumpur (3) Kelantan (8)
Percubaan tersasar : Kuala Lumpur (4) Kelantan (6)
Sepakan sudut : Kuala Lumpur (2) Kelantan (7)
Sepakan percuma : Kuala Lumpur (11) Kelantan (11)
Offsaid : Kuala Lumpur (1) Kelantan (4)
Kekasaran : Kuala Lumpur (10) Kelantan (9)
Kad kuning : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kuala Lumpur (45%) Kelantan ( 55%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : R Krishnan
Penolong Pengadil 1: Wan Ismail Wan Ali
Penolong Pengadil 2: Shahimi Abdullah
Pegawai Keempat : Nagor Amir Noor Mohamed
General Kordinator : Datuk K Sabaratnam
Komissioner Perlawanan : Wan Mohd Nizam Wan Omar

Sunday, July 11, 2010

Sekitar Stadium Shah Alam





Pengurusan Kawasan Penyokong Lemah




Pengurusan stadium Selangor tidak belajar daripada pengalaman lepas dalam menyediakan tempat duduk penyokong apabila membiarkan kawasan penyokong Kelantan padat dengan penyokong dan duduk dikerusi basah sedangkan kawasan penyokong Selangor lengang daripada penyokongnya. Keadaan ini telah mencetuskan sedikit ketegangan di kalangan penyokong Kelantan yang menyeru lebih banyak ruang tempat duduk dibuka untuk penyokong Kelantan dan ianya berjaya diredakan dengan kehadiran polis FRU.

Perkara ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya pengurusan stadium Selangor boleh membahagikan kawasan penyokong bertentangan iaitu kawasan bersebelahan astaka diberikan sepenuhnya kepada salah satu pasukan melalui pintu masuk A dan melalui pintu masuk B iaitu satu kawasan pintu masuk sebelah TESCO diberikan sepenuhnya kepada salah satu pasukan. Sikap mengambil remeh perkara ini telah menyebabkan imej penyokong Kelantan sedikit tercemar dengan liputan media yang memandang serong tindakan yang dilakukan oleh penyokong Kelantan bukannya pada kelemahan pembahagian kawasan tempat duduk penyokong yang membiarkan penyokong Kelantan duduk di kawasan basah manakala penyokong Selangor selesa dengan ruang kosong yang kering dan banyak dikawasan berbumbung.

Tindakan ambil mudah pengurusan stadium membawa padah kepada penyokong Selangor sendiri apabila 2 insiden mendapat perhatian polis kerana ada penyokongnya memulakan provokasi dengan menendang penyokong Kelantan yang masuk daripada pintu masuk bersebelahan penyokongya dan ada penyokongnya cuba memprovokasi dengan berlari ke kawasan Kelantan sambil mengejek penyokong Kelantan beberapa kali sehingga berjaya ditangkap polis.

Sikap pengulas sukan siaran tv berbayar yang sering memberi ulasan memandang lekeh pemain dan penyokong Kelantan dalam setiap ulasan langsungnya juga menimbulkan kemarahan dikalangan penonton Kelantan yang rata-rata tidak berpuashati dengan sikap pengulas ini. Sampai bila pengulas untuk terus bersikap demikian? berapa banyak info atau iklan nasihat dikeluarkan oleh pihak media bagi membantu menangani masalah penyokong liar ini? Sikap pengadil yang dilihat berat sebelah juga banyak menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan penyokong Kelantan.



Namun ada juga penyokong Kelantan dari Kota Bharu tergamam dan terkejut dengan sikap penyokong Kelantan sendiri yang jauh berbeza dengan penyokong Kelantan di Kota Bharu yang lebih berdisplin seperti tidak bermain mercun dan sudah boleh mengawal emosi ketika hadir ke stadium. Insiden mencabut kerusi stadium, letupan mercun, pergaduhan kecil diluar stadium dan yang terburuk seupamanya telah kembali mencemar imej KAFA yang sentiasa berusaha mengurangkan insiden-insiden berlaku dari penyokong Kelantan. Ada penyokong Kelantan berpendapat mereka yang masih lagi bermain mercun dan menimbulkan kekecohan adalah golongan yang jarang ke stadium dan tidak mendapat info tentang perkembangan kesedaran penyokong Kelantan di Kota Bharu malah lebih menyakinkan pendapat ini apabila ada penyokong Selangor yang sanggup memotong jarinya memberi pendapat yang sama dan menganggap golongan yang sering ke stadium membawa masalah ialah golongan yang buta internet dan teknologi maklumat.

"Orang Kelantan ni kurang hiburan dan ada yang menganggap membelasah orang sebagai satu hiburan bagi mereka" keluh seorang penyokong Kelantan setelah melihat seorang remaja lembik dibelasah dan ada yang pecah cermin kereta akibat berlebihan menekan pedal minyak sehingga dianggap cuba memanaskan keadaan. Sikap ini mungkin sukar diubah dan memerlukan usaha seluruh penyokong untuk mengambil tanggungjawab bersama menasihati rakan-rakan yang terlalu emosional ini.

Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua penyokong Kelantan yang telah berjaya membuktikan sokongan Kelantan lebih ramai di stadium Shah Alam sekaligus berjaya menundukkan keangkuhan penyokong Selangor yang sentiasa beranggapan sokongnya lebih ramai. Jangan lupa perlawanan sabtu ini menentang Kuala Lumpur juga penting bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan. Ayuh!! dari Shah Alam kita meramaikan stadium bolasepak Cheras pula. Ayuh teruskan gelora dan gelombang ombak merah putih di Kuala Lumpur pula.

GAMBAR INSIDEN YANG TIDAK BIASA DILIHAT KERANA SIKAP BERAT SEBELAH MEDIA