Sunday, February 21, 2010

Presiden teruskan berjuang bersama kami

Setelah melihat reaksi dan mendengar komen Presiden The Red Warriors Tan Sri Dato' Annuar Musa pada media tadi dengan jelas menampakkan kekecewaan dan luahan hati seorang yang betul cintakan dan sayangkan bolasepak Kelantan. Petikan ulasannya tadi "Saya telah gagal mencipta sebuah pasukan yang berjaya dan berharap mereka yang mengambil alih tampuk pimpinan saya menjadikannya sebagai 1 pengajaran untuk menjadi lebih baik". TRWC dan para penyokong amat berharap kepimpinan Tan Sri perlu dikekalkan dan beliau amat kami hargai kerana bersama Tan Sri dapat kami menjejaki 2 perlawanan akhir, stadium kami sering penuh, skuad lebih digeruni, mendahului dalam semua sudut pengurusan bolasepak di Malaysia, membudayakan bolasepak sebagai suatu yang perlukan persamaan dengn menolak sentimen politik dan yang paling utama menjadi sebuah pasukan ke arah lebih profesional dan berdaya maju dalam semua sudut serta keluarkan skuad The Red Warriors dari zaman kegelapan.

Ayuh teruskan bersama kami, tabahkan hati, cekalkan hati dan hapuskan segala kelemahan yang dikesan. Perjuangan mu belum selesai, kekalahan dapat menyedarkan kita erti kelemahan dan kemenangan. Teruskan bersama Tan Sri Annuar Musa. Kami terus menyokong Tan Sri.

No comments:

Post a Comment