Tuesday, January 26, 2010

'Mustahil sertai Liga M'

TANGAN yang mencincang, bahu itu jugalah perlu memikul. Majlis Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menolak penyertaan skuad Harimau Muda A dalam kancah Liga Super dan mereka jugalah perlu memikirkan apakah perancangan seterusnya untuk pasukan juara Liga Perdana itu.

Hingga kini, masih belum ada jawapan pasti untuk sebarang persoalan mengenai masa depan Harimau Muda A selepas permohonan untuk menyertai Liga-S ditolak Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Untuk mengisi kembali slot dalam Liga Super adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan dan ketika kemungkinan itu diajukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Che Mat Jusoh (gambar), beliau hanya berkata demikian sebagai jawapan: “Maaf, tidak ada tempat untuk mereka.” Menurutnya, tidak mungkin JKPT merombak semula semua jadual perlawanan, termasuk sistem pemarkahan sudah diberi selain sebarang usaha untuk membawa masuk Harimau Muda A dilihat sebagai sesuatu yang tidak adil buat pasukan lain dalam saingan liga tertinggi negara itu.

“Bukan kami (JKPT) tidak mahu memasukkan Harimau Muda A ke dalam Liga Super tapi ia adalah keputusan Majlis FAM untuk tidak menyenaraikan skuad berkenaan musim ini.

“Majlis FAM juga yang mengambil keputusan untuk menghantar Harimau Muda A bersaing dalam Liga S. Bagaimanapun, permohonan untuk beraksi dalam Liga S sudah ditolak dan bagi kami di JKPT, tidak mungkin meletakkan mereka kembali dalam Liga Super.

“Isu mengenai penyertaan Harimau Muda A ke dalam Liga Super sepatutnya tidak timbul sama sekali. Bukan kami yang menolak, tapi kami cuma mengikut arahan Majlis FAM,” katanya.

Apa yang diperkatakan Che Mat yang juga Naib Presiden FAM itu adalah berdasarkan kapasitinya sebagai Pengerusi JKPT dan tidak ada peraturan yang menyebut mereka boleh menyelitkan mana-mana pasukan ke dalam saingan liga jika sudah bermula.

Kenyataan Che Mat itu sekali gus menutup terus ruang buat anak buah ketua jurulatih, Azraai Khor Abdullah untuk bersaing dalam Liga Super musim ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad baru-baru ini menyebut badan induk kebangsaan itu sedang menimbang cadangan menyerapkan pemain Harimau Muda A ke dalam skuad negeri.

Semuanya bergantung kepada keputusan mesyuarat Exco FAM yang dijadualkan berlangsung awal bulan depan dan apa yang diputuskan nanti bakal memberi jawapan yang diinginkan Azraai Khor serta anak buahnya.

Oleh Lokman Zainal Abidin lockman@nstp.com.my TANGAN yang mencincang, bahu itu jugalah perlu memikul. Majlis Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menolak penyertaan skuad Harimau Muda A dalam kancah Liga Super dan mereka jugalah perlu memikirkan apakah perancangan seterusnya untuk bekas juara Liga Perdana itu.

Hingga kini, masih belum ada jawapan pasti untuk sebarang persoalan mengenai masa depan Harimau Muda A selepas permohonan untuk menyertai Liga-S di tolak Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Untuk mengisi kembali slot dalam Liga Super adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan dan ketika kemungkinan itu ditanya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Che Mat Jusoh, beliau hanya berkata sedemikian sebagai jawapan: “Maaf, tidak ada tempat untuk mereka”.

Menurutnya, tidak mungkin JKPT merombak semula semua jadual perlawanan, termasuk sistem pemarkahan sudah diberikan selain sebarang usaha untuk membawa masuk Harimau Muda A dilihat sebagai sesuatu yang tidak adil buat pasukan lain dalam saingan liga tertinggi negara itu.

“Bukan kami (JKPT) tidak mahu memasukkan Harimau Muda A ke dalam Liga Super, tapi ia adalah keputusan Majlis FAM untuk tidak menyenaraikan skuad berkenaan musim ini.

“Majlis FAM juga yang mengambil keputusan untuk menghantar Harimau Muda A bersaing dalam Liga S. Bagaimanapun, permohonan untuk beraksi dalam Liga S sudah ditolak dan bagi kami di JKPT, tidak mungkin meletakkan mereka kembali dalam Liga Super.

“Isu mengenai penyertaan Harimau Muda A ke dalam Liga Super sepatutnya tidak timbul sama sekali. Bukan kami yang menolak, tapi kami cuma mengikut arahan Majlis FAM,” katanya.

Apa yang diperkatakan Che Mat yang juga Naib Presiden FAM itu adalah berdasarkan kapasitinya sebagai Pengerusi JKPT dan tidak ada peraturan yang menyebut mereka boleh menyelitkan mana-mana pasukan ke dalam saingan liga jika sudah bermula.

Kenyataan Che Mat itu sekali gus menutup terus ruang buat anak buah ketua jurulatih, Azraai Khor Abdullah untuk beraksi sebagai satu pasukan dalam Liga Super musim ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad baru-baru ini ada menyebut badan induk kebangsaan itu sedang menimbang cadangan menyerapkan pemain Harimau Muda A ke dalam skuad negeri.

Semuanya bergantung kepada keputusan mesyuarat Exco FAM yang dijadualkan berlangsung pada awal bulan depan dan apa yang diputuskan nanti bakal memberi jawapan yang diinginkan Azraai Khor serta anak buahnya

No comments:

Post a Comment