Monday, February 22, 2010

Perubahan Positif Penyokong The Red Warriors


Persepsi demi persepsi yang diberikan oleh media dan masyarakat luar di Malaysia terhadap kefanatikan penyokong TRW yang digambarkan ganas, panas baran, suka bergaduh, suka bakar sehingga dijadikan bahan lawak dalam program Raja Lawak dan suka menimbulkan pergaduhan mungkin benar dan mungkin tidak benar kerana melihat pada situasi penyokong bolasepak Malaysia dan seluruh dunia perkara seperti ini biasa berlaku cuma tidak dihebohkan seperti hebohnya isu terhadap penyokong TRW, seperti diceritakan oleh sahabat kita di England apabila setiap minggu yang ada perlawanan bolasepak Liga Premier Inggeris pasti akhbar menyiarkan insiden pergaduhan antara penyokong cuma kita di Malaysia tidak tahu perkara ini kecuali mereka yang suka membaca akhbar 'online' luar negara, begitu juga apabila setiap kali berlangsung Piala Dunia, bagaimana masyarakat seluruh dunia menggambarkan kegerunan kepada para penyokong England "HOOLIGAN" dan Jerman "NAZIST" yang sentiasa menimbulkan pergaduhan besar (Boleh rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Hooliganism). Apakah mereka tidak bertamadun? Apakah mereka ganas? Mengapa mereka bertindak demikian sedangkan liga dan pasukan mereka antara yang terbaik di dunia? Walauapapun alasannya pihak peneraju bolasepak negara dan pihak keselamatan negera mereka telah mengambil pelbagai usaha yang bijak untuk mengatasi masalah ini termasuk memperketatkan kawalan stadium dan kawasan sekitar serta melalui kempen-kempen keselamatan dan kebaikan.





Jesteru itu, Apakah peranan yang telah dimainkan oleh peneraju bolasepak Malaysia dalam mengatasi hal ini? Berapa banyak risalah atau iklan tentang bahaya membawa mercun, bahaya jenayah pergaduhan di stadium dan sebagainya telah dilaburkan dan diedarkan kepada penyokong? Apakah pihak peneraju hanya menyerah semua usaha ini kepada persatuan bolasepak negeri yang sentiasa menghadapi masalah kewangan untuk berusaha menangani permasalahan ini? Sepatutnya permasalahan ini diusahakan secara bersama dan dengan usaha ini ramai peminat bolasepak tidak akan memberi tanggapan Peneraju bolasepak Malaysia hanya mengutip denda dan mengenakan saman sahaja sedangkan pencegahan atau nasihat tidak pernah diberikan.

Penyokong TRW juga perlu memahami mainan media untuk melariskan jualan akhbar kerana umum mengetahui Kelantan memiliki antara bilangan pembaca akhbar teramai di Malaysia dan isu-isu yang panas akan membuat akhbar mereka laris. Kini melalui pengamatan beberapa siri perlawanan TRW, penyokong TRW telah mendahului dalam segala sudut yang dikehendaki sebuah peneraju bolasepak sesebuah negeri antaranya

Stadium yang penuh
Penyokong yang pelbagai jenis peringkat umur, jantina dan bangsa termasuk datang membawa keluarga
Tiada lagi bunyi mercun
Tiada lagi bendera politik dan bersatu dalam 1 idealogi bolasepak TRW
Kurang provokasi dan pergaduhan
Semangat sayangkan pasukan
Laman web rasmi www.theredwarriors.com yang sentiasa menasihati penyokong, info terkini perlawanan dan perkembangan pasukan, memaparkan keputusan seluruh perlawanan di Malaysia, dikagumi oleh semua pengendali laman web bolasepak negeri lain dan terdapat interaksi yang baik dikalangan penyokong dan laman web rasmi.
Laman web penyokong yang meriah seperti laman web kelate.net, redkijang.com dan blog yang telah bersama TRW dalam memberi info
Mungkin ramai yang berasa kecewa dengan kegagalan skuad TRW untuk membawa kita ke Bukit Jalil sekali lagi dalam pertarung akhir Piala FA tahun ini. Kekecewaan turut dirasai oleh semua pemain, jurulatih dan pihak pengurusan tetapi apakah perlu sebagai penyokong sejati terus memperlekehkan dan menjatuhkan semangat pemain dan jurulatih dari terus menebus kekalahan dan kesilapan ini seolah-olah tiada lagi piala untuk diperjuangkan? Tan Sri Annuar Musa sendiri pun tanpa hipokrit kurang yakin berkenaan untuk mendapat 3 Piala ini kerana kekuatan bolasepak masih lagi baru, belum gah atau hebat seperti Selangor dan Kedah yang sudah lama mempunyai asas kekuatan yang telah lama kukuh dari pelbagai peringkat termasuk skuad pelapis yang terbaik, perancangan generasi pemain pelapis yang berjaya, pengurusan yang mantap dan berdaya maju dari semua peringkat kampung, daerah, kelab dan negeri, penyokong yang profesional serta sudah biasa dengan suasana kejuaraan yang besar. Keadaan ini berbeza di Kelantan kerana semuanya masih diperingkat perubahan dan memerlukan jangka masa yang lama untuk diubah kerana sesetengah pihak pengurusan yang masih terikut-ikut dengan sistem pengurusan lapuk, pengurusan bolasepak di semua peringkat daerah, kampung dan kelab tidak bergerak selaras dengan kehendak sebenar sebuah pengurusan bolasepak negeri maju dan penyokong Kelantan seolah-olah mengalami kejutan piala dan kemenangan kerana apa yang penting apabila mereka ingin menyokong hanyalah kemenangan dan piala sedangkan situasi ini berbeza dengan penyokong Selangor dan Kedah. Dengan perkembangan ini juga banyak usaha drastik beliau telah lakukan dan berjaya diubah termasuk membawa masuk pemain luar ke Kelantan kerana hanya merancakkan bolasepak Kelantan sahaja, terpaksa membawa usaha-usaha yang berlainan dari kebiasaan pengurusan KAFA dan berusaha untuk menggerakkan persatuan bolasepak kampung, daerah dan sebagainya yang telah lama lesu.

Jesteru itu pihak pengurusan, penyokong dan pemain perlu menjadikan kegagalan ini sebagai puncak perubahan drastik segala kelemahan, kritikan, komen dan badi yang telah dialami untuk diolah menjadi kejayaan bagi merangkul antara 2 piala yang masih baru dalam pertarungan. Diharap para penyokong kembali ke situasi emosi yang lebih memberi semangat kepada skuad kita dan sentiasa bangga dan memberi kerjasama serta cadangan dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan.

No comments:

Post a Comment