Tuesday, January 26, 2010

Yusmira taja baju-T untuk penyokong Kelantan


SYARIKAT pengeluar produk berasaskan halia, Yusmira Trading Sdn. Bhd. menyumbangkan lebih 2,000 helai baju-T The Red Warriors bagi memeriahkan sokongan kepada pasukan Kelantan menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Pengurusnya, Datuk Azlan Muhammad berkata, baju-T itu diagihkan kepada penyokong pasukan Kelantan termasuk ahli Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan (Kelate.Net) serta pelanggan yang membeli produk keluaran syarikat itu.

Menurutnya, sumbangan tersebut merupakan salah satu usaha yang dilakukan untuk membangkitkan lagi semangat penyokong Kelantan memberi sokongan padu kepada skuad The Red Warriors.

"Yusmira Trading merupakan salah sebuah syarikat yang menaja pasukan Kelantan pada musim ini dan sumbangan itu juga merupakan sebahagian usaha untuk merancakkan sokongan peminat kepada pasukan The Red Warriors," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan baju-T kepada ahli Kelate.Net dan pelanggan yang membeli produk Yusmira Trading di Jalan Che Su, Kota Bharu semalam.

Dalam pada itu, Azlan berkata, beliau menaja pasukan Kelantan kerana percaya The Red Warriors mampu melakar sejarah sekurang-kurangnya menjulang satu piala pada musim ini.

"Sebagai rakyat Kelantan, saya ingin melihat pasukan kesayangan saya lebih berjaya pada musim ini selepas muncul naib juara Piala Malaysia pada musim lalu," ujarnya.

No comments:

Post a Comment